Saya rasa nak bunuh anak saya supaya dapat kurangkan sakit yang dia rasa....
Tak terungkap dek kata-kata perkongsian kisah seorang ibu ini yang merasakan ingin bunuh anak kandung apabila tak sanggup melihat penderitaan ditanggung
Ingin bunuh anak kandung agar kurang penderitaan, ini penjelasan seorang ibu yang berduka…
Ini anak perempuan saya. Kini, saya berada dalam keadaan yang cukup tertekan, bimbang dan sedih. Saya rasa nak bunuh anak kandung saya ini adalah kerana saya ingin hilangkan semua penderitaan yang dialaminya.
Puteri saya ini baru dilahirkan 11 hari lalu di New Zealand. Namun, dia ditakdirkan memiliki jantung yang kurang berfungsi. Tapi bentuk badan, senyuman manis dan tangisan suaranya menampakkan dia bayi comel dan aktif.
Hospital tempat anak saya mendapat rawatan memberikan perhatian secukupnya ke atas bayi saya. Menurut pihak hospital, penyakitnya masih belum terbukti, ini merupakan pertama kali terjadinya kes sebegini.
Lantas pihak hospital membuat keputusan untuk buat pembedahan.
Sebagai ibu saya harus kuat dengan dugaan ini. Saya harus kuat demi anak kandung saya. Menambahkan rasa gusar apabila pihak hospital menyatakan risiko dan kemungkinan yang bakal terjadi setelah melakukan pembedahan itu.
Dalam beberapa hari, hospital akan berhenti dari memberikan ubat dan bantuan pernafasan kepada bayi saya. Bantuan untuknya terus hidup.
Mereka meminta saya bawa si kecil ini pulang ke rumah. Sedih rasanya melihat bayi menatap wajah saya tanpa mengetahui dirinya akan pergi buat selamanya.
Sanggupkan saya biarkan si kecil saya ini mati?
Apakah patut saya sebagai ibu bunuh anak kandung saya sendiri? Atau membiarkan si kecil ini mati? Saya tidak tergamak melakukan sebegitu tapi saya sedih dan ingin mengurangkan penderitaan yang dialami.
Atau mungkin Tuhan boleh pindahkan penyakit itu kepada saya dan ayahnya. Biarlah dia hidup gembira dan menerokai semesta alam ini.
Persoalannya di sini, adakah patut orang lain yang bukan ahli keluarga menentukan nasib bayi saya? Bukankah ia sepatutnya diberikan kepada ibu bapanya sendiri? Tapi kami tak diberikan peluang untuk selamatkan bayi kami.
Bagi saya, anak saya adalah pejuang yang hebat. Menurut mereka, bayi saya bakal meninggal pada Khamis. Tidak…saya tidak percaya! Dia kuat, dia akan terus hidup bersama kami.
Kronologi peristiwa
Jumaat, 2 Disember
Bayi dihantar pulang dari hospital dan semua ubatan terputus. Saya segera terbang pulang menaiki pesawat ke UAE. Dalam hati tak putus-putus berdoa agar bayi saya selamat di bawah pengawasan mereka.
24 jam selepas tiba di UAE, si kecil ini dimasukkan ke jabatan kardiologi dan pediatrik yang terbaik di negara kami. Kini, hanya iringan doa yang boleh dipanjatkan semasa dia dibedah. Saya tak akan berhenti berjuang demi si comel saya.
Selepas pembedahan, bayi di masukkan ke NICU tetap tidak lama itu dia tak dapat bernafas lagi dan doktor melakukan CPR.
Saya dapat melihat penderitaannya. Saya dapat rasa si kecil ini sedang berjuang bertarung nyawanya sendiri!
Saya berharap pembedahan ini berjaya malah doktor yang mengendalikan kes ini juga baik dan sentiasa beri kata semangat kepada saya dan suami.
Khamis 8 December
Bayi perempuan saya yang diberi nama Lamees ini selamat menjalani pembedahan. Walaupun sukar tapi si kecil ini berjaya melakukannya bersendirian.
Mata kecilnya memandang ke hadapan tanpa suara tangisan dan senyuman. Saya dapat rasakan yang si kecil ini telah melakukan yang terbaik untuk meneruskan kehidupannya.
Khamis 12 Disember
Harinya sudah tiba, hari di mana saya akan meratap sedih pemergiaanmu wahai anak. Akhirnya, bayi comel saya ini menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang cukup tenang.
Genaplah umurnya pada hari ini 23 hari. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Walaupun si kecil saya ini sudah tiada, tapi dia akan sentiasa dalam hati dan ingatan saya buat selamanya. Pergilah sayang, pergilah supaya dapat mengurangkan penderitaanmu…
Sumber & foto :Quora
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Budak 4 tahun bunuh adik sendiri sebab kata-kata gurauan yang selalu kita sebut pada kanak-kanak!