Wanita terbukti semakin cepat stress dan mengalami penuaan sepantas 11 tahun selepas menjadi ibu!

Selepas ada anak, mudah untuk seorang wanita itu terasa cepat tua dan tertekan. Jom belajar cara atasi stress dengan baik dan nikmati kehidupan sebagai ibu.

Menjadi seorang ibu bukanlah satu kerja yang senang. Ia memerlukan satu pengorbanan yang besar. Dari saat kita mengandung hingga membesarkan anak. Kadangkala, rasa tertekan atau rasa seperti sudah tua (sebelum usia!) akan hadir. Ibu, bagaimana cara atasi stress dan sentiasa awet muda?

Perit jerih menjadi seorang ibu

Selepas mempunyai anak, kita akan berubah menjadi insan baru. Sehinggakan bila bersembang dengan kawan-kawan tentang perkembangan diri, pasti ada yang akan berkata:

“Aku rasa macam dah tua sangat sekarang ini!”

Tidak kurang juga yang berkata begini:

“Penat jaga anak. Tahap stress pun dah tinggi sekarang!”

Ya, anda memang tidak salah apabila terasa seperti cepat tua dan mudah tertekan selepas menjadi seorang emak.

Ada satu kajian yang membincangkan tentang tahap penuaan wanita yang semakin pantas selepas seseorang itu mempunyai anak.

Penuaan sepantas 11 tahun selepas mengandung dan bersalin!

Anna Pollack, seorang ahli epidemiologist dari George Mason University serta kumpulan kajiannya mendapati wanita yang bersalin akan menunjukkan peningkatan dalam penuaan genetik.

Mereka telah menguji material genetik untuk hampir 2,000 orang wanita di Amerika ketika membuat penemuan ini.

“Kami sangat terkejut selepas mengetahui keputusan kajian ini.”

Kajian tentang kesan genetik selepas menjadi seorang ibu

cara atasi stress, cara nak atasi stress, cara atasi masalah stress

Kredit: Wholehealthinsider.com

Telomeres adalah sejenis penanda genetik yang menunjukkan usia seseorang pada tahap sel.

Dalam kajian tersebut, ibu yang baru bersalin akan mempunyai 4.2% telomeres yang lebih pendek berbanding wanita yang belum menjadi ibu. Peratus ini menunjukkan proses penuaan secepat 11 tahun daripada usia sebenar!

Dalam satu temuramah dengan Newsweek, Pollack menerangkan wanita yang ada 5 atau lebih anak mempunyai telomeres yang lebih pendek berbanding mereka yang hanya ada seorang atau 2 orang anak.

Pollack yang juga seorang ibu turut bercerita:

“Apabila berjumpa kawan-kawan saya, kami saling merungut yang kami berasa semakin tua. Rupanya, dari segi saintifik, memang ada penjelasan untuk perasaan tua ini!”

Namun, beliau turut menjelaskan yang kajian ini bukanlah bermaksud yang wanita di luar sana tidak perlu mempunyai anak atau akan mati cepat.

Ia cuma sekadar untuk mengetahui kesan penuaan atau tahap stress kepada wanita selepas mereka bersalin.

Bagaimana cara atasi stress dan perasaan rasa cepat tua?

Untuk memastikan keadaan kesihatan kita sentiasa terjaga, amat penting untuk kita tahu cara atasi stress secara berkesan. Bila stress dikawal dengan baik, kita akan sentiasa tenang dan gembira. Malah, wajah pun kekal awet muda dan kurang berkedut!

1. Tahu penyebab stress

cara atasi stress, cara nak atasi stress, cara atasi masalah stress

Kredit: Zerotothree.org

Kita tak dapat nak atasi stress kalau kita tidak tahu penyebabnya. Jadi, bila anda rasa tertekan, cuba fikir semula apakah perkara yang buat anda rasa tertekan.

Ia mungkin kerana isu kewangan, masalah rumah tangga, tekanan di tempat kerja, atau perangai anak-anak. Fikir dan ambil tahu!

2. Berhenti, berehat dan tenangkan fikiran

Bila anda rasa stress, cuba untuk berhenti seketika apa yang anda buat. Tarik nafas panjang. Buat yang beragama Islam, ambil wudhu dan baca al-Quran atau solat. 

Dengan “membawa keluar” diri anda seketika dari keadaan yang menyebabkan anda stress, fikiran yang kusut akan lebih tenang.

3. Buat sesuatu yang menggembirakan hati

cara atasi stress, cara nak atasi stress, cara atasi masalah stress

Kredit: Ihappymama.ru

Antara cara atasi stress yang berkesan adalah dengan membuat aktiviti yang membuatkan anda gembira.

Mungkin anda gemar memasak atau berkebun. Mungkin juga anda gemar keluar rumah dan berjalan-jalan naik kereta melihat alam.

Atau, mungkin semudah memeluk suami atau mencium anak-anak. Lakukannya untuk mengurangkan rasa tertekan dalam diri.

4. Senyum dan ketawa

Mat saleh ada kata: “laughter is the best medicine”. Bila rasa stress, cuba bergurau senda dengan ahli keluarga anda. Banyakkan senyuman dan ketawa. Anda pasti akan terasa perubahan dalam hati anda. Tak percaya? Jom cuba!

5. Dapatkan nasihat dan sokongan

cara atasi stress, cara nak atasi stress, cara atasi masalah stress

Kredit: Synonym.com

Luahkan apa yang terpendam dalam hati kepada orang yang anda sayang dan percayai. Ataupun, dapatkan bantuan nasihat daripada pakar seperti kaunselor.

Tenaga profesional ini pasti dapat membantu anda menangani masalah stress yang anda alami di rumah atau di tempat kerja.

Jadi ibu semua, janganlah rasa seperti sudah tua atau terlalu tertekan ya! Mari lakukan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan hati dengan keluarga.

Anda pasti dapat menikmati hidup bersama keluarga jika mampu mengawal stress dengan baik.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore, Science Alert

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ayah yang terlalu stress akan beri impak negatif pada perkembangan minda anak