Kajian: Anak Lahir Bulan Oktober Dikatakan Lebih Sihat? Ini Penjelasannya

undefined

Adakah anda menjangkakan tarikh bersalin pada bulan Oktober? Atau ada tak ibu bapa yang akan meraikan hari lahir anak pada bulan ini? Anda bolehlah menarik nafas lega, ini kerana kajian ada membuktikan anak yang lahir pada bulan Oktober ini kebanyakannya sihat dan cergas.

Adakah anda menjangkakan tarikh bersalin pada bulan Oktober? Atau ada tak ibu bapa yang akan meraikan hari lahir anak pada bulan ini? Anda bolehlah menarik nafas lega, ini kerana kajian ada membuktikan anak yang lahir pada bulan Oktober ini kebanyakannya sihat dan cergas. Malah masa depan anak-anak ini juga cerah!

Tak percaya? Ini antara kualiti anak yang dilharikan pada bulan Oktober mengikut penemuan saintis!

Anak lahir bulan Oktober

bulan oktober

#1. Mereka lebih kuat

Satu kajian yang telah disiarkan dalam International Journal of Sports Medicine menyatakan bahawa bayi yang lahir pada bulan Oktober dan November lebih aktif bersukan berbanding dengan bayi yang lahir di bulan-bulan lain. Mereka diberikan latihan dalam stamina, kekuatan, kesihatan kardio. 

#2. Mereka hidup lebih lama 

Bayi yang lahir bulan Oktober ini mungkin lebih berisiko untuk terkena jangkitan berbanding dengan bulan-bulan lain, tapi mereka dipercayai mampu hidup lebih lama berbanding kanak-kanak lain. Mengikut kajian pada 2011 berdasarkan 1500 orang yang telah hidup sehingga 100 tahun, kebanyakannya adalah mereka yang lahir antara bulan September dan November. Menakjubkan bukan?

#3. Mereka berpotensi menjadi ketua

bulan oktober

Kebanyakan presiden di Amerika Syarikat lahir pada bulan Oktober! Antaranya adalah Presiden Adams, Eisenhower, Carter dan Theodore Roosevelt. Mana tahu anak anda boleh jadi Perdana Menteri Malaysia pula kelak?

#4. Mereka adalah pemenang anugerah!

Bukan saja ahli politik atau presiden yang lahir dalam bulan Oktober ini, malah kebanyakan selebriti terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah juga kebanyakannya lahir pada bulan popular ini. Contohnya seperti Matta Damon, Julia Roberts, Kate Winslet dan ramai lagi! Kalau anda mempunyai anak yang lahir bulan ini, bolehlah mula siapkan ucapan untuk anak anda bila dia menang anugerah kelak!

#5. Mereka lebih tinggi?

Ini saya ragu sikit, kerana saya juga antara bayi Oktober! Tapi saya rendah saja dan bertubuh petit. Tapi mengikut kajian pula, ramai pemain bola keranjang (mereka kan tinggi-tinggi belaka) yang lahir pada bulan musim luruh ini. Dan mereka yang lahir pada bulan ini lebih tinggi daripada pemain-pemain lain. 

bulan oktober

#6. Mempunyai jantung sihat

Selain aktif, berciri ketua, mereka yang lahir pada bulan Oktober juga mempunyai jantung yang sihat. Mengikut kajian daripada Columbia University Irving Medical Center mendapati kebanyakan yang lahir di bulan ini mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit jantung atau ‘cardiovascular.’

#7. Bebas alahan

Dalam kajian La Trobe University School of Psychology & Public Health di Melbourne pada 2017 mereka mendapati bayi yang dikandung semasa musim debunga rumput mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit alahan seperti asma di kemudian hari. Di Amerika Syarikat, musim debunga rumput ini berlaku ketika bulan Mei hingga Ogos. Ini bermakna, bayi yang lahir selepas itu, mendapat musim keseluruhannya semasa dalam kandungan. 

#8. Mereka mengukir sejarah

Mengikut kajian juga, ramai ahli falsafah, pelukis dan macam-macam lagi yang berjaya mengukir sejarah lahit pada bulan Oktober. 

#9. Mereka sihat secara mental

Selain daripada kesihatan jantung, mereka ini juga dikatakan kurang risiko untuk mengalami penyakit mental. Jarang sekali mangsa bunuh diri stau yang mempunyai depresi, skizofrenia, atau bipolar ini yang muncul dari kalangan orang yang lahir di bulan Oktober. 

Ini mungkinlah kajian mengikut Amerika Syarikat, namun sedikit sebanyak mungkin ada persamaannya di Malaysia. Ia mungkin juga satu kebetulan atau satu fakta yang baru ditemui. Namun ibu bapa janganlah ambil enteng mengenai kesihatan anak bila tahu anak anda lahir bulan Oktober. Penjagaan kesihatan seperti patuh dalam pengambilan vaksin adalah wajib ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Sumber: Redtri

Baca juga:

https://my.theasianparent.comteknik-mengajar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!