X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tak Selesanya! Ini 8 Petua Semulajadi Merawat Buasir Ketika Hamil

6 min bacaan
Tak Selesanya! Ini 8 Petua Semulajadi Merawat Buasir Ketika Hamil

Rendam punggung dalam campuran air dan cuka epal antara cara semulajadi atasi masalah buasir ketika hamil yang buat ibu tidak selesa.

Sembelit dan buasir ketika hamil merupakan masalah yang sering membelenggu wanita mengandung dan ia akan bertambah teruk jika tidak dirawat segera.

Buasir merupakan penyakit yang jarang dibincangkan kerana ia adalah topik yang kurang disenangi orang ramai. Tapi ramai wanita yang mengalami buasir ketika mengandung. Dua faktor utama mengapa buasir ketika hamil berlaku adalah perubahan hormon dan pembesaran janin yang menyebabkan tekanan ke bahagian dubur.

Faktor lain yang boleh mendorong keadaan ini termasuklah meneran semasa membuang air besar dan sembelit. Tak hairanlah mengapa topik ini bukan topik kegemaran orang ramai! Jom semak dengan lebih lanjut tentang penyakit ini.

Isi Kandungan

  • Apakah Itu Buasir?
  • Mengapa Buasir Ketika Hamil Selalu Terjadi Pada Ibu?
  • Bila Buasir Biasanya Bermula Semasa Hamil
  • Apa Yang Boleh Anda Lakukan Tentang Buasir Semasa Kehamilan
  • Bila Patut Jumpa Doktor
  • Petua Semulajadi Untuk Merawat Buasir Ketika Hamil

Apakah Itu Buasir?

buasir ketika hamil, buasir semasa mengandung, buasir ketika mengandung, ubat buasir untuk ibu mengandung

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur yang membawa masalah apabila ia menjadi radang atau membengkak. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua jenis:

  • Buasir dalaman – bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).
  • Buasir luaran – bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan. rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.

Mengapa Buasir Ketika Hamil Selalu Terjadi Pada Ibu?

buasir ketika hamil, buasir semasa mengandung, buasir ketika mengandung, ubat buasir untuk ibu mengandung

Walaupun ia boleh muncul pada bila-bila masa, namun kebanyakan ibu hamil boleh mengalami buasir ketika hamil dalam trimester ketiga ataupun apabila meneran untuk menolak bayi.

Semasa kehamilan, rahim kita akan semakin besar dan jumlah darah juga akan bertambah. Inilah yang menyebabkan lebih banyak tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan salur darah vena membengkak dan menjadi radang.

Ibu juga lebih cenderung untuk mengalami sembelit dan buasir ketika hamil disebabkan perubahan hormon yang melambatkan sistem pencernaan badan.

Jangan lupa pula vitamin-vitamin pranatal dengan besi sintetik juga boleh menyumbang kepada masalah sembelit!

Bila Buasir Biasanya Bermula Semasa Hamil

Kebiasaannya buasir akan mula terjadi pada trimester kedua ke trimester kehamilan yang ketiga. Tetapi ia juga turut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Malah, buasir juga akan menjadi lebih teruk ketika anda berada pada fasa kehamilan yang ketiga. Buasir akan kembali pulih setelah anda melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, buasir mungkin akan berlarutan sekiranya semasa bersalin berlaku ketegangan yang kuat sewaktu anda meneran.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan Tentang Buasir Semasa Kehamilan

buasir ketika hamil, buasir semasa mengandung, buasir ketika mengandung, ubat buasir untuk ibu mengandung

 

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda buat jika mengalami buasir semasa mengandung iaitu :

#1. Teruskan rutin 

Sentiasa minum banyak air serta mengambil makanan yang berserat tinggi untuk elakkan sembelit.

#2. Lakukan senaman kegel

Selain membantu menyediakan lantai perineal anda untuk kelahiran nanti, ia juga turut membantu mencegah buasir dengan meningkatkan peredaran ke kawasan tersebut.

#3. Tidur mengiring

Ketika tidur, anda perlu tidur secara mengiring dan elakkan daripada tidur secara telentang. Malah, untuk melegakan sakit yang perlu anda hadapi setiap hari, boleh juga amalkan tidur mengiring selama beberapa kali untuk melegakan tekanan pada urat rektrum anda.

#4. Bergerak

Jangan duduk atau berdiri untuk tempoh yang lama pada satu-satu masa. Amalkan berjalan kaki setiap jam atau lebih untuk memperbaiki peredaran darah.

#5. Jangan paksa meneran

Jangan paksa atau mengambil masa yang sangat lama ketika membuang air besar.

#6. Kekal bersih

Gunakan air suam dan tisu tandas untuk mengelap. Jangan lap terlalu kuat atau kasar kerana ia akan merengsakan tisu yang sensitif.

#7. Mandi air suam

Berendam di dalam air suam selama 10 hingga 15 minit membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan membuatkan anda kekal bersih.

#8. Pek ais

Membantu menenangkan dan mengurangkan rasa sakit.

#9. Bantal berbentuk donut

Membantu anda untuk duduk dengan lebih selesa.

#10. Suplemen tambahan

Jika anda merasakan bahawa anda kekurangan pengambilan serat atau ragu-ragu jika ia mencukupi atau , boleh dapatkan nasihat doktor untuk suplemen tambahan.

#11. Dapatkan nasihat doktor

Doktor akan mencadangkan kepada anda untuk memberikan ubat pelembut najis atau ubat buasir untuk ibu mengandung bagi melegakan kegatalan dan rasa sakit.

Bila Patut Jumpa Doktor

Perhatikan tanda-tanda berikut :

  • Gejala pendarahan yang masih berlaku walaupun sudah menerima rawatan
  • Buasir berulang
  • Demam atau menggigil
  • Bernanah
  • Pendarahan teruk atau tidak berhenti
  • Kesakitan yang teruk

Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda ini, sila hubungi doktor anda segera. Buasir yang tidak dirawat akan mula membesar dan membahayakan ibu hamil jika dibiarkan berlarutan.

Pada permulaannya anda hanya akan mengalami kegatalan dan rasa sakit serta berlaku pendarahan ketika membuang najis. Memasuki tahap yang kedua, usus besar anda akan mengalami luka dan usus terkeluar sedikit.

Manakala, pada tahap ketiga pula saluran najis anda akan keluar dan tidak boleh dimasukkan semula dan kemungkinan trombosis iaitu salur darah tersumbat dan memerluka prosedur pembedahan.

Petua Semulajadi Untuk Merawat Buasir Ketika Hamil

Di bawah kami ada sediakan 8 cara semulajadi untuk merawat buasir semasa mengandung. Mari kita semak sama-sama, ya?

  1. Rendam bahagian punggung ke dalam campuran setengah cawan cuka epal mentah dengan air.
  2. Sapukan minyak kelapa pada kawasan yang meradang. Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat yang boleh membantu melegakan rasa gatal-gatal, kesakitan, keradangan.
  3. Sediakan kompres dengan menggunakan Witch hazel. Rendam sekeping tuala wanita ke dalam larutan Witch hazel organik, sejukkan/bekukan dan gunakan pada kawasan buasir. Cara ini juge boleh memberi manfaat kepada wanita yang baru melahirkan anak kerana fungsi kompres adalah untuk menenang dan menyembuhkan kawasan yang meradang.
  4. Gunakan hirisan lidah buaya segar yang telah dibuang kulit pada kawasan yang meradang.
  5. Pilih vitamin pranatal yang diperbuat dari makanan kerana ia lebih mudah diserap dan tidak akan menyebabkan sembelit berbanding vitamin sintetik, terutamanya zat besi.
  6. Minum air yang secukupnya walaupun ini boleh menyebabkan anda kencing lebih kerap. Jika anda tidak minum air dengan banyak, tubuh anda akan menyerap air melalui usus dan meninggalkan najis kering yang sukar untuk diteran.
  7. Amalkan pemakanan yang sihat dan pastikan anda makan makanan yang mempunyai banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Benih chia yang direndam boleh membantu pergerakan usus dan sumber lemak yang baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan avokado boleh berfungsi sebagai pelincir di dalam usus.
  8. Mengambil probiotik atau makanan bertapai.

Biasanya selepas mencuba petua-petua semulajadi ini, buasir akan sembuh dalam beberapa hari. Tetapi jika anda tidak sembuh lagi, sila jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Selamat mencuba!

  1. whattoexpect.com (2020, Oktober 21) Hemorrhoids During Pregnancy www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/hemorrhoids.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan Pandang Ringan Buasir Ketika Hamil, Ini Sebabnya Menurut Doktor!

Baca juga : Alamak! Anda Alami Masalah Buasir Selepas Bersalin? Ini Tips Untuk Atasinya

Baca juga : Seksanya Bila Sakit Buasir, Ini Cara Merawat Buasir Bagi Ibu Mengandung & Berpantang

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Tak Selesanya! Ini 8 Petua Semulajadi Merawat Buasir Ketika Hamil
Kongsikan:
  • Buasir Ketika Hamil Boleh Datangkan Bahaya, Jangan Pandang Ringan!

    Buasir Ketika Hamil Boleh Datangkan Bahaya, Jangan Pandang Ringan!

  • 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

    10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Buasir Ketika Hamil Boleh Datangkan Bahaya, Jangan Pandang Ringan!

    Buasir Ketika Hamil Boleh Datangkan Bahaya, Jangan Pandang Ringan!

  • 10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

    10 perkara yang anda TIDAK patut cakap pada wanita hamil

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.