Ibu beri amaran bahaya yang sering dibuat ibu bapa hingga car seat bayi terbakar!

Seorang ibu telah berkongsi pengalamannya di Facebook sebagai amaran kepada semua ibu bapa tentang bahaya menggunakan cermin keselamatan bersama car seat!

Ibu bapa perlu memastikan semua peralatan bayi dipasang dengan betul. Ini termasuklah car seat untuk bayi, bahkan cermin keselamatan yang dipasang khas supaya ibu bapa boleh melihat bayi mereka yang masih menghala ke belakang.

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi kisahnya di Facebook selepas car seat untuk bayi yang dianggapnya selamat itu tiba-tiba telah terbakar!

Dia berharap pengalamannya ini boleh menjadi peringatan kepada semua ibu bapa. Mari selami apakah kepentingan membaca dan mengikut cara betul apabila memasangkan peralatan bayi. 

car seat untuk bayi, cara pasang car seat, cara pasang car seat dengan betul, car seat

Car seat untuk bayi terbakar akibat pantulan cahaya matahari dari cermin keselamatan!

Beginilah kisah Amanda DeAngelis tersebut:

 
Saya baru sahaja mengeluarkan bayi saya apabila terhidu bau asap dan melihat asap yang tiba-tiba naik dari car seat bayi saya, ” katanya dalam video rakaman tersebut sambil memberitahu car seat itu telah terbakar akibat pantulan cahaya matahari dari cermin keselamatan.
 
car seat untuk bayi, cara pasang car seat, cara pasang car seat dengan betul, car seat

Sumber: Tangkap layar dari post Facebook Amanda Kenny DeAngelis

Berserta dengan postnya itu adalah gambar bersiri dan klip video yang menunjukkan kain car seat untuk bayi itu telah terbakar.

Nasib baik pada hari itu saya nak cepat-cepat masuk ke rumah kerana biasanya saya akan duduk dalam kereta sambil menyemak e-mel dan membalas teks jika Mila sedang tidur.

Bayangkan betapa terkejutnya saya! Sudah bertahun-tahun semua anak saya menggunakan car seat untuk bayi bersama dengan cermin keselamatan, kami tidak pernah mengalami sebarang kemalangan seperti ini! Seram!

Car seat untuk bayi terbakar – Mengapa ia terjadi?

car seat untuk bayi, cara pasang car seat, cara pasang car seat dengan betul, car seat

Sumber gambar: post Facebook Amanda Kenny DeAngelis

Selepas cerita Amanda dimuat naik, Amanda telah menerima pelbagai respons dari netizen. Ada yang mengucapkan terima kasih atas amaran tersebut, tapi ada juga yang marah dan mengecam ibu itu sambil menyalahkannya memasang cermin keselamatan dengan salah.

 
“Ia bukan kesalahan pengeluar. Ini adalah kesilapan pengguna,” kata seorang pembaca memberi ulasan.
 
“Car seat untuk bayi terbakar disebabkan penggunaan peralatan bayi yang salah. Anda tidak sepatutnya meletakkan kereta di bawah matahari yang terik sehingga ia boleh membakar bayi anda!” kata seorang lagi.

Oleh kerana ini kejadian semulajadi, ramai yang menasihatkan ibu itu supaya berhati-hati dan fikirkan tempat yang lebih sesuai untuk meletakkan keretanya pada masa depan.

Bagaimana memastikan cermin keselamatan yang dipasang benar-benar selamat?

Saya bukan nak menyalahkan siapa-siapa. Saya cuma ingin memberi amaran kepada semua ibu bapa tentang kemungkinan ini,” jelas Amanda selepas postnya telah dikongsi lebih dari 82,000 kali di Facebook.

Saya betul-betul tidak pernah terfikir cermin itu akan menyebabkan kebakaran! Anda boleh melakukan apa sahaja dengan maklumat ini – tetapi jangan kecam saya!

Tak kira apa pendirian ibu bapa sekalian, kita masih boleh mengambil pengalaman ini sebagai peringatan kerana ini soal keselamatan anak kita sendiri.

Jika ibu bapa tidak pasti cara betul untuk memasangkan cermin keselamatan anak, cuba tengok video di bawah.

Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari meletakkan kereta di bawah matahari yang panas terik.

 

 

 

Sumber:  Amanda Kenny DeAngelis

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Paling Teruk Ibu Bapa Selalu Buat

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!