X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Rindunya nak berbuka puasa bersama ahli keluarga yang tersayang! Kan best jika dapat berbuka puasa bersama-sama sambil makan bufet?

Mencari lokasi yang menawarkan bufet iftar ramadan di sekitar Lembah Klang? Jangan risau, kami ada senaraikan 8 tempat berbuka puasa dengan bufet yang hidangan yang sedap dan berbaloi!

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, sesetengah daripada mereka gemar untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan. Salah satu tempat yang sering dijadikan lokasi berbuka puasa bersama-sama adalah di hotel yang menawarkan bufet ramadan yang menarik!

Tip Memilih Hotel Dengan Iftar Bufet Ramadan

Sebelum menempah bufet iftar ramadan, pertimbangkan beberapa perkara di bawah:

  • Pilih hotel yang menawarkan hidangan yang menjadi pilihan anda.
  • Lokasi yang strategik.
  • Pilih hotel yang mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai sarung tangan serta memakai pelitup muka. 
  • Pertimbangkan waktu perjalanan dari tempat kerja/rumah kerana anda perlu sampai awal untuk berbuka.
  • Tempah dengan lebih awal, sebaik-baiknya 3-7 hari sebelum tarikh tempahan.
  • Bijak memilih bufet yang menawarkan harga yang berbaloi, terutamanya jika anda datang dengan keluarga dan kanak-kanak.
  • Tanyakan lebih awal sekiranya ada promosi bagi yang menempah sebelum bulan puasa. Jika ada, anda memang bernasib baik!

Isi Kandungan

  • 8 Hotel Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Bufet Iftar Ramadan
  • Hotel Sunway Putra
  • Hotel Pavilion
  • Hotel Impiana
  • Hotel Eastin
  • Hotel Sheraton
  • Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur
  • Avani Sepang
  • Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya
  • Perbandingan Harga Bufet Iftar Ramadan Terbaik
  • Jaga SOP

8 Hotel Sekitar Lembah Klang Yang Menawarkan Bufet Iftar Ramadan

Bufet Ramadan Terbaik Lembah Klang
product image
Hotel Sunway Putra
Terbaik selera nusantara
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Hotel Pavilion Kuala Lumpur
Terbaik aneka juadah
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Hotel Impiana KLCC
Terbaik seisi keluarga
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Hotel Eastin Kuala Lumpur
Terbaik suasana mewah
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Hotel Sheraton Petaling Jaya
Terbaik 2 pilihan bufet
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Hotel Grand Hyatt
Terbaik suasana klasik
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Avani Sepang Goldcoast
Terbaik aneka juadah kampung
more info icon
View Details
Tempah di sini
product image
Le Meridien Putrajaya
Terbaik Stail Nasi Kandar
more info icon
View Details
Tempah di sini

Hotel Sunway Putra

Terbaik selera nusantara

Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Jika di Malaysia terdapat ramai penggemar tempe, begitu juga di Indonesia. Jika di sini ada ramai peminat sate, begitu juga di sana. Kita ada nasi himpit, mereka ada soto. Jika kita ada kuih bingka, di sana mereka terkenal dengan kuih bika Ambon.

Hakikatnya, bila bercerita tentang makanan, begitu banyak persamaan di antara kedua-dua negara.

Selera Nostalgia Mal-Indo membawa pelbagai hidangan lokal Malaysia yang popular seperti kari kepala ikan kakap merah, rendang Tok, makanan laut bakar-bakar dan aneka daging, sate dan lemang dengan serunding ayam & daging di sepanjang 100 meter paparan kami.

Bersama sekali dari bahagian Sumatera, Sulawesi, Jawa dan sebahagian Kalimantan, para pelanggan dapat menjamu representasi masakan Indonesia seperti soto Betawi, sup tulang rawon, nasi uduk, daging sapi dengdeng berlado, pecel lele dengan santan, paru sambal terasi, ayam bakar Taliwang, gulai daun singkong dan banyak lagi

  • 24 Mac – 19 April 2023
  • 7.00 petang hingga 10 malam
  • Harga biasa: RM178.00 (dewasa), RM 89+ (Kanak-kanak 6-12 tahun ke atas boleh menikmati diskaun 50%),  manakala kanak-kanak umur 5 tahun ke bawah makan percuma. 

Hotel Sunway Putra

dari Sunway Putra

product imageTempah di sini

Hotel Pavilion Kuala Lumpur

Terbaik aneka juadah

Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Biasanya hujung minggu masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah keperluan raya. Jadi apa kata selepas membeli-belah di pusat beli-belah Pavilion, ajak keluarga tersayang menikmati sajian Laman Selera Nusantara hanya di The Courtyard @Pavilion Hotel Kuala Lumpur pada tahun ini.

Istimewanya tahun ini, Pavilion Hotel teruja untuk membawakan chef personaliti, Dato’ Chef Ismail, sebagai tetamu chef mereka. Beliau bakal menunjukkan seleksi kepakarannya dalam hidangan masakan untuk berbuka puasa anda kali ini, yang mana eksklusif hanya di The Courtyard.

  • 25 Mac – 20 April 2023
  • 6.30 petang – 10 malam
  • Harga tempahan awal sebelum 26 Mac 2023: RM 188.00 (dewasa)
  • Harga biasa: RM228 nett (dewasa), RM100 nett (kanak-kanak)

Hotel Pavilion Kuala Lumpur

dari Pavilion

product imageTempah di sini

Hotel Impiana KLCC

Terbaik seisi keluarga

Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Mencari bufet ramadan yang mesra kanak-kanak? Anda boleh menikmatinya di Bazaar Ramadan Jalan Pinang Buffet @ Tonka Bean Hotel Impiana KLCC yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang.

Menyediakan pelbagai hidangan Melayu yang menggoda seperti Sup Gear Box Meletup, peminat masakan arab pula boleh mencuba Nasi Briyani Gam Kambing Istimewa.

Apa yang paling menariknya tahun ini adalah sajian durian tanpa had turut ditawarkan kali ini!

  • 23 Mac – 22 April 2023
  • 6.30 petang – 10 malam
  • Harga biasa: RM245 nett (dewasa), RM122.50 nett (kanak-kanak)

Hotel Impiana KLCC

dari Impiana KLCC

product imageTempah di sini

Hotel Eastin Kuala Lumpur

Terbaik suasana mewah

Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Dengan siling yang tinggi, ruang terbuka yang luas, dan rekaan kontemporari moden di keseluruhan restoran Swez Brasserie di Hotel Eastin Kuala Lumpur menimbulkan suasan mewah untuk berbuka puasa.

Menawarkan variasi sajian tempatan dan antarabangsa yang disediakan oleh Cef Dennie dan pasukannya, apa yang dinantikan peminat Icip-icip Kampungku setiap tahun pastinya kambing panggang yang disumbat nasi arab.

Selain itu, sup gear box berempah juga menjadi ‘killer food’ sepanjang bufet Ramadan ini berlangsung selain nasi lemak kukus daun teratai yang sangat enak.

  • 24 Mac – 20 April 2023
  • 6.30 petang – 10.30 malam
  • Harga biasa: RM190 nett seorang

Hotel Eastin Kuala Lumpur

dari Eastin

product imageTempah di sini

Hotel Sheraton Petaling Jaya

Terbaik 2 pilihan bufet

Anda Mencari Senarai Bufet Ramadan Terbaik Tahun Ini? 8 Lokasi Ini Sediakan Bufet Iftar Best Sekitar Lembah Klang!

Jika anda tinggal di Petaling Jaya atau bekerja di kawasan tersebut, jangan pening nak pilih bufet Ramadan kerana Hotel Sheraton Petaling Jaya menawarkan 2 pilihan bufet Ramadan mengikut bajet anda!

Anda boleh memilih Sajian Warisan Dinner Buffet di Feast @ Sheraton PJ atau Iftar Nusantara Dinner Buffet di The Grand Ballroom @ Sheraton PJ yang mana kedua-duanya menawarkan bufet sajian tempatan.

Ayam Percik dari Kelantan, Rendang Daging Minang dari Negeri Sembilan, Sayur Paku Belacan dari Sarawak dan pelbagai lagi sajian negeri yang disajikan kepada pengunjung.
  • 23 Mac – 21 April 2023 (Sajian Warisan Dinner Buffet)
  • 27 Mac – 18 April 2023 (Iftar Nusantara Dinner Buffet)
  • Feast Early Bird: RM148.00 nett (dewasa) dan RM74.00 nett (kanak-kanak)
  • Feast harga biasa: RM168.00 nett (dewasa) dan RM84.00 nett (kanak-kanak)
  • The Grand Ballroom Early Bird: RM118.00 nett (dewasa) dan RM 59.00 nett (kanak-kanak)
  • The Grand Ballroom harga biasa: RM138.00 nett (dewasa) dan RM69.00 nett (kanak-kanak)

Hotel Sheraton Petaling Jaya

dari Sheraton

product imageTempah di sini

Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur

Terbaik suasana klasik

Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur iftar ramadan 2023

Nikmati hidangan lebih dari 80 jenis masakan dengan suasana klasik tahun 60-an. Menarik kan? Dengan penuh rasa budaya dan asli masakan tempatan warisan Malaysia di sini di JP Teres, Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Ramadan tahun ini, jangan lupa bawa insan tersayang ya?

Setiap minggu menampilkan sajian utama berlainan seperti nasi kandar, nasi briyani lautan, nasi lemak pandan dan nasi kenduri JP teres, pengunjung juga bolek menikmati sajian live station seperti roti canai, hidangan mi, yong tau fu, aneka sup, sate, pasembur Pulau Pinang dan banyak lagi.

  • 23 Mac – 22 April 2023
  • 6.30 malam – 10.30 malam
  • Harga tempahan awal sebelum 21 Mac: RM 198.00 nett (Dewasa), RM99 nett (Kanak-kanak)
  • Harga biasa: RM218.00 nett (Dewasa), RM109.00 nett (Kanak-kanak)
  • Tempah untuk 10 orang, bayar pada harga RM198.00 seorang dewasa

Hotel Grand Hyatt

dari Grand Hyatt

product imageTempah di sini

Avani Sepang Goldcoast Resort

Terbaik aneka juadah kampung

Avani Sepang Goldcoast Resort iftar ramadan 2023

Luangkan masa daripada rutin sibuk anda dan nikmati sajian buka puasa yang menarik di Citarasa Kampung pilihan bufet bersama keluarga tersayang di Restoran Bila-Bila, Avani Sepang Goldcoast Resort.

Dengan kedudukan restoran atas laut, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam ketika menjamu selera.

Tahun ini, mereka bawakan menu seperti sup tulang rawan, char keow teow Pulau Pinang dan ikan goreng sos nyonya yang sangat terkenal di restoran ini.

  • 23 Mac – 21 April 2023
  • 6.30 petang – 10.00 malam
  • Harga tempahan awal sebelum 22 Mac: RM98 (dewasa), RM49 (kanak-kanak)
  • Harga biasa: RM108.00 (dewasa), RM54.00 (kanak-kanak)

Avani Sepang Goldcoast

dari Avani

product imageTempah di sini

Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya

Terbaik Stail Nasi Kandar

Latest Recipe, Le Meridien Putrajaya iftar ramadan 2023

Le Meridien Putrajaya kembali dengan ‘Destinasi Rasa’ sempena bulan ramadan ini. Ia telah pun diperkenalkan sejak tahun 2017 lagi dan tahun 2023 ini menjadikan tahun ke-7 buat Le Meridien hotel kembali dengan sesi bufet ini berserta menu bahary, Nasi Royale.

Dengan bertemakan Malam Pesona Songket, sesi iftar ramadan anda pasti lebih mengujakan dengan persembahan ghazal setiap hari. Highlight Destinasi Rasa pada tahun ini adalah tidak lain tidak bukan lagi Nasi Kandar stail Le Meridien. 

Bayangkan berbuka puasa dengan Nasi Briyani berserta variasi kari seperti Kari Kepala Ikan, Ketam Masala, Sotong Masala, Kari Kambing, Kari Udang, dan hidangan sisi seperti Dalca Sayur, Peria Goreng, Puyuh Masak Bawang, Daging Hitam, Telur Sotong dan banyak lagi.

  • 23 Mac – 21 April 2023
  • Harga tempahan awal sebelum 23 Mac 2023: RM138 nett (Dewasa), RM74 nett (kanak-kanak)
  • Harga biasa: RM188 nett (dewasa), RM94 nett (kanak-kanak)
  • Surau lelaki dan perempuan disediakan
  • Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 03-8689 6888/ 6862
  • Emel – [email protected]
  • Talian WhatsApp – +60124073101

Le Meridien Putrajaya

dari Le Meridien

product imageTempah di sini

Perbandingan Harga Bufet Iftar Ramadan Terbaik

Hotel Harga Dewasa Harga Kanak-kanak
Hotel Sunway Putra RM178 RM89+
Hotel Pavilion KL RM228 RM100
Hotel Impiana KLCC RM245 RM122.50
Hotel Eastin KL RM190 RM190
Hotel Sheraton PJ RM168 RM84
Hotel Grand Hyatt KL RM218 RM109
Avani Sepang Goldcoast Resort RM108 RM54
Le Meridien Putrajaya RM188 RM94

Jaga SOP Sepanjang Tempoh Iftar

Bagaimanapun, anda perlulah mengamalkan penjarakan sosial, memakai hand sanitizer serta memakai pelitup muka ketika menyertai mana-mana bufet Ramadan kerana kes jangkitan Covid-19 masih ada.

Harus diingatkan, semua bufet Ramadan di mana-mana hotel mewajibkan vaksinasi lengkap kepada pengunjung. Tempah awal untuk mendapat harga istimewa ya!

 

Baca juga: Jadikan Puasa Kali Ini Lebih Baik & Aktif Dengan 10 Tips Kesihatan Berguna Berikut!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Izzati Saadin

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

    Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

  • Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

    Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

    Mencari Produk Untuk Percepat Penyembuhan Luka Jahit Bersalin? Ini 8 Produk Yang Terbaik Berkesan

  • Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

    Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-Kanak, Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.