Cabaran 52 minggu untuk membersihkan rumah!
Dengan adanya senarai semak, sasaran untuk melengkapkan cabaran akan lebih realistik dan peserta akan lebih terpanggil untuk menyelesaikan cabaran yang disediakan.
Membersihkan rumah ialah proses yang sentiasa berlangsung dan tiada penghujung. Dan sering kali mendatangkan stress kerana semuanya kelihatan terlalu banyak untuk dilakukan dan seperti tidak akan habis. Kerja rumah memang tidak akan habis, tapi, kita boleh jadikan keadaan rumah lebih teratur dan kelihatan bersih.
Home storage solution, telah membuat cabaran 52 minggu untuk membersihkan rumah. Mengapa 52 minggu? Kerana mereka berpendapat ianya tidak realistik untuk habis membersihkan rumah dalam masa satu hari. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai ‘pembantu’ kecil.
Malah, jika sekumpulan krew mengemas seperti di dalam rancangan televisyen datang untuk membersihkan rumah, belum tentu kita dapat mengekalkan seperti apa yang sudah mereka lakukan.
Secara ideanya, cabaran 52 minggu mengemas rumah ini akan membantu kita mempunyai momentum untuk mengemas atau membersihkan rumah secara perlahan-lahan tetapi konsisten. Setiap minggu, hanya satu bahagian sahaja yang akan di fokus.
Antara kebaikan idea ini ialah;
- kita akan menjadi lebih teratur
- kita akan menjadi lebih konsisten
- terbiasa sentiasa menyusun dan mengemas
- membuang benda yang tidak perlu
- rumah lebih kemas dan bersih
Walaupun ia merupakan cabaran 52 minggu, namun, proses ini sentiasa berlangsung dan tidak terlambat untuk menyertainya. Laman sesawang Home storage solution akan memuat naik cabaran baru setiap minggu bagi memastikan terdapat ruangan baru untuk di bersihkan.
Sebenarnya, penulis laman sesawang tersebut telah menjalankan cabaran ini selama lima tahun dan tahun 2017 merupakan tahun ke enam.
Untuk tahun ini, beliau telah membuat satu dokumen yang boleh dicetak bagi memudahkan mereka yang berminat menyertai cabaran ini mempunyai akses mudah dilihat senarai cabaran ini. Dokumen-dokumen ini juga boleh menjadi senarai semak untuk mereka yang berminat.
Dengan adanya senarai semak, sasaran untuk melengkapkan cabaran akan lebih realistik dan peserta akan lebih terpanggil untuk menyelesaikan cabaran yang disediakan.
Menurut penulis cabaran ini lagi, dia mahu semua orang untuk merasa bangga dengan hasil yang telah mereka capai. Ianya bukanlah tugas yang mudah. Beliau amat menggalakkan para peserta untuk menghantar pautan gambar atau blog tentang pendapat dan hasil daripada mereka yang telah menyertai cabaran ini.
Ini adalah satu cabaran yang sangat positif dan bagus untuk disertai oleh semua orang. Kini, aktiviti membersihkan rumah lebih menyeronokkan.
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!