TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cikgu tengok saja anak murid ini terkapai-kapai tercekik sampai mati!

4 min bacaan
Cikgu tengok saja anak murid ini terkapai-kapai tercekik sampai mati!

Kejadian budak mati tercekik baru-baru ini menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan untuk menyelamatkan anak dari tercekik. Ini caranya.

Kita tinggalkan anak-anak di pusat penjagaan kerana kita percaya yang mereka akan dijaga dengan baik apabila kita pergi kerja. Tapi, lain pula yang berlaku dalam satu rakaman CCTV di tadika ini! Seorang budak mati tercekik di sekolah seorang diri semasa waktu rehat.

Budak mati tercekik: “Kenapa tak ada cikgu yang tolong selamatkan anak saya?” rintih ibu malang.

Pada 10 September yang lepas, ia seperti hari-hari lain di tadika di Hunan, China.

Tapi, seorang guru yang bertugas semasa waktu makan telah membuat kesalahan kritikal dan membahayakan nyawa apabila dia meninggalkan seorang kanak-kanak makan sendiri.

Tak lama selepas itu, budak itu mula tercekik makanan yang dimakannya.

Rakaman CCTV menunjukkan yang budak tersebut sedang sesak nafas sambil cuba untuk mengeluarkan makanan yang tersekat di dalam tekak dan batuk tanpa henti.

budak mati tercekik, anak tercekik, anak mati tercekik, cara selamatkan anak tercekik, elak anak tercekik, budak tercekik, bahaya tercekik,

Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini tak menerima bantuan selama tiga minit. Rakan-rakannya yang lain terlalu kecil untuk memahami betapa kritikalnya keadaan yang sedang berlaku itu.

Rakaman tersebut kemudiannya berterusan dengan menunjukkan guru tersebut datang semula ke meja makan. Cikgu itu cuba untuk mengeluarkan kek yang tersangkut di dalam tekaknya tapi tak berjaya.

Sejurus selepas ini, cikgu tersebut mengejarkan budak itu ke hospital. Perjalanan ke hospital mengambil masa lapan minit, tapi malangnya, budak tersebut tak dapat diselamatkan tepat pada masanya.

Pihak tadika telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran dari tragedi yang malang ini selepas berbincang dengan ibu bapa mangsa,

Video ini adalah rakaman CCTV menunjukkan kejadian penuh yang berlaku.
 
Amaran: Video ini mungkin tak sesuai untuk ditonton oleh semua individu. Budi bicara anda diperlukan.

Budak mati tercekik: Cara untuk hentikan anak dari tercekik

Anak tercekik boleh terjadi dalam keadaan mereka sedar diri atau tak – dan anda perlu bertindak mengikut keadaan mereka.

Ini adalah panduan dari National Healthcare System UK tentang apa yang perlu anda lakukan jika anda lihat budak yang berumur lebih dari satu tahun tercekik.

Walaupun nampak seperti tak penting, tapi tip ini boleh bantu anda untuk selamatkan nyawa.

Jika kanak-kanak tercekik masih sedar…

  • Letakkan anak menghadap ke bawah di atas paha anda ATAU bantu mereka untuk duduk tegak sambil kedepankan badan
  • Tepuk belakang badan mereka lima kali

Jika tepukan tersebut tak membantu langsung, gunakan teknik Heimlich Maneuver. 

Teknik ini melibatkan anda memberikan tolakan yang kuat ke arah perut yang akan bantu untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam tekak. Cara-caranya adalah:

  • Berdiri atau berdiri menggunakan lutut, menghadap belakang badan kanak-kanak
  • Genggam tangan anda dan letakkan di antara pusat dan tulang rusuk
  • Pegang tangan yang anda genggam dengan tangan lagi satu sambil kekalkan posisi tangan di perut dan tarik kedua-dua tangan anda ke atas dan ke bawah
  • Buat pergerakan ini sebanyak lima kali

Rujuk video di bawah:

*Nota: Daya yang kuat boleh menyebabkan kecederaan pada bawah tulang rusuk, hati-hati!

Apabila teknik ini sudah dilakukan, perhatikan situasi. Adakah objek tersebut telah dikeluarkan?

Jika belum dan kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan sedar, teruskan teknik Heimlich Maneuver. Pastikan anda sentiasa berada di sisi mereka.

Walaupun objek tersebut telah dikeluarkan dan kanak-kanak tersebut sudah tak tercekik, penting untuk mereka tetap mendapatkan rawatan susulan.

Jika kanak-kanak tercekik dalam keadaan tak sedarkan diri…

  • Baringkan mereka ke atas permukaan keras dan rata
  • Panggil bantuan. Gunakan telefon anda untuk beritahu hotline kecemasan
  • Buka mulut anak anda. Jika anda dapat lihat dengan jelas objek yang tersekat dan boleh dikeluarkan, cuba untuk keluarkannya
  • Lakukan CPR dengan berikan kanak-kanak tersebut beberapa pernafasan
  • Sentiasa berada di sisi mereka

Penting untuk semua ibu bapa dan orang dewasa untuk mengetahui cara untuk menyelamatkan kanak-kanak dari tercekik supaya kejadian seperti ini tak berlaku lagi.

Perkara ini boleh berlaku pada sesiapa saja, jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya. Diterjemah semula dengan izin dari theAsianparent Singapore.

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Anak tercekik? Apa perlu saya buat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Cikgu tengok saja anak murid ini terkapai-kapai tercekik sampai mati!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham