Adakah Bulan Purnama Mempengaruhi Perangai Anak Anda?

lead image

Betulkah bulan purnama boleh menjejaskan tingkah laku anak anda? Jom baca penerangan pakar dengan lebih lanjut dari tentang hal ini.

Kekuasaan Bulan

Siapa tak suka bulan, lebih-lebih lagi bulan purnama. Betul tak? Cantik sungguh cahayanya yang terang itu.

Daripada sains kita belajar yang bulan boleh menjejaskan pasang surut air laut dan memancarkan cahaya yang sungguh romantik.

Dan ada satu perkara penting yang telah kita belajar sejak pendaratan manusia di bulan pada tahun 1969 lalu: bulan umpama satelit untuk Bumi.

Kalau ikut cerita zaman dulu-dulu, masyarakat percaya yang bulan boleh beri satu “kuasa” aneh yang boleh menukar bentuk manusia. 

bulan purnama

Contohnya, manusia boleh bertukar jadi ganas dan aneh ketika bulan purnama kerana kesan lunarnya.

Adakah benda itu betul?

Adakah bulan purnama boleh mempengaruhi perangai anak-anak anda? Jom semak apa kata pakar.

Bulan Purnama Memberi Kesan Pada Kanak-Kanak?

Sebuah kajian telah dijalankan untuk mengkaji apakah kesan bulan purnama kepada kanak-kanak.

Hampir 5,800 orang kanak-kanak berusia 9 hingga 11 tahun telah diambil sebagai subjek kajian.

Kesemua kanak-kanak ini datang daripada 12 negara yang berbeza seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Brazil, China dan Kenya.

Mereka dipakaikan dengan satu alat pengukur pecutan di pinggang selama 24 jam untuk sekurang-kurangnya 7 hari.

Dengan menggunakan alat pengukur tersebut, pengkaji dapat memantau bagaimanakah tabiat tidur dan tahap aktiviti bagi kesemua kanak-kanak terbabit sepanjang beberapa fasa bulan tertentu.

Antara fasa bulan yang diukur adalah fasa bulan purnama dan fasa bulan yang semakin menghampiri bulan purnama dan fasa bulan separuh.

Kajian dijalankan sejak September 2011 hingga Disember 2013.

Data yang dikumpul ketika penyelidikan telah diterbitkan oleh jurnal Frontiers in Pediatrics.

bulan purnama

Menurut jurnal terbabit, kanak-kanak kurang aktif ketika fasa bulan purnama. Namun, pada fasa-fasa lain, mereka akan lebih aktif.

Mengapa? Bulan purnama juga terbukti mungkin mengganggu waktu tidur mereka.

Kanak-kanak ini dikesan kurang tidur sebanyak 4.9 minit setiap malam ketika bulan purnama berbanding pada waktu malam yang lain.

Pakar menjelaskan ia mungkin sebab cahaya daripada bulan terbabit terlalu cerah. Tapi, pakar juga menolak ia mungkin jawapan yang paling tepat. 

Bulan Purnama Tak Tukar Kanak-Kanak Jadi Serigala

Apa yang pasti, bulan purnama ini tak menukar anak-anak anda menjadi serigala jadian!

Tapi, kualiti tidur mereka terbukti terganggu.

Pakar psikologi menjelaskan perkara ini mungkin terjadi kerana kanak-kanak sudah biasa terdedah pada penggunaan telefon pintar.

Maka, mereka akan menghabiskan masa sebelum tidur untuk “membelek” telefon pintar yang diberikan kepada mereka.

Seorang profesor di University of Bergen, Norway membuktikan perkara ini.

Menurut Janne Gronli, kajian menunjukkan generasi kini lebih kurang tidur atau lewat tidur sekurang-kurangnya sebanyak 30 minit kerana sibuk bermain iPad.

Jadi, nampaknya bulan mungkin takkan beri kesan pada perangai anak-anak anda. Tapi telefon pintar boleh jadi puncanya!

bulan purnama

Dan tahukah anda yang ada kajian mengatakan ibu bapa yang kerap main telefon juga punca utama kenapa anak-anak suka buat perangai?

Kaitan: Ibu Bapa Kerap Main Telefon Punca Anak Buat Perangai!

Ha… nampak di situ betapa bahayanya telefon pintar ini dalam pembentukan dan pembangunan kanak-kanak yang sihat!

Bill Gates sendiri cakap yang telefon pintar tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil. Jadi, apa tunggu lagi ibu bapa semua?

Sumber rujukan: Tech Times dan Frontiers in Pediatrics

Baca juga:

Bill Gates Kata Umur Terbaik Untuk Beri Telefon Pintar Pada Anak Anda Ialah…