X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Cairkan KAHAK Bayi Dengan Berkesan, Ini Petua Yang Doktor Kongsikan

4 min bacaan
Cara Cairkan KAHAK Bayi Dengan Berkesan, Ini Petua Yang Doktor KongsikanCara Cairkan KAHAK Bayi Dengan Berkesan, Ini Petua Yang Doktor Kongsikan

Apabila bayi batuk, kesian melihatnya. Susah benar untuk dia keluarkan kahak. Jadi di sini dikongsikan cara cairkan kahak untuk membantu bayi anda!

Bila bayi batuk tambah lagi batuk berkahal, kesian melihatnya. Susah betul dia nak keluarkan kahak. Jadi bagaimana cara cairkan kahak dengan berkesan dan bayi boleh tidur nyenyak ketika batuk menyerang.

Batuk dengan selesema ni pasti berlaku pada setiap bayi dan anak kecil. Tidak kira musim sejuk ataupun panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi dan anak kecil.

Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis’ atau ‘brochospasm’.

Baca juga: Buat sendiri 'ubat batuk' anak dengan NANAS, batuk boleh sembuh dalam 3 hari

Cairkan kahak bayi dengan berkesan 

Cairkan kahak Menurut Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur termasuklah bayi untuk menghilangkan atau mencairkan kahak. Ia termasuk:

#1. Udara lembap Cairkan kahak Melembapkan udara di sekitar anda dapat membantu cairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan humidifier atau pelembap udara . Anda boleh memakai humidifier dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air ditukar setiap hari dan bersihkan humidifier anda mengikut arahan pengeluar produk. #2. Kekalkan tahap hidrasi

Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Ia boleh membantu mencairkan kahak. Cubalah minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.

#3. Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan

Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih. Terdapat beberapa bukti saintifik bahawa makanan dan suplemen berikut boleh menghalang atau merawat masalah pernafasan akibat jangkitan virus seperti akar licorice, ginseng, beri, Echinacea, delima, teh jambu dan zat besi

#4. Ubat sapuan

Ubat sapuan, seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital. Selain itu berhati-hati sebelum memberi ubat kerana bayi di bawah satu tahun tidak digalakkan makan ubat selsema dan anda perlu mendapatkan nasihat doktor.

Cara mengeluarkan kahak bayi 

Cairkan kahak

  • Mandikan anak anda dengan air suam untuk memberikan keselesaan kepada mereka
  • Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu
  • Sedut secara manual iaitu sedut menggunakan tiub penyedut hingus yang boleh didapati di farmasi. Jangan gunakan mulut kerana mulut anda mengandungi bakteria yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi
  • Wapkan anak anda. Caranya masukkan air panas yang masih panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan
  • Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan anak anda dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-lahan sambil menepuk seluruh kawasan badan anak anda.

Langkah pencegahan elak anak batuk/selsema

#1. Pastikan rumah bersih

Hidung bayi dan anak kecil sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah.

Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi dan anak kecil.

#2. Pastikan bayi sentiasa dalam suhu bilik

Pastikan bayi dan anak kecil sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah.

Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan anak kecil dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi dan anak kecil anda dengan baju yang lebih tebal.

#3. Udara segar

Bayi dan anak kecil memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi dan anak kecil daripada bau asap rokok dan asap lain.

#4. Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk

Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Mohd Ramzdhan Mohd Masdar,tropikabeauty

Baca juga: Batuk Berkahak Hilang Hanya Dengan Buah Oren? Ini Petua Pasti Menjadi!

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Cara Cairkan KAHAK Bayi Dengan Berkesan, Ini Petua Yang Doktor Kongsikan
Kongsikan:
  • 6 Jenis Kahak Kanak-Kanak & Dewasa, Rupanya Ia Berkait Masalah Kesihatan Serius!

    6 Jenis Kahak Kanak-Kanak & Dewasa, Rupanya Ia Berkait Masalah Kesihatan Serius!

  • Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

    Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

app info
get app banner
  • 6 Jenis Kahak Kanak-Kanak & Dewasa, Rupanya Ia Berkait Masalah Kesihatan Serius!

    6 Jenis Kahak Kanak-Kanak & Dewasa, Rupanya Ia Berkait Masalah Kesihatan Serius!

  • Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

    Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.