7 Cara Mudah Tunjuk Kasih Sayang Pada Suami, Pasti Anda Makin Disayangi!

7 Cara Mudah Tunjuk Kasih Sayang Pada Suami, Pasti Anda Makin Disayangi!

Cara bahagiakan suami tak susah, yang penting anda buat 7 cara bahagiakan suami ini, pasti suami anda akan sentiasa gembira dengan anda!

Apabila kita berada dalam perkahwinan atau perhubungan yang sudah terlalu lama dan selesa, kita biasanya akan mengambil mudah tentang perasaan pasangan.

Dengan kerja yang makin bertimbun, mana nak uruskan anak lagi, bila kita ada masa nak menjaga perasaan pasangan, kan?

Tapi sebenarnya… nak bahagiakan pasangan ini tak susah pun. Anda hanya perlu buat 7 cara bahagiakan suami ini untuk beritahu suami yang anda amat menghargai mereka. 

Pasti mereka akan membalas kasih sayang itu dengan cinta yang sepenuhnya! 😉

Cara bahagiakan suami yang sangat sederhana dan mudah

Anda tak perlu mengeluarkan duit atau membeli barang yang mahal-mahal untuk buat suami anda rasa dihargai. Cukup dengan 7 cara bahagiakan suami ini saja:

1. Senyum

src=https://s i.huffpost.com/gen/5168190/thumbs/o COUPLE WINE 570.jpg 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

Bila kita balik kerja dan penat, kemudian pasangan menunjukkan muka masam, mesti sakit hati kan?

Jadi, apabila suami pulang dari pejabat, simpan dulu segala luahan atau tekanan yang anda mahu luahkan dan pamer senyuman paling manis untuknya dan buat mereka gembira dengan cerita-cerita kelakar yang anak-anak anda lakukan.

2. Buat perkara-perkara kecil sekerap mungkin

Jika anda lihat suami sedang duduk menonton TV atau sedang buat kerja di rumah, sediakan kopi atau minuman kegemaran mereka. Pasti suami anda senang hati dengan perbuatan itu.

Kalau hujung minggu pula, cuba luangkan masa masak makanan kegemaran suami anda.

cara bahagiakan suami, cara menggembirakan suami, tips ambil hati suami, buat suami sayang,

3. Tampil cantik

Antara cara bahagiakan suami yang mudah adalah dengan sentiasa tampil cantik, kemas dan wangi. Bukan hanya ketika anda nak keluar rumah saja.

Anda tak perlu berdandan berlebihan, yang penting anda tetap bersih dan wangi. Sekali sekala pilih pakaian yang seksi, mana tahu ia akan berakhir dengan hubungan ranjang yang hangat? 😛

4. Menjaga keperluan suami

src=https://s i.huffpost.com/gen/5168064/thumbs/o COUPLE 570.jpg 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

Selepas menjadi ibu, kita selalu sibuk dengan keperluan anak hingga kita mengetepikan keperluan suami.

Lihat kalau baju suami anda ada hilang butang atau dia memerlukan stoking baru, apa salahnya kalau anda menggantikannya? 

5. Biar mereka buat hobi kesukaan mereka

Jika suami minat sukan atau muzik, biarkan saja mereka menggunakan duit untuk membeli barangan kesukaan mereka, asalkan ia tak mengganggu perbelanjaan anda sekeluarga.

6. Pelukan dan ciuman

cara bahagiakan suami, cara menggembirakan suami, tips ambil hati suami, buat suami sayang,

Sebelum suami pergi kerja, jadikan rutin untuk memeluk dan mencium mereka. Bila dapat pelukan dan ciuman dari anda, pasti mereka rasa gembira untuk menjalani hari mereka dan tak sabar untuk pulang ke rumah kepada anda!

7. Meluangkan masa bersama suami

Kemesraan dalam perkahwinan perlu dijaga. Tak salah jika anda hantar anak pergi ke rumah nenek mereka pada hujung minggu dan anda luangkan masa bersama suami bercuti.

Bila berdua, inilah masanya untuk anda tumpukan perhatian pada diri masing-masing dan menghangatkan semula asmara anda.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Adisty Titania dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

47 cara senang untuk bahagiakan isteri, tak payah keluar duit banyak pun!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner