32 Jenis Buah Yang Sesuai Untuk Bayi 7 - 10 Bulan, Anak Anda Suka Yang Mana?

lead image

Seronoknya bila lihat si kecil nikmati makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran!

Buah untuk bayi tujuh hingga 10 bulan merupakan hidangan sampingan kerana susu ibu tetap menjadi yang utama sehingga usia si kecil dua tahun.

Apatah lagi dalam fasa perkembangan si kecil, dia memerlukan lebih banyak zat dan nutrisi baik daripada makanan pejal yang diperoleh sekaligus dapat mengajarnya tentang “rasa” sesuatu makanan itu. 

Namun, perlu diingatkan juga, dalam linkungan umur ini, makanan mereka harus disajikan bertekstur lembut, halus dan nipis supaya ia dapat mengelak bayi tercekik atau tersedak.

Berikut merupakan senarai buah untuk bayi yang sesuai mengikut umur 7 hingga 10 bulan: 

Senarai buah untuk bayi 7 hingga 10 bulan, jom cuba beri pada bayi di rumah ibu!

1 – Buah untuk bayi 7 bulan 

 buah untuk bayi, buah untuk anak, buah buat si kecil, buah untuk anak, buah buat si manja, buah untuk bayi 7 bulan, buah untuk bayi 8 bulan, buah untuk bayi 9 bulan, buah untuk bayi 10 bulan

  • Pisang – Diberikan dalam bentuk puri contohnya pisang berangan, emas dan lain-lain.
  • Buah mangga manis – Potong halus atau dibuat jus mangga. 
  • Buah tembikai – Diberi dengan cara potong kecil, dihaluskan atau jus. 
  • Avocado – Boleh dibuat puri avocado

2 – Buah untuk bayi 8 bulan 

 buah untuk bayi, buah untuk anak, buah buat si kecil, buah untuk anak, buah buat si manja, buah untuk bayi 7 bulan, buah untuk bayi 8 bulan, buah untuk bayi 9 bulan, buah untuk bayi 10 bulan

  • Pisang – Diberi dalam bentuk puri 
  • Buah oren atau limau manis – Basuh bersih dan boleh terus beri pada bayi tapi pastikan tiada biji 
  • Epal – Boleh diberi dalam bentuk puri. Kemudian campur dengan kismis dan kurma untuk lebih sedap. 
  • Tembikai – Dibuat jus air tembikai. 
  • Mangga manis – Potong halus. 

3 – Buah untuk bayi 9 bulan 

 buah untuk bayi, buah untuk anak, buah buat si kecil, buah untuk anak, buah buat si manja, buah untuk bayi 7 bulan, buah untuk bayi 8 bulan, buah untuk bayi 9 bulan, buah untuk bayi 10 bulan

  • Betik – Bagus untuk pencernaan bayi dan sering digunakan untuk membantu bayi yang mengalami sembelit.
  • Pisang – Memiliki tekstur lembut dan bagus untuk pencernaan bayi. 
  • Pir – Mengandungi Vitamin A, B, C, kalsium, rendah sodium dan tidak terkandung lemak jahat. 
  • Oren – Kaya dengan Vitamin C tapi pilih yang rasa manis saja. 
  • Epal – Mengandungi kalium, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A dan Vitamin C. Bahkan ia baik untuk penglihatan si buah hati. 
  • Alpukat atau avocado – Bertekstur lembut dan enak untuk dibuat juadah si kecil anda. 
  • Mangga – Tektur lembut dan punya zat yang bagus untuk kesihatan anak. 
  • Labu kuning – Melawaskan pembuangan air besar secara teratur. 
  • Tembikai susu – Baik untuk perkembangan tubuh dan mata si kecil. 
  • Tembikai – Mengandungi kandungan air yang tinggi dan baik untuk kulit si kecil
  • Plum atau prunes – Mengandungi serat tinggi
  • Buah ceri – Antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas.
  • Aprikot – Makanan tambahan yang baik untuk si manja.
  • Kiwi – Kaya dengan Vitamin C, serat, kalium dan folat. Tektur buah ini juga lembut dan mudah dimakan oleh bayi 9 bulan.

4 – Buah untuk bayi 10 bulan dan ke atas 

 buah untuk bayi, buah untuk anak, buah buat si kecil, buah untuk anak, buah buat si manja, buah untuk bayi 7 bulan, buah untuk bayi 8 bulan, buah untuk bayi 9 bulan, buah untuk bayi 10 bulan

  • Semua jenis buah yang disenaraikan pada umur 7 hingga 9 bulan. 
  • Buah naga 
  • Tomato 
  • Betik 
  • Blueberi
  • Laici
  • Anggur
  • Kelapa muda
  • Strawberi 
  • Ubi bit 

(Semua jenis buah ini bagus untuk bayi 10 bulan ke atas. Penyediaannya pula haruslah bertekstur lembut atau boleh campurkannya ke dalam bubur nasi atau dibuat jus minuman). 

Dalam proses membuat jus buah untuk bayi, sebaiknya jangan ditambah gula kerana rasa manis buah itu sudah cukup untuk mereka. 

Meskipun dalam waktu ini bayi belum tumbuh gigi, namun anda tak perlu terlalu bimbang untuk memberi mereka makan buah kerana anda boleh menyediakannya dalam bentuk puri atau bertekstur halus supaya mudah dihadam si kecil.

Dalam pada itu, bagi ibu menyusu, sebaiknya anda amalkan makan buah dengan lebih kerap supaya manfaatnya diperoleh si anak sekaligus meningkatkan penghasilan susu badan.

Jika ada sebarang penambahan info boleh berikan komen anda di bawah. Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Bayi perawatan, Rumahulin

Baca juga:

7 Manfaat & Resepi Buah Naga Yang Sedap Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah

Edited by

Ayu Idris