5 cara anda boleh merawat demam biasa di rumah

lead image

Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah celsius. Manakala bagi orang dewasa, adalah apabila suhu badannya melebihi 37.2 hingga 37.5 darjah celsius.

Apabila suhu badan melebihi suhu badan normal, ia dikenali sebagai demam. Demam merupakan salah satu simptom sekiranya badan mempunyai infeksi atau jangkitan.

Namun, tahap suhu demam untuk kanak-kanak dan dewasa adalah berlainan. Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah celsius. Manakala bagi orang dewasa, adalah apabila suhu badannya melebihi 37.2 hingga 37.5 darjah celsius.

Bagi demam yang tidak serius (suhu tidak terlampau tinggi), bolehlah mencuba ‘natural remedies’ berikut untuk membantu menurunkan suhu:

1. Mandi air suam

  • Mandi dengan air suam akan membantu menurunkan lagi suhu badan. Semasa demam, air suam juga akan rasa seperti air sejuk. Jangan cuba menurunkan demam dengan mendadak menggunakan air sejuk! Ini akan menyebabkan darah akan segera memasuki organ internal kerana ingin melindungi badan anda dari suhu yang terlampau sejuk. Namun, ini akan menyebabkan badan anda menjadi lebih panas.
  • Selain itu, bolehlah kerap mengelap badan dengan air suam terutamanya di kawasan yang mempunyai suhu tinggi seperti bawah lengan dan celah peha.
  • Selepas mandi, boleh letakkan kain atau tuala kecil basah di dahi dan belakang tengkuk.

2. Minum sup

Imej ehsan Dr.Jockers

Imej ehsan Dr.Jockers

  • Sup tulang yang direneh lama adalah sangat bagus untuk menguatkan imuniti dan mempercepatkan badan sembuh dari demam. Menurut kajian yang telah diterbitkan di CHEST: The Joural of the American College of Chest Physicians, mencadangkan yang ‘sup ayam mungkin mempunyai bahan yang memberi manfaat terhadap tindak balas perubatan.
  • Salah satu bahagian yang paling memberi manfaat menurut kajian ialah tulang rawan. Di dalam Nourishing Broth, Sally Fallon Morell dan Dr. Kaayla Daniel di dalam kajian mereka, telah mencadangkan yang tulang rawan dapat membantu menyokong fungsi imun sihat dengan ‘dengan meransang sel darah putih untuk melawan mikrob asing.”

3. Cuka epal

Imej ehsan Eat This! Not that!

Imej ehsan Eat This! Not that!

  • Cuka epal merupaan salah satu cara yang mudah dan tidak mahal untuk demam. Ia mampu membantu menurunkan suhu dengan cepat kerana asid yang hadir di dalam cuka epal membantu mengeluarkan haba dari kulit. Malah, ia kaya dengan mineral yang bagus untuk badan.
  • Tambahkan separuh cawan cuka ke dalam air suam. Rendam badan selama 5 hingga 10 minit. Ulang jika badan masih panas.
  • Campurkan dua sudu besar cuka epal dan satu sudu besar madu ke dalam air suam dan minum dua atau tiga kali sehari.

4. Makanan pedas

Imej ehsan Samui Times

Imej ehsan Samui Times

  • Taburkan lada merah ke atas makanan anda. Bahan utama iaitu capsaicin, yang memberi rasa pedas pada cili akan membuatkan anda berpeluh dan menggalakan peredaran darah yang cepat. Jadi ini akan membantu mempercepatkan proses sembuh dari demam.

5. Minum air yang banyak

glass-of-water

  • Semasa demam, adalah amat mudah untuk badan menjadi dehidrasi. Minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari atau secukupnya hingga warna air kencing menjadi pucat.
  • Jus oren atau jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti nenas juga pilihan yang bagus kerana vitamin C boleh membantu sistem imun melawan jangkitan.

Sekiranya demam berlanjutan, suhu semakin meninggi dan terdapat simptom sampingan yang lain, segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dari doktor. Saranan ‘home remedies’ ini hanyalah untuk demam biasa yang tidak kritikal. Anda juga mungkin berminat membaca tentang topik : Anak demam? Mitos dan fakta anda harus tahu

Sumber: top10homeremediesmommypotamusbesthealthmag