Akibat tabiat tak suka basuh tangan, cacing BERENANG dalam mata bayi ini!

lead image

Ibu bapa seorang kanak-kanak lelaki menemui lebih dari 10 cacing dalam mata anak mereka selepas anaknya mengadu gatal. Apa sebabnya?

Tak basuh tangan selepas keluar tandas selalu dianggap perkara tak serius. Tapi, anda perlu tahu kesannya sangat berbahaya. Antara kesannya adalah cacing dalam mata!

Cacing dalam mata anak kerana tak basuh tangan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sedang menjalani rawatan mata di Hospital Kanak-Kanak selepas doktor telah mengeluarkan lebih 10 cacing dalam matanya!

Apa yang memeranjatkan, semua ini berlaku kerana kelalaian ibu bapa kanak-kanak ini untuk melatih dan mengingatkan dia tentang kebersihan seperti membasuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan.

Bagaimana cacing dalam mata anak ini ditemui?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/8EC8Dd0kt3rBa8e1514945198.jpg Akibat tabiat tak suka basuh tangan, cacing BERENANG dalam mata bayi ini!

Pada awalnya, kanak-kanak ini selalu merasa gatal dan tak selesa pada matanya. Apabila kegatalan anak mereka kelihatan tak semakin baik selepas beberapa hari, ibu bapanya memerhatikan mata anaknya dengan jarak dekat.

Mereka terkejut apabila melihat beberapa parasit putih yang ganjil kelihatan seperti sedang berenang di mata anak mereka! Ibu bapa yang panik ini terus mengejarkan anak mereka ke hospital.

Apabila mereka tiba di hospital, doktor memeriksa mata anak mereka dan mengesahkan ada lebih dari 10 cacing dalam mata anak ini. Doktor kemudiannya mengeluarkan cacing-cacing yang berukuran 1cm ini dengan mengunakan penyepit khas.

Anda boleh lihat video dalam link ini.

Jenis cacing dalam mata yang ditemui

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/dunny.jpg Akibat tabiat tak suka basuh tangan, cacing BERENANG dalam mata bayi ini!

Selepas diperiksa, doktor mengatakan cacing dalam mata kanak-kanak ini adalah cacing kerawit yang biasanya ditemui pada badan bayi.

“Kami menjumpai lebih dari sedozen cacing kerawit. Ini adalah pengalaman pertama saya melihat keadaan begini.” Kata pakar yang mengendalikan kes ini.

Cacing kerawit biasanya terdapat dalam perut, macam mana mereka boleh pergi sampai ke mata?

Selepas menemui masalah ini, doktor mengesyaki kanak-kanak ini pergi ke tandas dan tak membasuh tangan. Cacing kerawit yang datang dari perut berkumpul di dubur seseorang.

Jadi, kanak-kanak ini tak membasuh tangan dan menggosok mata lalu membuatkan cacing kerawit yang berada di tangannya berpindah ke dalam mata. Selepas berpindah ke dalam mata, cacing-cacing ini mula membiak dan tinggal di situ.

Sentuhan dari anus-tangan-mulut atau terus ke mata boleh menyebabkan keratitis dan membuatkan jangkitan pada saraf mata yang boleh menyebabkan buta kekal.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/handwashing child parent.jpg Akibat tabiat tak suka basuh tangan, cacing BERENANG dalam mata bayi ini!

Seperti yang kita tahu, anak-anak suka menggosok mata mereka tanpa menghiraukan kebersihan tangan mereka. Tangan yang kotor mengandungi banyak bakteria. Ia boleh menyebabkan jangkitan mata jika tersentuh. 

Jadi, sebagai ibu bapa, ini adalah tanggungjawab kita untuk memastikan anak kita sentiasa menjaga kebersihan.

Untuk menjaga kebersihan, anda boleh menjadi contoh dengan mengamalkan kebersihan diri, dari sini mereka akan meniru anda dan belajar tentang kebersihan diri.

Perkara ini boleh dielak dengan mudah. Jadi jangan lupa ingatkan anak untuk basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum makan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Aulia Trisna; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Terlepas pandang masalah cacing membahayakan kesihatan si kecil!