Boleh Ke Saya Makan Rambutan Ketika Hamil? Ini Info Penting Anda Perlu Tahu

lead image

Jika anda sedang mengidam buah rambutan, ini berita baik untuk anda. Rambutan mempunyai banyak khasiat dan merupakan buah yang baik untuk ibu hamil!

Bila musim rambutan tiba, pasti ada di kalangan ibu hamil yang mengidam makan rambutan, bukan? Persoalannya, adakah rambutan termasuk dalam senarai buah yang baik untuk ibu hamil?

Boleh Tak Saya Makan Rambutan Semasa Hamil?

Makan rambutan semasa hamil mungkin membuatkan anda was-was. Tapi sebenarnya, anda tidak perlu risau kerana anda boleh makan rambutan, dengan syarat jangan makan buah rambutan yang terlalu masak!

Kalau anda nak tahu, rambutan yang terlalu masak mengandungi alkohol yang berbahaya untuk ibu dan kandungan, malah manis pula. Lainlah sekiranya anda makan rambutan yang ranumnya “ngam-ngam” sahaja.

Boleh Ke Saya Makan Rambutan Ketika Hamil? Ini Info Penting Anda Perlu Tahu

Rambutan Ternyata Buah Yang Berkhasiat Untuk Ibu Hamil!

Seperti buah-buahan tempatan yang lain, rambutan memiliki beberapa kebaikan untuk ibu hamil. Ia kerana rambutan merupakan salah satu sumber nutrisi yang bagus untuk ibu hamil.

Rambutan bukan saja sedap, malah rambutan merupakan salah satu cara semula jadi bagi melawan alahan dan pening semasa kehamilan.

Khasiat buat rambutan sememangnya sesuatu yang jarang kita ambil tahu, tetapi anda pasti terkejut dengan beberapa fakta kandungan khasiat buah rambutan, khususnya buat kandungan anda.

Rambutan Buah Yang Baik Untuk Ibu Hamil: Khasiat Buah Rambutan

buah yang baik untuk ibu hamil, khasiat buah rambutan, khasiat buah-buahan, khasiat buah-buahan untuk ibu mengandung, pantang larang ibu mengandung, buah-buahan tempatan, buah yang bagus untuk ibu hamil trimester pertama, makanan yang baik untuk ibu hamil, buah rambutan bagus, kebaikan buah rambutan, musim rambutan, makan rambutan semasa hamil, boleh makan rambutan semasa hamil, buah yang tidak baik untuk ibu hamil, buah yang bagus untuk ibu hamil trimester pertama,

Kenapa kami bersetuju mengatakan rambutan merupakan buah yang baik untuk ibu hamil? Jom kita baca tentang kelebihan buah rambutan yang pasti anda tidak tahu sebelum ini.

1. Kandungan Zat Besi Yang Tinggi

Zat besi adalah nutrien mineral penting yang diperlukan ibu hamil, malah merupakan elemen penting dalam perkembangan bayi dalam kandungan.

Pengambilan zat besi yang secukupnya boleh mengurangkan alahan pada ibu hamil dengan menjaga kadar hemoglobin dalam darah.

Buah rambutan dikenali dengan kandungan zat besi yang melimpah dan bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Jika anda penggemar rambutan, pasti anda akan teruja dengan fakta ini!

2. Sumber vitamin E

Selain kaya dengan zat besi, rambutan juga kaya dengan kandungan sumber vitamin E, yang sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit sepanjang tempoh kehamilan, dan selepas bersalin.

Makan rambutan semasa hamil boleh mencegah jerawat, kulit gatal, kulit kusam, dan yang paling best sekali, boleh mengurangkan risiko stretch mark!

3. Membantu Pencernaan Ibu Hamil dan Penyakit Lain

penjagaan kehamilan trimester pertama, penjagaan kehamilan, trimester pertama, cara jaga kehamilan trimester pertama, kehamilan trimester pertama, langkah penjagaan trimester satu, penjagaan di trimester pertama, cara menjaga trimester hamil, cara menjaga trimester kehamilan

Kandungan fosfor dalam buah rambutan adalah sangat baik bagi ibu hamil, malah dapat membantu menurunkan risiko cirit birit dan sembelit semasa kehamilan.

Makan rambutan semasa anda sedang hamil juga dapat melawan selsema, flu, dan penyakit umum lainnya.

Wah, banyak betul khasiat buah rambutan ni kan! Yang menariknya masa hamil pun boleh makan.

Kalau ada yang mengidam nak makan rambutan, anda dah boleh ajak suami beli ataupun kalau ada pokok rambutan di rumah tu, dah boleh si suami beraksi kait dengan galah ya!

Tapi ingat ya ibu, jangan banyak sangat nanti sakit perut pula.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!