Bapa Sendiri Cabul Semua Anak Perempuannya Umur 1, 3 dan 5 Tahun!

lead image

Seorang bapa ditangkap kerana cabul anak berusia satu hingga lima tahun. Penting untuk ibu dan ayah tahu apa tanda-tanda anak didera secara seksual.

Boleh tak anda bayangkan… anda berkahwin dengan lelaki yang anda ingat anda sudah kenal luar dalam, tapi akhirnya anda dapat tahu dia sanggup cabul anak sendiri?

Itulah yang dirasai baru-baru ini oleh seorang ibu berusia 32 tahun yang dapat tahu suaminya dituduh mencabul ketiga-tiga anak perempuan mereka.

Anak perempuan mereka yang berusia satu, tiga dan lima tahun itu mengadu bapa mereka telah mencabul mereka berulang kali dengan memasukkan jari ke dalam alat sulit mereka.

Bapa ditahan kerana cabul anak

src=https://sg Bapa Sendiri Cabul Semua Anak Perempuannya Umur 1, 3 dan 5 Tahun!

Ibu ini hanya mengetahui tentang perkara ini apabila anaknya yang berumur tiga tahun memberitahu neneknya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata yang budak perempuan berusia tiga tahun ini turut memberitahu ibunya yang bapanya telah memasukkan jari ke dalam faraj dan duburnya.

“Pendedahan ini membuatkan anak-anak perempuan ibu ini yang lain turut memberitahu yang mereka juga telah dicabul bapa mereka dengan cara yang sama.” katanya lagi.

Dikatakan juga yang kanak-kanak berusia tiga tahun ini telah memberitahu perkara yang sama tentang bapanya kepada neneknya setahun yang lepas, tapi tak ada siapa yang percayakannya.

Ahmad Dzaffir berkata, ketiga-tiga kanak-kanak ini telah dihantar ke Hospital Kajang untuk diperiksa.

“Doktor menemui koyakan lama dalam faraj mangsa-mangsa ini tapi tiada tanda gangguan pada dubur,” tambahnya lagi.

Pasangan ini telah berkahwin selama lapan tahun dan mempunyai empat orang anak termasuk anak sulung lelaki berusia tujuh tahun.

Polis telah menangkap bapa tersebut di tempat kerjanya pada 25 Oktober di Sungai Long.

“Dia ditahan reman dan kami telah mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Jika disabit kesalahan, bapa cabul anak ini boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

Cabul anak: Bagaimana untuk tahu anak kena gangguan seksual?

src=https://sg Bapa Sendiri Cabul Semua Anak Perempuannya Umur 1, 3 dan 5 Tahun!

Kanak-kanak yang dicabul biasanya tak mahu bercakap tentang apa yang terjadi kerana mereka dapat merasakan ia sesuatu yang memalukan dan orang mungkin tidak akan percaya dengan cerita mereka.

Ini juga boleh terjadi kerana pencabul telah mengugut atau menyuruh mereka untuk berdiam diri.

Jadi bagaimana nak tahu kalau anak menghadapi gangguan seksual? Ini beberapa tanda penderaan seksual pada kanak-kanak.

Tanda-tanda penderaan seksual pada anak – ibu wajib semak!

1 – Fizikal

2 – Kelakuan Dan Emosi

  • Bertukar perangai menjadi takut dan suka berkepit
  • Menunjukkan kelakuan yang sepatutnya tidak ada lagi pada kanak-kanak usia itu, misalnya menghisap ibu jari, kencing semasa tidur, tidak bertutur dengan betul (pada kanak-kanak kecil)
  • Takut akan orang dewasa sesuatu jantina
  • Rasa terancam oleh sentuhan fizikal atau oleh jarak yang dekat dengan orang lain
  • Tiba-tiba takut keluar dengan seseorang ataupun takut berada bersama orang itu
  • Tiba-tiba berubah sikap dan kelakuan
  • Mengalami kemurungan dan kegelisahan
  • Mengatakan sesuatu yang menunjukkan tahap pengetahuan seksual yang tidak bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh)
  • Menunjukkan kelakuan seksual yang melampau ataupun yang tidakbersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh)
  • Berkelakuan sembarangan (terutamanya anak remaja)
  • Cuba lari dari rumah (terutamanya anak remaja)
  • Menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak remaja)

Kes cabul anak: Apa yang perlu anda lakukan?

Ibu ayah, jika anda rasa anak anda mengalami penderaan seksual, anda perlu kekal bertenang dan pastikan anak anda tahu yang anda percayakan mereka dan beritahu ini bukan salahnya.

Bawa anak anda ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan buat laporan polis.

Pendidikan dan kesedaran tentang penderaan seksual kanak-kanak adalah dua perkara penting yang anda perlu lakukan sebagai cara untuk anak anda melindungi mereka dari penderaan seksual.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore, Unicef

Baca juga: 

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!