Cara Cuci Buah Avocado Tentukan Khasiatnya Pada Bayi, Jangan Salah Cuci Ibu!

lead image

Ini kepentingan membersihkan buah avocado sebelum ia menyebabkan penyakit pada si kecil anda!

Buah avocado atau alpukat adalah buah yang popular diberikan pada bayi kerana ia ada lemak baik dan nutrien serba lengkap. Ia juga merupakan makanan hebat untuk diberikan pada bayi yang baru mula makan makanan pejal. 

Akan tetapi, ramai ibu bapa tidak cuci bahagian kulit luar buah avocado sebelum memotongnya. Walaupun kita tidak makan kulitnya, namun ia perlu dicuci dahulu kerana adanya bakteria!

Sebab itu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika, FDA menunjukkan betapa pentingnya membersihkan avocado dengan betul. 

Bagaimana cara membersihkan buah avocado dengan betul untuk kebaikan anak?

buah avocado, buah alpukat, avocado, alpukat, khasiat buah avocado, khasiat buah alpukat, kepentingan buah avocado, kepentingan buah alpukat, cara cuci buah avocado, cara cuci buah alpukat, cara basuh buah avocado, cara basuh buah alpukat, petua kendali makanan bayi, buah-buahan tempatan, buah untuk bayi, avocado untuk bayi, avocado buat si kecil

Kredit : Al-Raudhah

Menurut laporan dari FDA, pihak berkuasa menemui bakteria yang dipanggil Listeria Monocytogenes pada 17% kulit avocado yang diuji dari tahun 2014 hingga 2016. 

Lebih mengejutkan, kira-kira 0.2% isi avocado juga mengandungi bakteria tersebut! Hal ini kerana, apabila menggunakan pisau bagi memotong kulit, secara tak langsung ia dapat memindahkan bakteria tersebut ke bahagian dalam isi. 

Jadi, sewajarnya anda cuci dan bilas kulit alpukat sebelum dijadikan hidangan buat si kecil. 

Seterusnya, gosok dengan berus bersih dan keringkan buah alpukat dengan tuala agar dapat kurangkan lagi pertumbuhan bakteria itu yang boleh serang tubuh bayi kerana mereka belum mempunyai sistem imun yang kuat. 

Dalam pada itu, FDA mengesyorkan supaya orang ramai lebih teliti membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum makan. 

Bahaya jangkitan Listeria: Jangan ambil mudah langkah bersihkan buah avocado! 

buah avocado, buah alpukat, avocado, alpukat, khasiat buah avocado, khasiat buah alpukat, kepentingan buah avocado, kepentingan buah alpukat, cara cuci buah avocado, cara cuci buah alpukat, cara basuh buah avocado, cara basuh buah alpukat, petua kendali makanan bayi, buah-buahan tempatan, buah untuk bayi, avocado untuk bayi, avocado buat si kecil

Kredit : Hijab and heels

  • Boleh menyebabkan gejala seperti demam, sakit otot, cirit-birit, dan mual
  • Jangkitan Listeria yang serius boleh beredar ke dalam sistem saraf yang membawa kepada masalah kelainan, sawan dan leher jadi sengit. 
  • Bagi orang yang tidak mempunyai sistem imun kuat seperti wanita hamil, bayi baru lahir dan warga emas mudah terdedah kepada jumlah bakteria Listeria yang kecil. 
  • Listeria ini berisiko tinggi berjangkit pada wanita hamil dan simptomnya juga ringan seperti demam namun ia boleh merebak kepada janin dalam kandungan! 
  • Jangkitan Listeria boleh menyebabkan bayi lahir mati atau kelahiran pramatang. Inilah sebab utama wanita hamil dinasihatkan untuk elak ambil makanan yang mengandungi jangkitan Listeria. 

FDA turut menemui bakteria lain yang boleh juga hinggap pada buah avocado seperti Salmonella dan E.coli.

Petua mengendalikan makanan bayi dengan selamat

  • Sentiasa memisahkan antara makanan mentah dan masak dalam peti sejuk
  • Asingkan papan cincang untuk daging, ikan, buah dan sayur.
  • Jangan beri makan bayi secara terus dari balang. 
  • Guna sudu yang bersih dan kering. 
  • Gunakan pencuci khas dan air panas untuk basuh semua perkakas yang digunakan bagi menyediakan makanan bayi termasuk papan pemotong dan pengisar. 
  • Jangan letakkan baju atau lampin kotor anak dalam beg yang sama anda letakkan botol susu atau makanan kerana ia berisiko utuk tercemar. 
  • Jangan biarkan makanan pepejal bayi keluar pada suhu bilik selama lebih dari dua jam.
  • Jangan beri anak makan buah yang telah retak atau pecah kulit kerana bakteria mudah masuk. 
  • Menyediakan makanan bayi dengan teliti
  • Sekiranya anda panaskan semula makanan si kecil, pastikan ia sejuk sebelum beri pada bayi anda. 
  • Pastikan anda periksa tarikh luput pada setiap makanan yang diberikan untuk bayi. 
  • Tidak memberi bayi makan madu di bawah umur setahun. 
  • Jangan beri susu mentah atau tidak dipasteurikan kepada bayi kerana ia mengundang bakteria dan menyebabkan anak mudah jatuh sakit. 

Semoga perkongsian ini membuatkan anda lebih berhati-hati ketika menyediakan makanan si kecil. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

7 Manfaat & Resepi Buah Naga Yang Sedap Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah