Buah Untuk Ibu Berpantang, Ini Senarai Jenis Buah Yang Boleh Ibu Ambil & Perlu Dielakkan

Buah untuk ibu berpantang yang baik adalah jenis yang kaya tinggi vitamin C bagi membantu proses penyembuhan luka dengan cepat

Selepas melahirkan bayi, ibu-ibu akan menjalani tempoh berpantang bagi mengembalikan semula kesihatan tubuh badan. Antara aspek yang paling ditekankan ialah makanan dalam pantang berkhasiat dengan mengambil sayur-sayuran dan buah untuk ibu berpantang.

Seperti yang kita tahu, buah-buahan memang banyak khasiatnya. Lebih-lebih lagi semasa berpantang kerana kita memerlukan khasiat dalam buah-buahan untuk pulihkan tenaga selepas melahirkan anak. 

Tapi, tak semua buah anda boleh makan semasa berpantang. Ada beberapa buah yang tak boleh dimakan kerana buah tersebut bersifat tajam atau sejuk.

Ini adalah senarai lengkap buah untuk ibu berpantang dan buah yang dilarang makan semasa dalam pantang.

Buah untuk ibu berpantang: 11 buah yang boleh dimakan

Buah Untuk Ibu Berpantang, Ini Senarai Jenis Buah Yang Boleh Ibu Ambil & Perlu Dielakkan

Buah yg boleh makan dalam pantang ini dapat memulihkan tenaga ibu berpantang serta memberi zat untuk membuatkan anda mendapat khasiat yang seimbang serta menghasilkan susu ibu yang berkualiti.

Buah untuk ibu berpantang yang berwarna terang seperti betik, anggur dan blueberries mengandungi antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan menguatkan kesihatan jantung, merendahkan risiko jangkitan dan kanser.

Manakala buah seperti oren yang tinggi dengan vitamin C ini pula dapat memulihkan semua tisu dalam badan ibu berpantang dan mempercepatkan pemulihan luka.

Ini adalah senarai buah yang boleh dimakan ketika pantang:

  1. Anggur
  2. Kurma
  3. Oren
  4. Epal merah
  5. Strawberi
  6. Peach
  7. Prun
  8. Kismis
  9. Longan cina
  10. Blueberry
  11. Walnut

Anda digalakkan untuk makan buah-buahan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika anda melahirkan anak anda secara pembedahan, senarai buah untuk ibu berpantang czer ini juga bagus untuk dicuba.

Senarai buah yang tidak boleh dimakan ketika berpantang

Dalam adat berpantang cara Melayu, ada beberapa buah-buahan yang tak boleh dimakan semasa berpantang kerana ia dikatakan bersifat sejuk, tajam atau panas.

Perkara-perkara ini akan membuatkan proses pemulihan anda selepas bersalin terganggu.

Buah-buahan ini juga dilarang kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit tulang, sakit otot  atau lemah sendi. Kesannya mungkin tak dapat dilihat sekarang tapi ia akan memberi kesan pada masa hadapan.

Ibu yang tak mengamalkan pantang dengan betul seperti wanita di Barat, cenderung mendapat penyakit seperti artritis dan rheumatisme.

Jadi, ini adalah senarai buah-buahan yang dilarang makan semasa dalam tempoh berpantang:

  1. Nenas
  2. Limau
  3. Buah Lai
  4. Tembikai Susu
  5. Tembikai Merah
  6. Tembikai Cina
  7. Kiwi
  8. Epal Hijau
  9. Buah Pear
  10. Pisang
  11. Jambu
  12. Belimbing
  13. Durian Belanda
  14. Mangga
  15. Betik
  16. Ciku
  17. Langsat
  18. Nangka
  19. Cempedak
  20. Pisang Masak Hijau
  21. Pisang Nangka
  22. Pisang Embun
  23. Pisang Udang
  24. Ubi Kayu
  25. Ubi Keladi
  26. Sengkuang
  27. Manggis
  28. Macang
  29. Kuinin
  30. Binjai

Sayur yang boleh dimakan ketika berpantang

Selain buah untuk ibu berpantang, anda juga disarankan mengambil sayur bagi mendapatkan khasiat vitamin dan sekaligus membantu percepatkan proses penyembuhan.

Namun apa yang perlu dielakkan ialah mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin kerana ia boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit badan.

Lobak putih dan peria memperbanyakkan susu ibu. Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

Antara jenis sayur untuk ibu berpantang lain yang boleh dimakan ketika dalam pantang ialah:

  • Ubi Kentang
  • Sawi
  • Lobak Merah
  • Jenis sayur: Brokoli
  • Kailan
  • Kucai
  • Bayam
  • Kuaci Labu /kuaci bunga matahari

Pemakanan ketika dalam pantang amat penting dan perlu dijaga

makanan berpantang

Kesihatan tubuh selepas berpantang hendaklah dijaga dengan baik agar tidak berlakunya sebarang masalah seperti bayi kembung perut, sakit-sakit badan atau rengat.

Ada ibu berpantang sehingga 100 hari dan ada juga hanya mampu berpantang 44 hari sahaja. Walau bagaimanapun kami menasihati anda agar sentiasa menjaga pemakanan seharian supaya perjalanan bepantang menjadi lancar.

Meskipun zaman semakin moden, namun amalan berpantang secara tradisional masih diamalkan bagi kebanyakan ibu kerana mereka percaya ia boleh mengembalikan semula bentuk badan dan tahap kesihatan seperti sebelum bersalin.

Bagi memudahkan urusan pantang ibu, anda boleh senaraikan menu berpantang dengan lebih awal supaya nanti bahan-bahan yang diperlukan sudah tersedia di dapur.

Justeru nanti tidaklah menyusahkan suami untuk keluar mendapatkannya. Pastikan anda tetapkan jadual makan ketika tempoh berpantang dan selitkan sekali sepotong buah bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit.

Hal yang paling digeruni oleh kebanyakan ibu adalah sembelit ketika tempoh berpantang kerana pada ketika ini luka bersalin masih belum kering dan sembuh sepenuhnya. Dalam setiap menu berpantang, pastikan ada karbohidrat, protein dan vitamin daripada sayur-sayuran dan buah. 

Makanan untuk orang berpantang pembedahan

#1) Produk tenusu rendah lemak 

Susu, yogurt dan keju adalah sumber protein, kalsium, Vitamin B dan Vitamin D yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ambil sekurang-kurangnya 50ml setiap hari. 

#2) Bijirin 

Roti bijirin, beras perang dan gandum menyediakan kalori yang diperlukan terutama bagi anda yang menyusukan si kecil. Malah ia juga meningkatkan tahap tenaga kerana mempunyai nutrien dan vitamin yang diperlukan. 

#3) Buah-buahan dan sayur-sayuran 

Buah-buahan seperti oren dan blueberries kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang bagus untuk proses pemulihan selepas bersalin czer. 

Manakala, sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang dan daun fenugreek juga mengandungi sumber vitamin, kalsium dan zat besi yang bagus untuk memulihkan tubuh selepas czer. 

#4) Oat 

Mengandungi serat yang tinggi bagi melegakan anda dari sembelit. Anda boleh menikmatinya bersama susu, buah-buahan kering atau kekacang. Contoh buat seperti epal, pisang dan mangga manis. 

#5) Kunyit 

Kunyit dalam hidangan mengandungi Vitamin B6, Vitamin C, serat, kalium dan magnesium.

Ia membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan cepat. Anda juga boleh masukkan setengah sudu kunyit dalam segelas susu panas dan minum setiap hari. 

#7) Halia dan bawang putih 

Makanan pantang czer ini membantu pencernaan dan mengurangkan berat badan selepas mengandung. Anda boleh menambah sedikit halia dan bawang putih dalam makanan anda semasa memasak . 

Menu pantang czer yang sedap dan berkhasiat

#1. Ikan siakap stim dengan halia

menu pantang czer

  • 1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 3 biji cili api
  • Air
  • Daun sup/ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Sediakan pengukus dan panaskan airnya.
  2. Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
  3. Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak.
  4. Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis. Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.

#2. Ikan bakar air asam Azie Kitchen

Menu pantang czer

Bahan bakar:

  • 2 ekor ikan selar – kelar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • Minyak bijan
  • Minyak zaitun
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk kunyit hidup dan halia. Lumur pada ikan bersama sedikit garam.
  2. Renjiskan minyak bijan dan minyak zaitun pada ikan. Letakkan daun pisang dan siram sedikit dengan minyak zaitun.
  3. Bakar dan terbalikkan kedua dua permukaan sehingga masak.

Bahan untuk buat air asam:

  • 1/2 biji bawang besar Holland – cincang
  • 5 ulas bawang putih – lebihkan
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Air asam jawa pekat
  • Gula dan garam
  1. Tumbuk bawang putih dan lada hitam hingga hancur. Satukan semua bahan dan kacau rata.
  2. Sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar atau ikan panggang.

Nota:

  • Elok makan banyak bawang besar Holland untuk kurus.
  • Air asam jawa elok untuk wanita dalam pantang tapi bukan asam keping.

#3. Sup ayam organik

Makanan untuk orang berpantang pembedahan

Bahan:

  • Ayam satu mangkuk sup kecil
  • Serai sebatang di potong dan diketuk
  • Halia di hiris
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah dan beberapa ulas bawang putih
  • sedikit daun bawang
  • 1 sudu gula
  • garam secukupnya

Cara penyediaan

  1. Masakkan air sehingga panas.
  2. Tumbuk bawang merah putih dan lada hitam, masuk kan serai, halia, bahan tumbuk, ayam garam gula, tutup dan biarkan ia masak, selepas ayam sudah masak masukkan bawang putih dan daun bawang siap dimasak.

Makanan dilarang semasa pantang keguguran

Menurut pengalaman seorang ibu muda yang mengalami keguguran, doktor yang merawat menasihatinya untuk mengelakkan makanan tidak berkhasiat.

Berbeza pula dengan petua orang lama yang banyak pantang larangnya. Sebagai contoh, elakkan mengambil makanan sejuk dan berangin seperti:

  • Timun
  • Kubis
  • Taugeh
  • Bayam
  • Kangkung
  • Tempe
  • Tauhu
  • Kacang panjang
  • Pucuk pakau atau pucuk ubi

Bukan itu sahaja, anda juga perlu berpantang seperti ibu-ibu bersalin dengan mengelakkan mengambil makanan ‘panas’ misalnya halia.

Apa yang penting, sentiasa mengambil makanan daripada sumber berkhasiat dan seimbang. Bukan itu sahaja, kurangkan makanan manis, berminyak dan berlemak.

Elakkan mengambil makanan laut yang berbisa dan minum air suam secukupnya. Selamat berpantang!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Makanan Dalam Pantang, 7 Kategori Makanan Yang Boleh & Tak Boleh Diamalkan

Baca juga: Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!