Bayi Lemas Lepas Minum Susu Atas Bouncer, Selamatkah Penggunaan Bouncer Ini?

lead image

Walaupun bouncer bayi dicipta untuk memudahkan ibu bapa menjaga anak-anak, tetapi tahukah anda terdapat banyak kes kematian bayi yang melibatkan penggunaan kerusi duduk bayi ini?

Tidak dinafikan, bouncer bayi diperlukan oleh ibu bapa sebagai tempat anak tidur atau sekadar bermain. Selain itu, bouncer bayi juga bagi memudahkan anak bersandar sementara ibu menyuapkan makanan.

Tetapi, kejadian yang mengakibatkan kematian seorang bayi berusia 3 bulan ini harus dijadikan peringatan buat kita semua.

Walaupun bouncer bayi mempunyai banyak kegunaan, ia juga boleh menjadi satu alat yang berbahaya kepada si kecil!

Kes Kematian Melibatkan Penggunaan Bouncer Bayi

bahaya bouncer bayi, bpuncer bayi, tempat duduk bayi, bahaya tempat tidur bayi, tips penggunaan bouncer bayi

Leia-Mae, bayi berusia 12 minggu ini menghabiskan masa bersama ibu dan dua kakaknya untuk membeli hadiah sempena Hari Bapa.

Setibanya di rumah, Leia diletakkan di bouncer bayi, diberikan susu botol dan akhirnya tertidur. Ibunya yang keletihan juga tertidur di sofa!

Pada jam 4 pagi, ibunya, Danielle Jones bangun dan memeriksa Leia tetapi dia mendapati anaknya tidak memberi sebarang tindak balas. Si ibu yang berusia 24 tahun itu pun mula panik bayinya tidak sedar walaupun selepas membuat CPR.

Namun semuanya sudah terlambat walaupun setelah mereka memanggil paramedik.

“Semua ini seolah mimpi, mimpi yang buruk. Saya fikir bila saya bangun, semuanya akan baik-baik sahaja.

Saya sangat menyayangi anak-anak saya…tetapi kini terpaksa menjalani kehidupan dengan perkara sedih ini. Mungkin dia hanya bayi, tetapi dia anak saya.” katanya dalam sebuah wawancara.

bahaya bouncer bayi, bpuncer bayi, tempat duduk bayi, bahaya tempat tidur bayi, tips penggunaan bouncer bayi

Sumber gambar: Flickr

Kejadian tersebut terjadi hanya beberapa hari selepas The Journal of Pediztrics mengeluarkan kenyataan tentang bahaya mainan kanak-kanak termasuklah bouncer bayi, apabila bayi duduk di dalamnya.

Kajian mendapati kematian 47 kanak-kanak di bawah usia 2 tahun selalunya terjadi di atas kerusi atau alas bayi yang dibuat untuk duduk.

2 per 3 daripadanya terjadi di tempat duduk kereta kanak-kanak, manakala yang selebihnya berlaku dalam buaian, bouncer dan stroller.

Tips Menggunakan Tempat Duduk Bayi Atau Bouncer Bayi Dengan Selamat

1. Sentiasa letakkan bayi dalam pengawasan orang dewasa, walaupun si kecil dalam keadaan berjaga.
 
bahaya bouncer bayi, bpuncer bayi, tempat duduk bayi, bahaya tempat tidur bayi, tips penggunaan bouncer bayi
 
 
3. Perlu diingat kanak-kanak boleh bertindak di luar jangkaan, yang boleh menyebabkan mereka sesak nafas atau tercekik.
 
bahaya bouncer bayi, bpuncer bayi, tempat duduk bayi, bahaya tempat tidur bayi, tips penggunaan bouncer bayi
 
 
Ibu bapa perlulah lebih berwaspada sekiranya ingin meletakkan anak di tempat yang dikhuatiri keselamatannya. Sentiasalah berada berdekatan anak anda dan jangan tinggalkan mereka berseorangan pula ya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Kiki dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Kredit gambar: Flickr

Baca juga:

Langkah Keselamatan Untuk Guna Baby Bouncer Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!