Buah untuk bayi tujuh hingga 10 bulan merupakan hidangan sampingan kerana susu ibu tetap menjadi yang utama sehingga usia si kecil dua tahun.
Apatah lagi dalam fasa perkembangan si kecil, dia memerlukan lebih banyak zat dan nutrisi baik daripada makanan pejal yang diperoleh sekaligus dapat mengajarnya tentang “rasa” sesuatu makanan itu.
Namun, perlu diingatkan juga, dalam linkungan umur ini, makanan mereka harus disajikan bertekstur lembut, halus dan nipis supaya ia dapat mengelak bayi tercekik atau tersedak.
Berikut merupakan senarai buah untuk bayi yang sesuai mengikut umur 7 hingga 10 bulan:
Senarai Buah Untuk Bayi 7 Hingga 10 Bulan Yang Penuh Berkhasiat
1# Untuk bayi 7 bulan
Kredit: Ilona Frey/Unsplash
- Pisang – Diberikan dalam bentuk puri contohnya pisang berangan, emas dan lain-lain.
- Buah mangga manis – Potong halus atau dibuat jus mangga.
- Buah tembikai – Diberi dengan cara potong kecil, dihaluskan atau jus.
- Avocado – Boleh dibuat puri avocado.
2# Untuk bayi 8 bulan
Kredit: Eiliv-Sonas Aceron/Unsplash
- Pisang – Diberi dalam bentuk puri
- Buah oren atau limau manis – Basuh bersih dan boleh terus beri pada bayi tapi pastikan tiada biji
- Epal – Boleh diberi dalam bentuk puri. Kemudian campur dengan kismis dan kurma untuk lebih sedap.
- Tembikai – Dibuat jus air tembikai.
- Mangga manis – Potong halus.
3# Untuk bayi 9 bulan
Kredit: Amanda Lins/Unsplash
- Betik – Bagus untuk pencernaan bayi dan sering digunakan untuk membantu bayi yang mengalami sembelit.
- Pisang – Memiliki tekstur lembut dan bagus untuk pencernaan bayi.
- Pir – Mengandungi Vitamin A, B, C, kalsium, rendah sodium dan tidak terkandung lemak jahat.
- Oren – Kaya dengan Vitamin C tapi pilih yang rasa manis saja.
- Epal – Mengandungi kalium, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A dan Vitamin C. Bahkan ia baik untuk penglihatan si buah hati.
- Alpukat atau avocado – Bertekstur lembut dan enak untuk dibuat juadah si kecil anda.
- Mangga – Tektur lembut dan punya zat yang bagus untuk kesihatan anak.
- Labu kuning – Melawaskan pembuangan air besar secara teratur.
- Tembikai susu – Baik untuk perkembangan tubuh dan mata si kecil.
- Tembikai – Mengandungi kandungan air yang tinggi dan baik untuk kulit si kecil
- Plum atau prunes – Mengandungi serat tinggi
- Buah ceri – Antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas.
- Aprikot – Makanan tambahan yang baik untuk si manja.
- Kiwi – Kaya dengan Vitamin C, serat, kalium dan folat. Tektur buah ini juga lembut dan mudah dimakan oleh bayi 9 bulan.
4# Untuk bayi 10 bulan dan ke atas
Kredit: Alexander Schimmeck/Unsplash
- Semua jenis buah yang disenaraikan pada umur 7 hingga 9 bulan.
- Buah naga
- Tomato
- Betik
- Blueberi
- Laici
- Anggur
- Kelapa muda
- Strawberi
- Ubi bit
Semua jenis buah ini bagus untuk bayi 10 bulan ke atas. Penyediaannya pula haruslah bertekstur lembut atau boleh campurkannya ke dalam bubur nasi atau dibuat jus minuman.
Dalam proses membuat jus buah untuk bayi, sebaiknya jangan ditambah gula kerana rasa manis buah itu sudah cukup untuk mereka.
Meskipun dalam waktu ini bayi belum tumbuh gigi, namun anda tak perlu terlalu bimbang untuk memberi mereka makan buah kerana anda boleh menyediakannya dalam bentuk puri atau bertekstur halus supaya mudah dihadam si kecil.
Dalam pada itu, bagi ibu menyusu, sebaiknya anda amalkan makan buah dengan lebih kerap supaya manfaatnya diperoleh si anak sekaligus meningkatkan penghasilan susu badan.
Jika ada sebarang penambahan info boleh berikan komen anda di bawah. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Anda Suka Pisang? Jom Cuba 5 Idea Puri Pisang Unik Ini!
Baca juga: 9 Sayur Anda Boleh Masukkan Dalam Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas
Baca juga: Resepi Bubur Nasi & Pasta Berkhasiat Untuk Bayi 7 Bulan Dan Ke Atas
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!