3 Buah Yang Berbahaya Pada Ibu Hamil, JANGAN Makan Selalu, Lebih-Lebih Ketika Trimester Pertama!

Sememangnya buah sangat bagus diamalkan ketika mengandung, namun ada tiga jenis buah yang sangat dilarang semasa hamil. Apakah buah tersebut? Mari baca dalam artikel ini.

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan utama yang perlu ada dalam menu makanan ibu hamil setiap hari. Namun, ada beberapa jenis buah berbahaya bagi ibu hamil di trimester pertama yang harus dielakkan. 

Kepentingan makan buah ketika di awal kehamilan 

Trimester pertama dianggap penting meskipun perut hamil anda belum lagi kelihatan kerana pada masa itu, tubuh dan fizikal janin kian berkembang. Malah, di akhir trimester, sebahagian besar organ fetus sudah mulai membentuk. 

Oleh kerana fetus sedang berkembang, maka ia belum memiliki sistem kekebalan sendiri. Jadi semua organ tersebut mudah mengalami gangguan dari pelbagai sudut seperti ubat-ubatan, infeksi, asap rokok, makanan dan bahan kimia beracun.

Jadi, untuk menjaga janin supaya kekal sihat dalam kandungan adalah dengan menghindari perkara buruk tersebut. 

Selain itu, perkembangan janin yang sihat juga dapat diperolehi melalui gaya hidup yang sihat seperti bersenam secara teratur, minum air kosong dalam jumlah yang sepatutnya dan makanan yang seimbang terutama buah-buahan. 

Buah-buahan ini penting bagi memastikan kesihatan janin berkembang dengan baik dan mencegah ibu dari masalah sembelit, tetapi ada beberapa jenis buah berbahaya bagi ibu hamil seperti berikut: 

3 jenis buah berbahaya bagi ibu hamil 

#1. Buah berbahaya bagi ibu hamil – Anggur 

buah berbahaya bagi ibu hamil, buah merbahaya untuk ibu hamil, buah bahaya untuk ibu mengandung, buah untuk ibu hamil, buah untuk ibu mengandung, jenis buah dilarang, buah yang dilarang, buah dilarang ambil, buah dilarang makan ketika hamil, buah dilarang makan

Meskipun anggur kaya dengan Vitamin A dan C, namun ada beberapa alasan yang melarang anggur diamalkan ketika hamil. Antaranya kerana: 

  • Kulit anggur disebut reveratol mempunyai nutrisi yang sihat, namun ia boleh menjadi racun bagi wanita hamil kerana mudah bertindak balas dengan kadar hormon yang tidak stabil yang mungkin dimiliki oleh ibu mengandung
  • Anggur sering kali menggunakan pestisida yang tidak mudah larut, sekaligus ia dapat memberikan komplikasi tidak baik pada kesihatan janin. 
  • Sekiranya anda khuatir, sila berkonsultasi dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih mendalam. 

#2. Buah berbahaya bagi ibu hamil – Betik muda 

buah berbahaya bagi ibu hamil, buah merbahaya untuk ibu hamil, buah bahaya untuk ibu mengandung, buah untuk ibu hamil, buah untuk ibu mengandung, jenis buah dilarang, buah yang dilarang, buah dilarang ambil, buah dilarang makan ketika hamil, buah dilarang makan

Buah-buahan yang perlu dijauhi ketika hamil adalah buah yang kurang masak seperti betik muda. Berikut alasannya: 

  • Betik muda mengandungi lateks yang dapat memicu kontraksi uterus sekaligus menyebabkan keguguran.
  • Mengandungi banyak papain yang boleh memicu bersalin pramatang.
  • Boleh menyebabkan gejala alergi seperti hidung berair, bengkak mulut atau ruam kulit. Selain boleh juga menjadi punca kesukaran pernafasan yang perlu dirawat segera.
  • Sebaiknya ibu hanya ambil betik matang kerana mengandungi nutrisi sihat seperti folat, serat, kolin, kalium, betakarotin, Vitamin A, B dan C yang sangat bagus diamalkan ketika hamil. 

#3. Buah berbahaya bagi ibu hamil – Nanas 

buah berbahaya bagi ibu hamil, buah merbahaya untuk ibu hamil, buah bahaya untuk ibu mengandung, buah untuk ibu hamil, buah untuk ibu mengandung, jenis buah dilarang, buah yang dilarang, buah dilarang ambil, buah dilarang makan ketika hamil, buah dilarang makan

Buah nanas memang cukup digemari ramai dengan rasanya yang manis dan cukup menyegarkan. 

Namun malangnya buah ini perlu dihindari ketika mengandung kerana ia mengandungi bromelain iaitu enzim yang memecahkan protein. Salah satu kesannya adalah dapat melembutkan servik hingga boleh menyebabkan persalinan pramatang. 

  • Kajian juga menunjukkan bromelain dapat menyebabkan pendarahan yang abnormal.
  • Namun, kesan ini tidak akan berlaku jika ibu hanya mengambil dalam jumlah yang kecil asalkan tidak berlebihan. 
  • Bahkan, makan nanas terlalu banyak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan cirit birit serta dehidrasi. 

Justeru, dalam memastikan ibu hamil tetap sihat selama mengandung maka sentiasa cuci buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan kerana kandungan toxoplasma yang terkandung dalamnya boleh menyebabkan infeksi bagi ibu dan bayi. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook page theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Aulia Trisna dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combuah-untuk-ibu-berpantang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!