Kerana api cemburu ibu tiri, budak 9 tahun ini mati dirogol beramai-ramai!

lead image

Gara-gara cemburu, sanggup ibu tiri ini upah orang untuk merogol kanak-kanak perempuan ini. Tak cukup dengan itu, budak dirogol ini juga kemudian dibunuh!

Berita ini sungguh ngeri dan mengejutkan. Seorang budak dirogol beramai-ramai kemudiannya dibunuh di India!

Menurut polis yang menyiasat kes ini, kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun itu dikatakan amat "dicemburui" oleh ibu tirinya.

Maka, si ibu tiri tersebut telah mengarahkan orang untuk merogol kanak-kanak tidak bersalah itu secara beramai-ramai! Ya Tuhan, ibu tiri apa yang sungguh kejam dan sanggup berbuat demikian?

Budak dirogol beramai-ramai dan dibunuh kerana api cemburu

Insiden ini terjadi di wilayah Baramulla, Kashmir, India.

Menurut laporan media, ibu tiri yang berusia 36 tahun itu amat cemburu dengan kanak-kanak terbabit dan ibunya, isteri kedua kepada suaminya sendiri.

budak dirogol, bayi dirogol, kanak-kanak dirogol, kanak kanak dirogol, rogol, jenayah rogol, rogol di India, kes rogol kanak-kanak,

Hal ini kerana suaminya lebih suka meluangkan masa dengan isteri kedua dan anak perempuannya itu. Budak dirogol ini sebenarnya adalah anak kesayangan si ayah.

Jadi, dek cemburu yang makin meluap-luap, pada 24 Ogos lalu, ibu tiri ini membawa kanak-kanak terbabit masuk ke dalam hutan.

Di hutan, dia menyuruh anak lelakinya yang berusia 14 tahun untuk merogol kanak-kanak itu! Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta kawan-kawan anak lelakinya untuk turut serta merogol budak terbabit!

Selepas dirogol, mangsa kemudiannya dijerut oleh si ibu tiri sementara anak lelakinya menghentak kapak ke kepala mangsa. 

Budak dirogol dan dibunuh dengan kejam

budak dirogol, bayi dirogol, kanak-kanak dirogol, kanak kanak dirogol, rogol, jenayah rogol, rogol di India, kes rogol kanak-kanak,

Tidak cukup puas hati dengan aksi rogol beramai-ramai itu, mereka kemudiannya mencurahkan asid bateri kenderaan kepada tubuh mangsa dan biji matanya dikorek.

Tubuh budak dirogol beramai-ramai itu seterusnya dibuang ke dalam semak dan ditutupi dengan ranting-ranting pokok.

Tapi, nampaknya tindakan kejam ibu tiri ini tidak dapat disembunyikan. Pada 4 September lalu, pihak polis menemui badan anak perempuan terbabit yang tersembunyi dalam semak-samun.

Pegawai polis kanan, Mir Imtiyaz Hussain memberitahu pihak media NDTV, 

"Kami mendapati ibu tiri ini telah lama menyimpan dendam terhadap isteri kedua suaminya, malah anak-anak isteri itu. 

Dia memang sudah lama berkomplot untuk membunuh anak perempuan terbabit. Satu hari, dia bawa mangsa ke hutan berdekatan sebelum dia menyuruh anak lelakinya sendiri merogol mangsa.

Anak perempuan itu kemudiannya dirogol beramai-ramai atas paksaan dan desakan si ibu tiri terbabit."

Pihak polis kini telah menahan enam orang yang ada kaitan dengan kes ini, termasuklah si ibu tiri yang kejam terbabit.

Kanak-kanak lelaki yang merogol mangsa itu juga sudah mengaku bersalah di atas jenayah yang telah mereka lakukan. 

Penderaan ini merupakan salah satu penderaan yang paling kejam dan menyakitkan hati! Kami harap keadilan dapat dituntut dengan adil dan saksama.

Kanak-kanak perempuan itu tidak sepatutnya dirogol dan mati. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Ibu tiri kejam dera kanak-kanak 7 tahun suruh minum air panas menggelegak!