X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Breast Pump Elektrik Terbaik Untuk Pengalaman Menyusu Badan Bayi Lebih Lancar!

Breast pump elektrik terbaik sememangnya diperlukan para ibu demi memudahkan proses mengepam susu untuk stok minuman si comel.

Buat para ibu yang runsing dalam mencari pam susu elektrik terbaik dalam memudahkan proses pengepaman dan penyusuan, anda boleh ketahuinya dengan hanya perlu menjawab kuiz di sini.

Breast Pump Elektrik Terbaik Untuk Pengalaman Menyusu Badan Bayi Lebih Lancar!

Mana satu pilihan ibu, breast pump elektrik terbaik atau sekadar pam manual sahaja?

Apabila mulai menjadi ibu, pastinya penyusuan susu ibu merupakan salah satu aspek penting dalam membesarkan si manja. Sama ada melakukan penyusuan melalui botol atau terus dari payudara, menyusukan anak merupakan satu tugas yang kelihatannya mudah namun hakikatnya sangat perlu diberikan perhatian ya.

Berbicara hal harga, ada pelbagai jenis pam yang sesuai dengan bajet anda dan ibu pasti tidak mahu membazir dengan mendapatkan pam yang tidak sesuai. Dalam hal ini, ibu perlu tahu yang pam susu datang dalam harga berbeza mengikut jenis.

Contohnya pam elektrik lebih mahal berbanding manual, jadi ibu boleh memilih sama ada mahu guna breast pump manual atau breast pump elektrik terbaik di pasaran.

Isi Kandungan

  • Pemilihan Breast Pump Elektrik Terbaik
  • 8 Breast Pump Elektrik Terbaik
  • Philips Avent
  • Mama's Choice
  • Malish
  • Halford
  • Pigeon
  • Autumnz
  • Bumble Bee
  • Spectra
  • Perbandingan Harga 
  • Tips Pengepaman Susu

Memilih Breast Pump Elektrik Terbaik

breast pump terbaik

Bagi memastikan si manja mendapat bekalan nutrisi yang berkhasiat dan cukup, ibu pasti ingin mendapatkan pam susu terbaik untuk memudahkan proses ini bukan?

Namun pemilihan pump on the go juga perlu diambil kira perihal keselesaan dan kesesuaian dengan si ibu. Selain memilih corong yang sesuai dengan saiz puting ibu, ada beberapa lagi perkara yang perlu diketahui sebelum mendapat pam susu pilihan seperti:

1. Keselesaan

Mengepam susu boleh jadi salah satu rutin di kalangan para ibu yang menyusukan anak. Jadi, sudah tentu keselesaan menjadi faktor yang sangat penting dalam pemilihan breast pump.

Pam haruslah mudah dipegang, dalam saiz yang sesuai dan mudah untuk dipasang atau dibersihkan agar ibu boleh menghadapi hari tanpa stress.

2. Kekerapan penggunaan

Bagi ibu yang bekerja, pastinya perlu pam susu 3-4 jam sekali di tempat kerja berbanding dengan suri rumah  yang melakukannya sambil diselang seli dengan penyusuan dari payudara.

Jadi ibu yang bekerja perlu bijak membeli pam yang bersesuaian yang boleh bertahan untuk penggunaan beberapa tahun. Manakala ibu yang kurang mengepam boleh menggunakan pam yang tidak heavy duty.

3. Saiz dan mobiliti

Saiz breast pump juga memainkan peranan penting juga ya. Ini kerana bagi ibu yang bekerja pastinya mahukan pam yang mudah dibawa ke mana-mana, tidak bising dan tahan lama. Manakala suri rumah pula lebih fleksibel untuk menggunakan breast pump manual atau dalam sebarang saiz.

8 Breast Pump Elektrik Terbaik di Malaysia

Kami ingin memudahkan anda dengan menyediakan senarai bagi 7 breast pump elektrik terbaik di Malaysia.

8 Breast Pump Elektrik Terbaik
product image
Philips Avent Eureka Electric Breast Pump
Breast Pump Elektrik Terbaik Dengan Ciri Pintar Pelarasan Vakum
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mama's Choice Single & Handy Electric Breast Pump
Breast Pump Elektrik Terbaik Kompak dan Tidak Bising
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Malish Aria Double Electric
Breast Pump Elektrik Terbaik Duo Mini
more info icon
View Details
Beli di Lazada
product image
Halford Duo Rechargeable Double 
Breast Pump Elektrik Terbaik Dengan Paparan LCD
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Pigeon Electric Portable
Breast Pump Elektrik Terbaik On-The-Go
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Autumn Swift  Single Electric
Breast Pump Elektrik Terbaik Jenama Dipercayai Ramai
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Bumble Bee Mini Ultra Double 
Breast Pump Elektrik Terbaik Tahan Lasak Dan Berpatutan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Spectra S1
Breast Pump Elektrik Terbaik Gred Hospital
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Philips Avent Eureka Electric Breast Pump

Breast Pump Elektrik Terbaik Dengan Ciri Pintar Pelarasan Vakum

Breast Pump Elektrik Terbaik Untuk Pengalaman Menyusu Badan Bayi Lebih Lancar!

Breast pump dari Philips ini dicipta dengan ciri pintar pelarasan vakum Natural Emotion Technology yang mana mimik seakan bayi sedang menyusu. Jika ibu ayah tidak tahu, ketahuilah yang mana proses menyusu badan berjalan lancar kerana proses bayi yang menghisap dan menggerakkan lidahnya, menjadikan pengeluaran susu terhasil dengan cepat.

Dengan ciri tetapan pintar ini, mesin pam susu ini akan secara automatik dan dengan lancarnya menukar dari tetapan stimulasi ke ekspresi.

Ia hadir dengan kit ekspresi perlindungan silikon lembut yang mana ia akan menguncup sewaktu proses pengepaman. Ini akan merangsang puting payudara dan areola secara menerus agar proses pengeluaran susu berjalan lancar seakan bayi sedang menyusu.

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Ciri pintar Natural Emotion Technology mimik bayi menyusu
  • Stimulasi vakum dan sentuhan membolehkan mengepam susu dengan lebih cepat dan selesa
  • Kit ekspresi perlindungan material silikon lembut
  • Kekuatan sedutan bertaraf mesin pengepam susu hospital

Kekerapan penggunaan:

  • Bateri boleh cas untuk penggunaan on-the-go
  • Milk Ejection Reflex (MER) iaitu pengaliran susu dari alveoli menerusi struktur duktal ke pembukaan saluran di dalam puting mengambil masa hanya 51.8 saat untuk sebelah single bahagian, dan 46.1 saat untuk kedua-dua belah payudara.

Saiz dan mobiliti:

  • Saiz kompak dan boleh dibawa ke pejabat dan ke mana sahaja
  • Saiz silikon perlindungan areola yang boleh muat dengan selesa pada mana-mana saiz puting sekalipun
  • Motor senyap

Philips Avent Eureka Electric Breast Pump

dari Philips Avent

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Mama’s Choice Single & Handy Electric Breast Pump

Breast Pump Elektrik Terbaik Kompak dan Tidak Bising

breast pump elektrik terbaik

Breast pump elektrik dari Mama’s Choice ini bersaiz kompak dan ringan, pasti memudahkan para ibu untuk memberi yang terbaik buat si manja. Jika ibu sedang mencari pam elektrik yang tidak bising, pam susu dari Mama’s Choice ini merupakan pilihan yang baik dan sesuai untuk ibu yang bekerja.

Bukan sahaja ia berfungsi dengan menggunakan kabel elektrik, tetapi kalau ibu nak pam dalam kereta pun tiada masalah kerana produk ini boleh berfungsi menggunakan kabel USB sahaja!

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Saiz yang comel dan ringan memudahkan ia mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk dibersihkan.
  • Boleh berfungsi dengan menggunakan USB
  • Paparan dan butang yang mudah dikendalikan
  • 2 mod ekspresi dengan 9 laras sedutan untuk kesesuaian ibu

Kekerapan penggunaan:

  • Pam elektrik yang boleh menggunakan USB jadi boleh pam sekiranya tiada bekalan elektrik 
  • Tidak bising jadi ibu boleh pam di rumah, dalam kereta atau tempat kerja tanpa masalah!

Saiz dan mobiliti:

  • Saiz yang kompak dan ringan
  • Mudah dipasang dan dicuci

Mama's Choice Single & Handy Electric Breast Pump

product recommendedPilihan editor

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee

Malish Aria Double Electric

Breast Pump Elektrik Terbaik Duo Mini

Breast Pump Elektrik Terbaik

Pam susu Malish Double ini mempunyai dua pam bagi membolehkan pengepaman susu secara serentak. Pam ini sangat sesuai buat para ibu yang mahukan breast pump yang mudah untuk dikendali kerana saiznya yang mini. 

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Pam ini dilengkapi dengan paparan LCD yang menunjukkan kuasa sedutan yang boleh dikawal sendiri oleh ibu.
  • Rekabentuk pam susu Malish Double Electric cantik malah bertindak balas kepada irama pam yang meniru penyusuan bayi untuk keselesaan yang maksimum.

Kekerapan penggunaan:

  • Pam ini sesuai digunakan oleh ibu yang kerap pam di tempat kerja dalam kadar yang sederhana.

Saiz dan mobiliti:

  • Selain rekabentuk yang cantik, saiz breast pump ini juga kecil  dan muat untuk dikendali dengan sebelah tangan sahaja.
  • Mudah dibawa dalam beg yang tidak terlalu besar.

Malish Aria Double Electric

dari Malish

product imageBeli di Lazada

Halford Duo Rechargeable Double

Breast Pump Elektrik Terbaik Dengan Paparan LCD

pump on the go

Bagi ibu yang mencari pam susu yang tidak bising untuk digunakan di tempat kerja, pam susu Halford ini mungkin boleh dipertimbangkan. Breast pump ini bukan sahaja cantik malah mempunyai paparan LCD yang memudahkan ibu mengawal penggunaannya.

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Menyediakan urutan 5x dengan hisapan 1x baik untuk melegakan kesakitan akibat pembengkakan payudara dan merangsang penyusuan yang lebih baik.
  • Dilengkapi dengan double pump yang memudahkan ibu melakukan pam secara serentak dan lebih pantas.

Kekerapan penggunaan:

  • Dilengkapi dengan Bateri Lithium-Ion yang boleh dicas semula (kira-kira 200 minit setiap kitaran setelah dicas penuh)

Saiz dan mobiliti:

  • Selain tidak mengganggu dengan bunyi yang kuat, motor pam ini juga kecil dan ringan untuk dibawa kemana-mana.
  • Ia juga mempunyai paparan LCD yang lebih besar dan menariknya pam susu jenis Halford Duo ini boleh dicas menggunakan powerbank sahaja. Jadi tiada masalah kalau tertinggal charger di rumah.

Halford Duo Rechargeable Double 

dari Halford

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Pigeon Electric Portable

Breast Pump Elektrik Terbaik On-The-Go

pam susu terbaik

Pam susu Pigeon Portable sesuai khas buat para ibu yang sentiasa on-the-go! 

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Comfort ProperFit™ Soft Silicone Cushion menyediakan meterai yang selamat dan sesuai untuk pengepaman yang lebih cekap.
  • Pam ni didatangkan dengan 2 mod, stimulasi dan ekspresi dengan 6 tahap tekanan sedutan boleh laras.

Kekerapan penggunaan:

  • Sesuai digunakan secara berkala terutamanya buat ibu yang tidak kerap mengepam.
  • Hanya boleh digunakan dengan adanya plug elektrik.

Saiz dan mobiliti:

  • Reka bentuk yang sangat berbeza dengan bahagian pam yang lebih kurang berbanding pam lain membolehkan ia lebih mudah dipasang dan dibersihkan.
  • Portable dan kompak, boleh dibawa ke mana-mana sepanjang masa.
  • Botol disediakan dengan stand untuk elak dari susu tertumpah.

Pigeon Electric Portable

dari PIGEON

product imageBeli di Shopee
product imageBuy from Lazada

Autumnz Swift  Single Electric

Breast Pump Elektrik Terbaik Jenama Dipercayai Ramai

breast pump elektrik terbaik

Pam Autumn Swift Single yang comel ini bukan sahaja cantik, ia juga merupakan salah satu jenama yang dipercayai dalam pengeluaran pam susu.

Apa yang kami suka: 

Keselesaan:

  • Mempunyai corong pam yang dilengkap silikon bubble yang menyerupai sistem urutan untuk payudara. 
  • Mempunyai sistem anti backflow untuk elak dari susu dari tercemar. 
  • Paparan LCD di pam ini juga mempunyai night mode yang membolehkan ibu pam walaupun di dalam gelap. 

Kekerapan penggunaan:

  • Pam ini sesuai digunakan oleh ibu yang kerap pam di tempat kerja dalam kadar yang sederhana.

Saiz dan mobiliti:

  • Motor pam Autumn Swift bersifat senyap walaupun mempunyai 9 mod ekspresi untuk keselesaan ibu jadi ia sesuai untuk ibu yang pam di tempat kerja.
  • Saiz yang comel dengan hanya satu pam tidak memerlukan ruang yang banyak.

Autumn Swift  Single Electric

product imageBeli di Shopee

Bumble Bee Mini Ultra Double

Breast Pump Elektrik Terbaik Tahan Lasak Dan Berpatutan

pump on the go

Bumble Bee merupakan jenama pam susu yang kerap menjadi pilihan para ibu yang tidak mempunyai bajet yang tinggi. Ini merupakan keluaran terbaharu Bumble Bee yang lebih tahan lasak dan berfungsi untuk pam susu dengan lebih pantas dalam jumlah yang banyak.

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Pam ini juga boleh direka dengan pam yang memimik hisapan susu bayi dengan 9 laras lembut untuk memudahkan pengeluaran susu yang kelihatannya seperti semulajadi.
  • Corong yang direka untuk keselesaan ibu agar susu tidak tumpah.

Kekerapan penggunaan:

  • Jangan risau sekiranya ibu lupa laras yang sesuai dengan ibu kerana pam ini mempunyai sistem memori yang akan ingatkan tetapan terakhir pada motor.
  • Keamatan pam: maksimum> 50Kpa

Saiz dan mobiliti:

  • Dengan harga yang berpatutan, anda bukan sahaja boleh mendapatkan pam susu dengan 2 corong malah mudah alih dengan saiz yang kecil.
  • Kompak dan mudah dibawa ke mana-mana dengan diameter 9cm, ketebalan 5cm

Bumble Bee Mini Ultra Double 

dari Bumble Bee

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Spectra S1

Breast Pump Elektrik Terbaik Gred Hospital

breast pump elektrik terbaik

Spectra S1 merupakan breast pump gred hospital yang sangat sesuai buat ibu-ibu yang mengepam secara kerap atau EPM (exclusive pumping moms) yang tidak melakukan penyusuan secara terus kepada si manja. Jenama ini juga merupakan salah satu pengeluar breast pump elektrik terbaik yang boleh dipercayai.

Apa yang kami suka:

Keselesaan:

  • Direka sebagai double breast pump tetapi boleh digunakan sebagai single pump mengikut keselesaan ibu.
  • Mempunyai paparan LCD dengan 2 tahap pencahayaan LED yang memudahkan ibu mengepam pada waktu malam walaupun di dalam gelap.

Kekerapan penggunaan:

  • Motor pam Spectra S1 khusus direka untuk para ibu yang pam susu secara kerap ataupun heavy duty jadi ibu tidak perlu risau akan jangka hayat atau kerosakan dalam masa singkat.
  • Mempunyai build in rechargable battery yang memudahkan sekiranya bekalan eletrik terputus.

Saiz dan mobiliti:

  • Saiz yang agak besar untuk menampung kebolehan breast pump yang tahan lasak ini.
  • Berat 1.2 kg.

Spectra S1

dari Spectra

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga 

Jenama

Single/Double

Harga

Philips Avent Eureka Electric Breast Pump

Single & double

RM699.00 – RM1315.90

Mama’s Choice Single & Handy Electric Breast Pump 

Single

RM132.00

Malish Aria Double Electric

Double

RM299.00

Halford Duo Rechargeable Double 

Double

RM219.00

Pigeon Electric Portable

Single

RM380.00

Autumnz Swift  Single Electric

Single

RM187.00

Bumble Bee Mini Ultra Double 

Double

RM149.90

Spectra S1

Double

RM886.00

Tips Menjayakan Pengepaman Susu dan Penyusuan Badan

pam susu

Penyusuan susu ibu pada dasarnya berfungsi berdasarkan permintaan dan penawaran. Semakin banyak ibu menyusukan anak, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Konsep ini juga boleh digunapakai semasa ibu menggunakan pam susu! 

Tetatpi bagaimana pula sekiranya ibu mengepam sambil menyusukan badan? Ikuti petua ini untuk berjaya mengepam dan menyusu serentak:

1. Pam Selepas Penyusuan

Sebelum mengepam, pastikan ibu memberikan susu kepada anak terlebih dahulu bagi mengelakkan anak kelaparan. Mulakan mengepam setelah dua minggu kelahiran bayi supaya ada cukup masa untuk memastikan bekalan susu yang betul. 

Jangka masa ini akan memberi tubuh ibu pemahaman yang tepat tentang berapa banyak susu yang diperlukan untuk dihasilkan. Setelah selesai mengepam, ibu boleh saja menyusui bayi dan mula boleh mengepam selepas 30 hingga 45 minit selepas itu.

2. Menyusu Atas Permintaan

Menyusukan bayi mengikut permintaannya adalah penting kerana semakin banyak ibu menyusukan bayi, semakin banyak anda akan mengepam.

Ibu  juga boleh mengepam semasa menyusu ya, minta suami atau orang lain untuk menggendong bayi semasa ibu mengepam.

3. Jangan Stress!

Cuba elakkan tekanan  kerana ini boleh menyebabkan pengurangan bekalan susu secara umum dan juga meningkatkan kadar kortisol ibu yang penting dalam pembentukan hormon penghasilan susu. Cari tempat yang tenang dan fikir tentang si manja mungkin dapat membantu ibu.

4. Pam Waktu Pagi

Sebilangan besar wanita lebih gemar mengepam susu pada waktu pagi kerana biasanya tubuh memberikan bekalan yang terbaik. Malah ada juga yang mengepam dengan banyak sehingga cukup untuk bekalan seharian si manja.Wow!

5. Tenang dan Kekal Terhidrat

Lakukan apa sahaja yang dapat membuatkan ibu tenang dan gembira. Yang penting, kerapkan minum air kosong dan elakkan kafein ya. 

Jangan mengharapkan kesempurnaan setiap kali anda duduk mengepam. Jumlah susu yang dipam tidak akan selalu konsisten dan boleh berubah dari masa ke masa, malahan ramai ibu hanya pam sebanyak 2-3 auns sahaja.

Jangan membandingkan diri anda dengan ibu lain kerana ia boleh menjadi lebih sukar dan membawa kepada tekanan. Kami berharap senarai ini dapat membantu ibu untuk mendapatkan breast pump elektrik terbaik pilihan anda. 

Semoga berjaya!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Breast Pump Selamat Untuk Ibu-Ibu

Baca juga: 5 Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu Jika Selalu Guna Pam Susu

Baca juga: Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

    Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

  • Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

    Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

  • Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

    Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

  • Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

    Buang Bulu Guna Kaedah Laser, Ini 5 Klinik Terbaik Untuk Rawatan Hair Removal Laser Malaysia

  • Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

    Tingkat Tahap Kesihatan Mental Melalui Khidmat Kaunseling Di Salah Satu Pusat Swasta Ini!

  • Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

    Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.