Benarkah Buah Dada Besar Si Isteri Buat Suami Lebih Puas Di Ranjang?

undefined

Memiliki buah dada besar antara keinginan sesetengah wanita. Bagaimanapun, ada juga yang tidak kisah jika miliki buah dada lebih kecil.

Tidak dinafikan, buah dada besar antara tarikan seorang wanita dalam memikat hati suaminya. Namun, bentuk dan saiz buah dada berbeza daripada satu individu ke individu yang lain.

Adakah benar, buah dada besar si isteri akan buat suami lebih puas di ranjang? Jadi bagaimana pula si isteri yang mempunyai ukuran buah dada saiz sederhana atau lebih kecil? Adakah suami mereka tidak puas?

Sejauh manakah benarnya perkara ini? Adakah benar buah dadar besar memainkan peranan dalam menentukan kepuasan di ranjang?

Buah dada besar isteri buat suami lebih puas?

Buah dada besar

Kredit: detikhelath

Tidak dinafikan, bentuk tubuh badan isteri adalah aspek yang penting bagi memastikan suami lebih puas di kamar tidur.

Selain punggung dan pinggang yang cantik, lentik lagi menarik, buah dada juga adalah titik tumpuan yang paling utama! Disebabkan itu, ramai wanita yang sangat prihatin dengan bentuk dan saiz payudaranya dan ada juga yang langsung tidak kisah.

Persoalannya, adakah suami lebih puas di ranjang jika isteri mempunyai buah dada besar? Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki buah dada sederhana atau lebih kecil?

Mungkin secara logiknya, ramai wanita yang menganggap lelaki akan lebih suka wanita yang mempunyai saiz buah dada yang besar kerana itu adalah tarikan kepada wanita berkenaan.

Ia dikatakan antara tarikan awal seseorang wanita malah kecantikan juga tidak dapat mengatasinya. Tetapi bagaimana untuk membuktikannya? kerana andaian sahaja mungkin tidak adil buat kaum lelaki.

Menurut pengkaji dari Perancis, andaian itu adalah benar. Kajian yang dilakukan terhadap sejumlah lelaki di tempat awam mendapati wanita yang mempunyai saiz coli lebih besar lebih digemari dan menjadi pilihan lelaki berbanding mereka yang memiliki saiz coli lebih kecil. 

Maka, menurut kajian ittu, secara hipotesis, kajian itu telah membuktikan bahawa semakin besar ukuran coli seseorang wanita, semakin tinggi jumlah lelaki yang akan memilih mereka. 

Mata lelaki lebih terarah pada payudara besar

Buah dada besar

Kredit: adobestock

Kajian daripada New Zealand yang menggunakan teknologi untuk mengesan pergerakan mata lelaki terhadap payudara wanita mendapati saiz payudara apa pun akan menarik perhatian lelaki.

Tetapi, majoriti daripada mereka akan menunjukkan minat yang lebih kepada payudara yang bersaiz sederhana dan besar. Jadi tidak hairanlah jika ada yang kata mungkin suami lebih puas di ranjang jika buah dada besar dimiliki si isteri!

Ada yang lihat keseluruhan badan

Tetapi bagi anda yang mungkin memiliki payudara sedikit kecil atau sederhana, usah risau, kerana ada juga lelaki yang suka kepada wanita yang memiliki buah dada kecil!

Seperti kebanykan selebriti Hollywood, mereka tidak memiliki buah dada besar. malah kelihatan sedikit kecil dan rata kerana rata-ratanya bertubuh langsing. 

Ada juga lelaki yang mungkin tidak hanya melihat kepada ukuran buah dada saja sebaliknya keseluruhan tubuh wanita secara keseluruhan. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh penilai dari England dan Malaysia daripada 361 lelaki, majoriti dari mereka tidak memberi markah tinggi kepada wanita dengan payudara besar atau kecil, sebaliknya ukuran sederhana menjadi pilihan mereka. 

Jadi jawapan kepada sama ada suami akan puas atau sebaliknya jika si isteri memiliki buah dada besar adalah subjektif kerana ia terletak kepada lelaki itu sendiri dan bukan payudara saja yang menentukan kepuasan di ranjang.

Banyak perkara lain yang akan mempengaruhi sama ada seseorang lelaki itu lebih puas di ranjang atau sebaliknya.

Jangan rasa rendah diri jika payudara kecil

Buah dada besar

Kredit: kumparan

Jadi jangan rasa rendah diri jika buah dada besar bukan anda punya sebaliknya yakinlah dengan kecantikan tersendiri yang anda miliki.

Tidak perlu rasa rendah diri jika buah dada anda kecil, kerana bukan itu penentu kepada kepuasan suami atau sebaliknya. 

Kesimpulannya, ukuran payudara bukanlah masalah utama. Sama ada bersaiz kecil, sederhana atau besar semuanya terbaik di mata lelaki yang menyayangi anda. Buah dada besar bukanlah faktor utama penentu kepada kepuasan di ranjang atau sebaliknya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: evidentista

Baca juga: Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!