4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

lead image

Merokok semasa hamil terbukti memberikan kesan yang buruk kepada bayi dalam kandungan. Jadi ini adalah cara berhenti merokok yang boleh anda ikuti.

Kita memang sudah sedia maklum tentang bahaya merokok kepada janin. Mengandung merupakan salah satu peluang besar untuk anda berhenti merokok. Tapi, bukan mudah untuk berhenti merokok, kan?

Anda mungkin tak boleh nak berhenti merokok dengan sendiri, tapi anda juga perlu berfikir dua kali sebelum mendedahkan anak dengan pil atau pelekat nikotin. Jadi apa cara berhenti merokok yang paling baik?

Beberapa ibu yang berjaya berhenti merokok telah menemui pelbagai cara untuk membuang tabiat ini. Jadi, jom tengok beberapa pilihan cara berhenti merokok yang anda boleh cuba ini.

4 cara berhenti merokok untuk ibu mengandung

src=https://i.dailymail.co.uk/i/newpix/2018/09/06/13/4FC8388800000578 6138685 image a 1 1536238594366.jpg 4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

Sebelum kita pergi ke cara-cara berhenti merokok, anda perlu tahu yang anda perlu bebas rokok sebelum kandungan anda berusia 14 minggu.

Doktor mengatakan, sebelum 14 minggu, ia mungkin tak membahayakan bayi anda.

Tapi jika anda masih merokok selepas 14 minggu walaupun hanya satu atau dua rokok sehari, anda boleh membantutkan pertumbuhan bayi dalam perut dan menyebabkan beberapa komplikasi lain.

#1 Cara berhenti merokok: Berhenti serta merta

Buang semua rokok dan benda yang berkaitan dengan rokok seperti tempat abu rokok dsb dan berjanji pada diri sendiri untuk tak akan merokok lagi.

Anda mungkin akan rasa tak bermaya untuk beberapa minggu tapi anda tak akan membahayakan diri sendiri atau anak. Belum ada bukti lagi yang menunjukkan stres berhenti merokok boleh memberi kesan kepada janin.

Walaupun hanya satu dari 20 orang yang berjaya berhenti serta merta dan menjauhkan diri dari rokok, tapi, semasa mengandung anda lebih bermotivasi untuk berhenti.

Namun kesan berhenti serta merta jika anda seorang perokok yang tegar adalah anda mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti kemurungan, kebimbangan, susah untuk fokus dan gelisah untuk dua ke tiga minggu.

2. Cara berhenti merokok: Berhenti secara berperingkat

Anda juga boleh kurangkan jumlah rokok hingga anda berjaya untuk tak merokok sama sekali.

Cara ini sangat selamat asalkan anda buat dengan cepat dan berhenti sebelum usia kandungan anda mencecah 14 minggu.

Cara ini juga akan membantu anda untuk mengurangkan simptom kemurungan dan sebagainya jika anda seorang perokok tegar. Badan anda akan ada peluang untuk perlahan-perlahan bereaksi dengan pengurangan nikotin dalam saluran darah.

3. Cara berhenti merokok: Penggantian nikotin

src=https://images.theconversation.com/files/229253/original/file 20180725 194146 1m3pnm2.jpg?ixlib=rb 1.1.0&q=45&auto=format&w=926&fit=clip 4 cara ibu mengandung boleh berhenti merokok sebelum terlambat

Nikotin adalah bahan kimia dalam rokok yang buat anda ketagih. Jadi, pelekat, gula-gula getah atau spray nikotin boleh membantu anda mengurangkan rasa untuk merokok bila anda berhenti.

Tapi, anda masih perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa penggantian nikotin.

4. Cara berhenti merokok: Kaunseling

Sama ada anda mendapatkan beberapa kata semangat dari doktor, telefon talian berhenti merokok, masuk program berkumpulan atau sesi dengan pakar berhenti merokok, kaunseling boleh membantu anda untuk kekal fokus dan bermotivasi untuk berhenti.

Bercakap dengan seseorang boleh mengurangkan tekanan kerana perlu berhenti merokok. Kerajaan juga ada menyediakan klinik berhenti merokok untuk membantu anda membuang tabiat ini.

Selain dari cara-cara di atas, anda juga boleh cuba untuk membaca, menonton video atau dokumentari tentang risiko rokok kepada janin untuk lebih memberi motivasi dan kekuatan untuk anda berhenti.

Hadiah dari berhenti merokok, bukan saja anda dapat menyihatkan lagi tubuh badan anda, anda juga boleh bertenang kerana anda tahu anak yang bakal lahir akan sihat kerana anda berjaya berhenti merokok.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Baby Center

Baca juga: 

Gambar Ultrasound 4D Ini Menunjukkan Kesan Rokok Pada Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!