Baru 4 tahun, budak ini dirogol tiga remaja bergilir-gilir di tandas sekolah!
Budak ini dirogol di tandas sekolah oleh tiga remaja lelaki. Beliau kini trauma teruk dan takut dengan lelaki. Apa nak jadi pada dunia sekarang?!!
Satu berita mengejutkan tentang seorang budak dirogol di dalam tandas telah mendapat perhatian media baru-baru ini. Ketika menulis artikel ini, saya masih terluka membaca kisah budak dirogol di seluruh dunia – sama seperti kes ini.
Kejadian kali ini melibatkan budak perempuan berusia empat tahun yang berlaku di tadika Thailand tempoh hari.
Budak dirogol beramai-ramai di dalam tandas
Budak perempuan ini dilaporkan telah diberi kebenaran untuk ke tandas seorang diri oleh gurunya, walaupun peraturan sekolah mengatakan kanak-kanak perlu ke tandas secara berkumpulan seramai dua atau tiga orang.
Kerana budak perempuan ini berseorangan, dia telah dicabul dan dirogol oleh tiga orang remaja berusia 15-17 tahun.
Remaja ini telah dikenali sebagai “remaja bermasalah” oleh media Thailand, dan dua dari mereka tinggal di rumah perlindungan.
Laporan mengatakan guru kelas kanak-kanak ini dipecat kerana mengizinkan anak muridnya ke tandas seorang diri. Sementara pengarah tadika ini dilaporkan telah memasang 16 kamera CCTV untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku semula.
Budak dirogol: Mangsa kini trauma dan takut teruk
Pada 7 Ogos lalu, ibu kepada kanak-kanak ini dikatakan telah memberi petisyen kepada Yayasan Pavena untuk Kanak-Kanak dan Wanita untuk membantu mempercepatkan perkembangan kes, dan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap ktiga-tiga tertuduh.
Kanak-kanak ini trauma dan takut dengan semua kanak-kanak lelaki dan orang dewasa lelaki termasuk bapanya sendiri. Kanak-kanak ini telah dipindahkan dari sekolah tersebut.
Budak dirogol: Kenapa kita gagal lindungi anak kita?
Kejadian yang melibatkan kes rogol pada kanak-kanak yang masih kecil semakin meningkat di dada media. Baru-baru ini, seorang belia sekolah rendah yang terpengaruh dengan porno telah merogol seorang perempuan berusia lapan tahun!
Menakutkan! Kita juga mendengar banyak laporan tentang kanak-kanak yang lebih tua mencabul kanak-kanak yang lebih kecil. Adakah kita sebagai ibu bapa ini gagal mendidik anak-anak?
Atau ia berlaku kerana kanak-kanak didedahkan dengan keganasan melalui gajet dan permainan video serta masyarakat? Adakah kita sebagai ibu bapa tak cukup tegas dengan penjaga anak kita tentang keselamatan mereka?
Banyak soalan yang perlu ditanya tapi pada yang sama kita boleh mula mencari penyelesaian. Cakap dengan anak anda tentang cara mereka boleh lindungi diri mereka.
Tegas dengan penjaga seperti contoh, anda ada hak untuk tahu polisi keselamatan di sekolah anak anda. Atau arahkan penjaga anda apa yang mereka perlu lakukan untuk pastikan anak anda selamat.
Lindungi anak-anak anda dari pengaruh negatif dari masyarakat dan teknologi. Hadkan masa penggunaan skrin dan ambil tahu apa yang mereka lakukan di atas talian.
Kami di theAsianparent berharap kanak-kanak malang ini mendapat bantuan yang sebaiknya untuk pulih dari tragedi yang menimpa dirinya ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
Budak perempuan 11 tahun ini dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki!