Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

lead image

Gara-gara tidak menggunakan car seat untuk bayi, seorang bayi maut selepas tercampak keluar dari kereta. Ibu bapa, ambil pengajaran dari kisah ini.

Rakyat Malaysia suram selepas membaca berita bayi perempuan maut akibat tidak diletakkan dalam car seat untuk bayi. Bayi tersebut, Wong Qan Ton yang dipangku oleh ayahnya telah tercampak keluar dari kereta Toyota Vios, dalam kemalangan yang membabitkan 3 buah kenderaan.

Walaupun sempat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, bayi yang baru berusia 9 bulan  itu disahkan meninggal pada 7.50 pagi akibat kecederaan kepala yang parah.

Menurut siasatan awal polis, kereta Toyota Vios yang dipandu ibu mangsa telah terbabas ke laluan bertentangan ketika mengambil selekoh. Toyota Vios itu kemudian melanggar sebuah Honda Civic dari arah bertentangan.

Ini menyebabkan Toyota Vios itu berpusing beberapa kali. Selepas itu, Toyota Vios itu dilanggar sebuah kereta Proton Saga BLM yang juga datang dari arah bertentangan.

Pengajaran berguna dari kisah ini: Kepentingan car seat untuk bayi 

car seat untuk bayi 1 Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

Car seat untuk bayi yang sesuai dan di pasang dengan betul boleh menyelamatkan nyawa

Walaupun kita sudah banyak membaca kisah kemalangan bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta, ramai ibu bapa masih tidak mementingkan penggunaan car seat untuk anak mereka. Kenapa agaknya ya?

Adakah ibu bapa tidak tahan mendengar anak merengek dalam car seat?

Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap keselamatan anak, kita sepatutnya melatih anak untuk duduk dalam car seat sejak lahir lagi. Tapi bukan itu saja ya ibu bapa!

Car seat yang dibeli hendaklah jenis yang sesuai untuk usia anak kerana car seat untuk bayi terdapat banyak jenis dan had berat yang berlainan. 

Jangan beli car seat untuk bayi yang lembut dan diperbuat dari kain.

Penjual suka sangat mempromosikannya sebagai alternatif yang murah, mudah alih dan senang dipasang. Namun, jangan mudah terpedaya ya! Produk tanpa sebarang ciri keselamatan ini tidak akan menjanjikan keselamatan anak anda.

Anak sepatutnya duduk dalam car seat sehingga mereka berusia 8 tahun

car seat untuk bayi 2 Ayah, ibu... kenapa tak beli carseat untuk saya lagi? Ambil pengajaran dari kisah ini!

Anak perlu mengguna car seat dengan tali pinggang keledar 5 titik sehingga anak mencapai had berat dan had ketinggian maksimum car seat itu. Selagi belum mencapai had ini, anak tidak digalakkan untuk memakai tali pinggang keledar seperti orang dewasa. 

Selain itu, setiap car seat mempunyai tarikh luputnya, jadi jangan lupa untuk semak terlebih dulu jika ingin membeli car seat terpakai.

Ingat! Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira waktu. Tangan yang memegang atau mendukung anak tidak akan melindungi anak jika berlakunya kemalangan.

Gaji bulanan akan sentiasa ada, tapi nyawa anak cuma satu sahaja. Jangan tunggu sehingga menyesal kerana tidak membeli car seat untuk bayi. Car seat yang sesuai, dan dipasang dengan betul boleh menyelamatkan nyawa.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmos, Metro Harian

Sumber gambar dipetik dari Kosmos

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Kesilapan Car Seat Anak Yang Paling Teruk Ibu Bapa Selalu Buat