Ini kenapa anda WAJIB beri anak makan bubur nasi kosong seawal usia 6 bulan!

lead image

Melangkah masuk ke umur 6 bulan, ibu harus perkenalkan bubur nasi kosong kepada bayi supaya merangsang deria rasa si kecil dan mengikut 4 days rules yang betul.

Masuk saja usia enam bulan, tentu mak-mak excited nak buat bubur nasi bayi 6 bulan ini, kan? Tapi dalam keterujaan itu, anak pula menolak makanan yang masuk ke dalam mulutnya.

Alamak, kenapa ni ya! 

Ini bukan sebab mak-mak malas nak masak tapi sebab anak memang picky eater. Persoalannya kenapa anak-anak cerewet makan atau picky eater? 

Adakah sebab masakan yang mak masak tak sedap atau memang anak cerewet soal makanan? Tak pun si kecil itu lebih suka makan yang manis-manis berbanding yang kosong macam bubur nasi bayi 6 bulan ini?

Terpanggil untuk berkongsi cerita, Amyra Abas menceritakan pengalamannya di laman sosial Facebook miliknya.

Menurutnya, bagi mengurangkan anak picky eater, adalah lebih bagus perkenalkan bubur nasi bayi 6 bulan seawalnya berbanding nestum atau puri buah yang manis. Ini bagi mengelak anak-anak memilih makanan yang kurang rasa. 

Punca anak picky eater 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/35302372 2002379943137443 5977314863540600832 n.jpg Ini kenapa anda WAJIB beri anak makan bubur nasi kosong seawal usia 6 bulan!

Menurut Amyra Abas, beliau ingin berkongsi info berkaitan makanan pertama anak umur enam bulan ini kerana berdasarkan pengalamannya sendiri yang membesarkan anak picky eater. 

“Arjuna, anak sulung saya merupakan seorang picky eater. Dia hanya makan yang manis-manis saja. Kalau tak manis langsung tak mahu makan.

Selain suka sangat makanan segera dan makanan yang diproses. Hingga saya terpaksa buat bebola nasi setiap hari supaya Arjuna nak makan,” katanya. 

Menurutnya lagi, ia bermula apabila dia memberikan buah dan susu berperisa sejak hari pertama.

Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman orang lain melalui blog dan pembacaan, ramai yang cakap bagi makan puri buah. Kata mereka wajib diberikan kerana pencernaan anak belum matang. 

Tapi bila tanya doktor dan pakar pemakanan, mereka akan cakap bubur nasi

“Benar, buah memang mempunyai gula semula jadi untuk memberikan rasa asli manis dalam makanan anak.

Tapi susu ibu atau susu formula sudah tersedia rasa manis. Jadi untuk keselamatan, elakkan beri anak makanan yang manis seperti buah-buahan,” tambahnya lagi. 

Cara nak beri makan anak bubur nasi bayi 6 bulan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/IMG 5228.jpg Ini kenapa anda WAJIB beri anak makan bubur nasi kosong seawal usia 6 bulan!

#1. Mulakan dengan satu ke dua sudu 

  • Pertamanya, anda boleh mula menyuap anak dengan bubur nasi bayi 6 bulan. Biar si kecil itu mengenal rasa dengan satu atau dua sudu makanan tawar dan tak sedap. 
  • Dalam usia enam bulan ini anak itu baru nak kenal makanan. Jadi hari pertama berikan satu ke dua sudu. Esoknya naik tiga sudu. Lusa naik empat sudu hingga hari yang seterusnya. Sampailah anak suka makan. 
  • Jangan panik jika anak muntah atau muak terhadap bubur nasi bayi 6 bulan ini. Yalah kan, dia baru saja nak mula makan jadi ibu jangan cepat putus asa untuk buat benda yang sama setiap hari dalam umurnya enam bulan ini. 

#2. Peraturan 4 hari atau 4 days rules 

  • Setelah itu, pentingnya 4 days rules ini. Di mana selepas makan, ibu perlu melihat pampers anak sama ada sembelit atau cirit. Takpun selepas makan ada tak naik ruam-ruam merah dan sebagainya.
  • Contoh, bubur kosong, puri sayur, puri buah – 4dr pass.
  • Kemudian jika sudah lepas empat hari tersebut, tiada sebarang gejala muncul boleh tukar pada sayur dan buah-buahan lain dan buat juga 4dr.

#3. Bagi anak makan bubur nasi bayi 6 bulan

  • Berikan anak makanan ruji seperti bubur nasi kosong yang sudah dikisar halus. Dengan cara ini dapat mengelakkan anak dari picky eater. 

#4. Bubur nasi untuk deria rasa anak 

Setelah anak sudah diberikan makanan yang sedap dalam sehari dua.  Kembali pula pada bubur nasi bayi 6 bulan ini supaya membantu deria rasa anak.

Bahkan pemakanan anak juga seimbang. Pendek kata, semua rasa dia boleh telan dan tak ada sebarang masalah. 

#5. Elakkan campur makanan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/dsc01196.jpg Ini kenapa anda WAJIB beri anak makan bubur nasi kosong seawal usia 6 bulan!

Sekiranya anak baru masuk enam bulan, elakkan bagi makanan yang bercampur supaya kita mudah nak detect anak ada masalah terhadap makanan yang mana.  

Adalah bagus jika perkenalkan satu makanan dahulu. Bila sudah masuk tujuh bulan baru combine dengan dua makanan yang anak pass. Sehinggalah seterusnya. 

#6. Elakkan makanan pembunuh selera anak 

Elakkan beri anak makanan yang diproses, makanan segera, nestum, celerac dan lain-lain kerana ia akan membuatkan anak jadi picky eater. Malah ia akan membuatkan anak tidak mahu makan sayur, buah dan nasi. Percayalah lebih baik anda elakkan dari beri makanan-makan tersebut. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Azhan.co dan Hello Sehat 

Sumber: Amyra Abas

Baca juga: 

Makanan pejal pertama bayi – Apa pilihan resepi ibu boleh bagi pada anak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!