Budak patah tangan lepas ditendang dari gelongsor - ibu, awasi sikap anak anda!

lead image

Budak patah tangan akibat ditendang dari gelongsor oleh budak lain. Apa yang memeranjatkan apabila ibu budak yang menendang lari dari tempat kejadian!

Seorang budak patah tangan baru-baru ini apabila dia ditendang oleh seorang kanak-kanak lain ketika di taman permainan. Apa yang lagi teruk, ibu kanak-kanak tersebut terus lari dari tempat kejadian tanpa minta maaf pada mangsa atau ibunya!

Budak patah tangan akibat ditolak dari gelongsor

Kejadian ini berlaku pada 7 Julai 2018 lalu di wilayah Henan, China. Rakaman CCTV menunjukkan seorang budak berusia 5 tahun bernama Yueyue telah memanjat gelongsor setinggi 3.5 kaki.

Dia dilihat sedang memegang penghadang di atas apabila seorang budak lelaki lain telah menendang dadanya.

Yueyue terjatuh dari tepi gelongsor terus ke tanah. Ibunya yang panik terus berlari ke arahnya.

Sementara ibu budak lelaki yang menendangnya itu dilihat mendukung anaknya keluar dari taman tersebut dengan pantas.

budak patah tangan, jatuh gelongsor, ajar anak bertanggungjawab, ibu tak bertanggungjawab, anak cedera parah

Yueyue dibawa ke hospital dan doktor mengatakan yang tangannya patah dah bahunya terkehel.

Ibu Yueyue, Ms Wang berang kerana budak tersebut atau ibunya tak menolong mahupun minta maaf padanya. Malah, dia telah membuat rayuan menyentuh hati di TV meminta ibu budak tersebut untuk meminta maaf.

Dia berkata,

“Anda sayangkan anak anda. Saya akan lakukan perkara yang sama kerana tak ada ibu bapa yang mahukan anak mereka cedera.

“Saya rasa anda perlu memikul tanggungjawab ini dan minta maaf.”

Ms Wang juga telah melaporkan kejadian ini kepada polis tapi mereka masih belum dapat mencari budak tersebut atau ibunya.

Budak patah tangan: Ajar anak untuk bertanggungjawab

Lari dari tempat kejadian mungkin cara ibu ini untuk melindungi anaknya. Tapi apa yang anak ini belajar dari kejadian ini? Tak apa buat salah asalkan tak kena tangkap?

budak patah tangan, jatuh gelongsor, ajar anak bertanggungjawab, ibu tak bertanggungjawab, anak cedera parah

Memikul tanggungjawab adalah salah satu ciri-ciri karakter yang perlu kita terapkan dalam diri anak-anak. Ini bermakna mereka perlu bertanggungjawab pada perbuatan dan pilihan mereka serta mengetahui yang setiap perbuatan dan pilihan akan ada kesannya.

Ini bukan konsep yang mudah untuk difahami anak anak. Ini bermula dari menunjukkan sikap begini pada anak. Minta maaf adalah cara untuk mengajar anak untuk bertanggungjawab.

Ini adalah beberapa cara mudah untuk ajar anak bertanggungjawab

  • Tetapkan hukuman

Jika anak tak mengikut peraturan atau memikul tanggungjawab, dia perlu tahu akan ada akibat atas perbuatannya. Tetapkan hukuman dan pastikan anda mengikutnya.

  • Tegas

Kanak-kanak pandai untuk memujuk dan bermain dengan emosi anda, jadi pastikan anda tegas apabila melakukan hukuman.

  • Elak anak menyalahkan orang lain

Anak selalunya akan pertahankan kelakuan mereka dengan menyalahkan orang lain. Ingatkan mereka tak kira apa yang orang lakukan, mereka bertanggungjawab pada kelakuan mereka untuk bertindak balas.

  • Sentiasa beri peringatan

Ajar anak bertanggungjawab akan mengambil masa. Sabar dan sentiasa beri peringatan pada anak anda.

Jika anda lihat anak anda hendak sepahkan permainan mereka atas lantai, ingatkan mereka yang mereka perlu mengutip semuanya selepas mereka selesai bermain.

Ia membantu untuk beritahu anak apa yang mereka perlu buat berbanding beritahu mereka apa yang mereka tak boleh buat.

  • Puji mereka

Jangan lupa untuk puji anak jika mereka berkelakuan baik. Ini akan galakkan mereka untuk sentiasa bermotivasi untuk lakukan perkara yang baik.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore
 
Baca juga: