theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Budak Lelaki Didera Keluarga Angkat Sehingga Hampir Hilang Nyawa

18 Jul, 2017
Kongsikan:
•••
Budak Lelaki Didera Keluarga Angkat Sehingga Hampir Hilang Nyawa

Kes dera sekarang semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kematian. Kes dera ini pula membabitkan keluarga angkat mangsa. Ia umpama pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi.

Seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai telah didera oleh keluarga angkatnya sedang berada di dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

Mangsa yang berusia setahun sembilan bulan ini kini terpaksa bergantung hidup pada alat bantuan pernafasan.

Serangan sawan yang berulang

Mangsa yang bernama Muhamad Al Fateh telah dimasukkan ke wad berkenaan sebelum ini kerana telah mengalami sawan sehingga tidak menyedarkan diri, kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asistem Komisioner Abdul Wahib Musa.

“HSNI telah menelefon Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam pada jam 2.40 petang untuk melaporkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang berada di wad ICU yang mungkin telah didera.

“Mangsa yang dikatakan telah mengalami masalah sawan tiba di hospital setelah dibawa oleh ibu angkatnya yang berusia 34 tahun.

Semakan rekod oleh pihak hospital telah mendapati itu adalah kali ketiga mangsa dimasukkan ke hospital kerana serangan sawan.

Kanak-kanak malang ini disyaki didera oleh keluarga angkatnya

Berdasarkan kesan-kesan kecederaan baru dan lama pada tubuh badan mangsa, pihak hospital telah mengesyaki adanya unsur-unsur penderaan.

Katanya lagi, “Mangsa pernah disyaki menghidap penyakit Tibi dan telah mendapatkan rawatan di HSNI. Setelah mangsa diperiksa, pihak hospital telah mendapati kesan retak pada lengan tangan kanan mangsa.”

Pada masa itu, mangsa telah diberikan perlindungan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi kemudian telah diserahkan kembali kepada keluarga angkatnya.

Dia bersambung, “Setelah pemeriksaan dijalankan, mereka mendapati terdapat kesan lecuran di bahagian tangan kiri dan kanan dan juga di bahagian telapak kaki kanan mangsa.”

Ibu bapa angkatnya yang berasal dari Taman Maju dan Taman Karang Muhibah telah ditangkap bagi membantu siasatan

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun.

Katanya lagi, “Pagi tadi saya telah pergi melawat mangsa di hospital dan mangsa sedang berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang bertarung nyawa.”

Gambar dan rencana dipetik daripada Harian Metro. 

Baca juga: 

my.theasianparent.com/lagi-kes-dera-oleh-pembantu-taska-kali-ini-pada-anak-sendiri-sehingga-meninggal-dunia/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Budak Lelaki Didera Keluarga Angkat Sehingga Hampir Hilang Nyawa
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Kanak Lelaki Berusia 11 Tahun Kehilangan 2 Jari Selepas Tersangkut Atas Pagar Berduri

    Kanak Lelaki Berusia 11 Tahun Kehilangan 2 Jari Selepas Tersangkut Atas Pagar Berduri

  • Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

    Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

app info
get app banner
  • Kanak Lelaki Berusia 11 Tahun Kehilangan 2 Jari Selepas Tersangkut Atas Pagar Berduri

    Kanak Lelaki Berusia 11 Tahun Kehilangan 2 Jari Selepas Tersangkut Atas Pagar Berduri

  • Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

    Telinga kanak-kanak ini lebam dan bengkak teruk akibat didera di tadika!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll
Buka di aplikasi