3 cara mudah suami isteri boleh berjimat, barulah duit gaji cukup setiap bulan!

lead image

Cara berjimat cermat yang bijak pasti akan membolehkan gaji anda suami isteri cukup sampai sebulan. Tak percaya cuba dulu 9 tips bijak ini!

Selepas berkahwin, anda bertanggungjawab dalam menguruskan hal kewangan keluarga. Adakah anda selalu kehabisan duit setiap hujung bulan? Ataupun anda tahu cara berjimat cermat?

Sebagai suami isteri, kalian kena tahu cara berjimat cermat supaya gaji yang kalian ada cukup sampai sebulan. Tapi dalam bijak itu, anda masih kena bayar bil, beli barang dapur dan sebagainya.

Jadi bagaimana cara berjimat cermat yang bijak? 

Cara berjimat cermat dengan bijak – aturkan perbelanjaan barang dapur anda!

Sebenarnya, cara berjimat cermat yang paling mudah (namun bijak) untuk diikut suami isteri ialah dengan mengatur perbelanjaan barang dapur.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/02100233.814765.9670.jpeg 3 cara mudah suami isteri boleh berjimat, barulah duit gaji cukup setiap bulan!

Setiap kali pergi Tesco, Mydin atau Giant setiap bulan untuk beli barang dapur memang menyeronokkan. Tapi tiba-tiba bila sampai masa nak bayar, kadang menyesal pun ada!

Mengapa? Mestilah sebab ambil barang ikut kehendak! 

Tapi kami faham, beli barangan dapur memang perlu, jadi bagaimana nak mengatur perbelanjaan dengan bijak? Ha… begini caranya.

5 cara berjimat cermat dengan bijak

  • Buat senarai apa yang nak dibeli
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/20140324 163158.jpg 3 cara mudah suami isteri boleh berjimat, barulah duit gaji cukup setiap bulan!

Kredit gambar: St()ries

  • Keluar beli barang lepas perut kenyang. Ini untuk elak anda tak terbeli makanan yang anda “teringin”
  • Beli barang seminggu sekali saja. Sebab kita selalu akan terlebih belanja kalau kita pergi kedai berulang kali.
  • Fikir siap-siap apa anda nak masak dalam masa seminggu atau empat hari sebelum pergi beli barang. Nanti anda tahulah apa anda perlu beli.
  • Pergi kedai yang anda sudah biasa pergi

Ini tips sebelum anda membeli barangan dapur. Bagaimana pula dengan cara berjimat cermat ketika membeli barang? 

Jom kami bongkarkan tips berikutnya!

4 cara berjimat cermat beli barang dapur

  • Buat bekal untuk ke pejabat
  • Sebulan sekali, bersihkan peti ais dan almari simpan makanan. Nanti anda boleh tahu apa yang tak patut anda beli.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/List senarai barang keperluan dapur jenis kering yang perlu dibeli.jpg 3 cara mudah suami isteri boleh berjimat, barulah duit gaji cukup setiap bulan!

  • Seminggu sekali, basuh siap-siap buah dan sayur-sayuran. Nanti senang anda nak bersedia memasak.

Baiklah, sekarang anda sudah tahu cara berjimat cermat dengan bijak melalui barangan dapur. 

Tapi, adakah ada cara lain untuk membeli barangan dapur dengan tepat dan tidak membuatkan kita menyesal?

Mestilah ada! Suami isteri yang bijak dalam berbelanja kebanyakkan mengamalkan 5 tips ini pula ketika ingin membeli barangan dapur dengan bajet.

  1. Jangan beli makanan ringan (sebab selalunya mahal)
  2. Cuba makanan baru, mungkin ada yang lebih murah
  3. Sediakan kalkulator, senang nak semak berapa anda patut bayar
  4. Beli barang seperti sabun atau beg sampah dekat kedai yang tawar harga lebih murah
  5. Sentiasa periksa harga barang nak tengok ada diskaun atau promosi apa-apa

Dengan semua cara berjimat cermat ini, pasti gaji anda suami isteri akan cukup sampai sebulan, insyaAllah!

Apa cara berjimat yang anda selalu lakukan? Kongsikan ia dengan kami!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Says

Baca juga:

5 Cara Untuk Buat Urusan Membeli Barang Dapur Dengan Anak Lebih Mudah