Budak 12 Tahun Dicabul 5 Kali Atas Roller Coaster Universal Studio Singapura!

undefined

Lelaki cabul budak 12 tahun sebanyak lima kali semasa menaiki roller coaster. Ketahui bagaimana untuk anda ajar anak bersuara selepas dicabul.

Siapa sangka, hari yang sepatutnya menjadi hari yang seronok untuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini berakhir dengan kejadian yang mengerikan

Lelaki cabul budak 12 tahun semasa menaiki roller coaster di Universal Studio, Singapura

Menurut Yahoo News Singapore, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Singapura ini telah pergi ke Universal Studio Singapura (USS) bersama rakan-rakannya.

Dia telah menaiki “Revenge of the Mummy” bersama dua rakannya. Seorang lelaki berbangsa India telah duduk di sebelah kanannya.

The Revenge of the Mummy adalah roller coaster yang beroperasi dalam cahaya lampu yang malap. Pada mulanya, roller coaster ini bergerak dengan perlahan dan berhenti seketika sebelum berundur ke belakang dengan laju.

Ketika itulah, budak perempuan ini rasa seperti lelaki di sebelah sedang menggosok paha kanannya.

cabul budak, cabul anak, gangguan seksual, gangguan seksual kanak-kanak, penderaan seksual pada kanak kanak, pencabulan kanak-kanak, pencabulan seksual

Kredit Gambar: Senatus.net

Dia cuba untuk mengabaikan perlakuan lelaki ini, tapi sentuhan lelaki ini tak berakhir setakat itu saja. Sepanjang perjalanan, lelaki ini telah menyentuh tubuh badannya sebanyak lima kali termasuk pada payudaranya

Dia memberitahu rakannya tentang kejadian tersebut dan membuat laporan kepada pekerja di Universal Studios SingaporeLaporan polis juga turut dibuat pada hari yang sama.

Lelaki cabul budak dipenjara

Pada 28 Februari lalu, jurutera Rohit Kumar Joshi didapati bersalah atas kesalahan cabul budak dan dihukum penjara selama sembilan bulan tanpa sebatan.

Hakim mahkamah Jasvender Kaur berkata, “Dia hanyalah seorang budak yang hendak berseronok, tapi malangnya dia dicabul.”

Menurut Stomp, Timbalan Pendakwa Raya Awam Muhammad Taufiq Suraidi berkata, “Mangsa telah menyilangkan tangan ke dada untuk mengelak dari disentuh semula.”

cabul budak, cabul anak, gangguan seksual, gangguan seksual kanak-kanak, penderaan seksual pada kanak kanak, pencabulan kanak-kanak, pencabulan seksual

Cabul budak: Ajar anak untuk mempertahankan diri

Apa yang menyedihkan tentang kes ini adalah budak tersebut tak ada peluang untuk melepaskan diri dan terpaksa menunggu sehingga roller coaster berhenti. Lelaki tersebut telah mengambil peluang atas kesempatan ini.

Apa yang lebih menjijikkan, dia memilih untuk melakukan perkara yang keji ini walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi dan merupakan seorang bapa kepada bayi perempuan yang baru lahir!

Kejadian seperti ini semakin kerap berlaku. Jadi, penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak tentang pemangsa seksual di luar sana. Ini antara perkara yang anda perlu beritahu pada anak anda:

  1. Mengenali gangguan seksual

Bagaimana anak boleh tahu yang mereka telah diganggu? Gangguan seksual tak selalunya sakit. Mengenal gangguan bermula dengan pendidikan.

Penting untuk anda ajar anak anda tentang alat sulit dari usia muda. Gunakan nama sebenar untuk setiap bahagian tubuh badan.

Terangkan kenapa beberapa bahagian dipanggil ‘sulit’ dan ia bukan untuk dilihat oleh orang lain, selain mungkin ibu bapa.

Terangkan juga tentang sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat. Tak ada orang yang boleh menyentuh atau mengambil gambar bahagian sulit mereka dan mereka juga tak boleh menyentuh bahagian sulit orang lain.

2. Melaporkan gangguan seksual

“Adakah ia salah saya? Perlukah saya rasa malu atau dihukum jika saya beritahu orang lain?” Ini adalah soalan biasa yang menghantui mangsa gangguan seksual.

Ibu bapa perlu meyakinkan anak-anak mereka yang mereka tak akan dihukum kerana memberitahu perkara sebenar.

Kanak-kanak mungkin telah diperdaya oleh pemangsa atau orang lain yang mereka telah meminta perkara ini untuk berlaku.

Tapi, apa yang mereka perlu faham adalah, jika ada sesiapa yang menyuruh mereka untuk rahsiakan sesuatu kepada ibu bapa mereka. Mereka tak boleh dipercayai. Maruah dan kehormatan adalah hak individu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya, diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comalat-sulit

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!