Braxton hicks dan rasa sakit bersalin yang sebenar
Braxton Hicks atau kontraksi palsu boleh berlaku semasa kehamilan, di mana ibu hamil akan merasakan otot rahim mengecut dengan tiba-tiba.
Ibu hamil boleh meletakkan tangan di atas perut dan merasa betapa keras perut untuk beberapa saat.
Setiap pengecutan hanya akan mengambil masa selama setengah jam sahaja, dan ia boleh berlaku berulang kali pada bila-bila masa.
Kredit: kidspot.co.nz
Ibu hamil akan rasa tidak selesa dan mungkin sedikit terkejut ketika ia berlaku, tapi bukan semua ibu hamil akan mengalamainya.
Di bawah ini adalah 10 sebab mengapa Braxton Hicks lebih teruk dari kontraksi sebenar!
1. Braxton Hicks buat anda tertumpu padanya

Kontraksi Braxton Hicks kadang-kadang sangat kuat dan menyakitkan.
Mustahil anda mampu untuk tidak mengendahnya. Rasa kekejangan paling ketara apabila ibu sudah sarat hamil dan sudah bersedia untuk melahirkan anak.
2. Tapi sebenarnya tiada apa yang berlaku pun!

OK… mungkin kontraksi palsu ini ada sebabnya.
Fungsi Braxton Hicks adalah untuk menyediakan rahim bagi mengalami kontraksi sebenar semasa ingin bersalin.
Namun ramai wanita tidak suka kontraksi palsu ini kerana ia selalu memberi harapan palsu dan kekecewaan kepada ibu yang sudah sarat hamil.
3. Ia sungguh menakutkan dan buat ibu hamil risau

Ia boleh menyebabkan rasa risau apabila ibu yang hamil kali pertama merasakan kekejangan rahim yang lebih awal.
Apatah lagi kalau ia berlaku semasa anda berseorangan dan tidak pasti kalau anda benar-benar sudah mahu melahirkan anak ataupun tidak.
4. Ala… kena tipu

Apabila kekejangan itu berakhir dan tidak lagi berulang, rasa macam kena tipu je!
5. Teruja kerana akan melahirkan anak…

Sediakan beg, telefon suami, beritahu ahli keluarga lain… Tapi tiba-tiba, anda yang sedang beri harapan palsu pada mereka!
6. …tetapi sebenarnya tidak

Kemudian eh? Tak jadi pulak! Duduk balik.
7. Mencabar kekuatan mental ibu yang sudah penat hamil

Braxton Hicks tidak rasa selesa dan boleh menghalang kegiatan harian ibu hamil tanpa janji yang bayi akan keluar.
Ia cuma bermain dengan emosi dan mencabar kekuatan mental ibu tersebut. Penatnya!
8. Perut besar dan anda sudah penat berjalan macam penguin

Gejala-gejala hamil seperti kaki kembang dan kekejangan kaki semaking teruk.
Anda rasa kekok dengan perut yang besar bunting sampai tak nampak kaki.
9. Kerja rumah masih bertimbun

Kan belum melahirkan anak? Jadi kena juga pergi kerja, buat kerja rumah, menjaga anak… Ingat senang ke?
10. Tunggu apa lagi?? Cepatlah keluar!

Aduh. Sudahlah ditipu dengan kontraksi palsu, bayi dalam perut ini pun bila nak keluar-keluar?!! Ibu dah tak larat ini…
Sumber: Romper, Babycenter, Flickr dan Lwp Kommunikáció
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
my.theasianparent.comsakit-ketika-mengandung/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!