Cara Banyakkan Susu Badan Yang Mudah & Berkesan, No#5 Wajib Para Ibu Cuba!

Bagi anda yang mengalami masalah ketika proses penyusuan, ketahui bahawa ada pelbagai cara untuk banyakkan susu badan dengan teknik betul serta berkesan

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar seorang ibu, pastinya agak kekok dan tertekan sekiranya berdepan pelbagai kesukaran sewaktu membesarkan bayi. Masalah ketika proses penyusuan sering berlaku dan anda perlu memastikan memiliki ilmu tentang cara banyakkan susu badan dengan berkesan.

Tidak dinafikan ia adalah masalah besar yang dihadapi oleh para ibu menyusukan si manja dan ketika berpantang. Jika susu tidak cukup, bayi akan menjadi kuat meragam kerana masih berasa lapar.

Cara Banyakkan Susu Badan Dengan Berkesan

cara banyakkan susu ibu

credit to sources

Sebenarnya ada pelbagai kaedah dan petua yang boleh ibu cuba bagi meningkatkan jumlah serta kualiti susu badan. Mungkin selama ini anda agak keliru menentukan cara paling berkesan sehingga apa sahaja yang orang sekeliling cadangkan, pasti akan dibuat.

Justeru apa kata ibu amalkan cara banyakkan susu badan dengan berkesan ini, pasti si manja berhenti meragam!

#1. Sentiasa bertenang dan elakkan stres

Antara petua untuk menambahkan lagi susu badan adalah ibu perlu sentiasa memastikan diri dan fikiran bertenang. Sebenarnya faktor tekanan menyebabkan susu badan menjadi berkurang kerana minda mengawal keseluruhan fungsi badan.

Ia turut berkait rapat dengan perubahan hormon wanita setelah bergelar ibu. Justeru, sekiranya anda mendapati tanda-tanda awal stres, segera bertenang dengan menarik nafas dan hembus untuk beberapa minit.

#2. Menyusu dengan kedua-dua belah payudara

Ketika proses menyusu, ibu hendaklah memastikan si manja menghisap pada kedua-dua belah payudara dalam masa yang sama. Sekejap kiri dan kemudian kanan pula.

Teknik ini amat berkesan untuk merangsang pengaliran susu, membuatkan bayi rasa lebih selesa dan tidak meragam dengan perubahan posisi berkenaan.

#3. Amalkan teknik menyusu yang betul

petua banyakkan susu badan

credit to sources

Terdapat beberapa teknik menyusu bayi yang betul perlu anda ikuti. Dalam hal ini, pastikan anak minum susu pada sudut terbaik dari payudara anda. Ibu turut dinasihatkan agar bayi menyusu dari bahagian areola, di mana bahagian puting penuh di dalam mulut bayi.

#4. Urutan payudara

Urutan payudara merupakan salah satu petua yang dikatakan berkesan untuk memperbanyakkan susu badan. Ibu perlu melakukan urutan ini dengan lembut pada kedua-dua bahagian dada anda.

Sekiranya perlu, anda juga boleh meminta tolong daripada bidan yang pakar dalam urutan untuk meningkatkan jumlah susu badan.

#5. Melakukan perahan

Ketika berdepan masalah susu ibu kurang, anda perlu mengosongkan payudara dengan membiarkan susu keluar melalui teknik perah atau menyusu bayi. Untuk memudahkan payudara kosong, anda boleh menggunakan sahaja pam susu.

Anda dinasihatkan untuk mengepam susu setiap 2-3 jam sekali, terutamanya ketika si manja tidak bersama anda. Sekiranya terlalu sibuk di pejabat, tidak perlu mengepam lama. Cukuplah mengambil masa 5 minit, asalkan ia konsisten.

Jangan membiarkan susu terlalu banyak dan terlebih bekalan kepada bayi sehingga menyebabkan masalah bengkak susu, demam atau masalah kesihatan lain. Hal ini yang akan membawa masalah susu ibu berkurang.

#6. Kerap menyusukan bayi

susu badan kurang

credit to sources

Ibu tidak boleh memaksa bayi untuk minum dengan banyak, namun anda boleh menyusukannya mengikut keperluan.

Hal ini sering disebut sebagai konsep supply and demand yang perlu para ibu lakukan. Si manja akan menyusu mengikut keadaan dan tahap kekenyangan. Jumlah kekerapan yang disarankan adalah 10 hingga 12 kali sehari bagi merangsang hormon prolaktin untuk penghasilan susu ibu lebih banyak.

#7. Mengambil sayuran yang sesuai

Tidak dinafikan sayur-sayuran memiliki nutrisi penting untuk kesihatan tubuh badan. Namun jangan tidak tahu, ia turut berperanan sebagai penambah susu badan dengan berkesan.

Kami mencadangkan untuk mengambil jenis sayur seperti batang saleri, lobak putih, halia, lobak merah, bawang putih, kurma dan madu.

Meskipun ia tidak diuji secara saintifik, namun tidak salah untuk anda mencuba kerana setiap hormon dalam badan manusia adalah berlainan. 

Bukan itu sahaja, ibu-ibu turut dinasihatkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 3 liter air kosong.

Selain mengelakkan kulit anda kering, ia turut berkesan dalam penghasilan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayi. Kesannya, anda tidak akan mudah letih atau sakit kepala kerana cecair dalam badan mencukupi dalam mengekalkan mood baik dan tenaga untuk menguruskan si manja setiap hari.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Petua ‘Meriahkan’ Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

Baca juga: Cara Keluarkan Susu Badan Sebelum Kahwin, Panduan Berguna Buat Wanita Yang Mahu Ambil Anak Angkat

Baca juga: Bukan Mudah Untuk Menyusu Badan, 7 Perkara Ini Sering Menjadi Cabaran Buat Para Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!