5 cara bermanja dengan suami dan rahsia "godaan" yang dibongkar Channing Tatum

Nak tahu apa cara bermanja dengan suami yang berjaya menambat hati artis seksi Channing Tatum ini? Jom semak rahsia yang dibongkarkan khas ini!

Cara bermanja dengan suami

Pasti anda kenal dengan pelakon seksi Channing Tatum ini, kan? Kali ini, theAsianparent akan membongkar tips dari jejaka handsome ini sendiri tentang cara bermanja dengan suami dan apa rahsia perkahwinan bahagia.

Kalau anda tidak tahu, Channing Tatum ini bukan saja terkenal dengan ketegapan badan, kekacakan muka dan kelembutan badannya menari.

Malah, beliau dihormati kerana masih kekal bahagia dengan isterinya, Jenna Dewan Tatum selepas hampir sedekad berkahwin.

Walaupun si isteri ini tidak se-famous suaminya, namun Jenna dan Channing masih berjaya mengekalkan perkahwinan mereka. Apa rahsianya?

Jeng jeng jeng…

5 tips perkahwinan bahagia dan cara bermanja dengan suami

cara bermanja dengan suami, cara menggoda suami, cara pikat hati suami, goda suami, pikat hati suami, layan suami, cara menambat hati suami

Kredit: glamour.com

“Kami bukan tidak pernah bergaduh. Tapi, kami belajar banyak perkara sama-sama. Kami belajar dari kesilapan sama-sama. Itulah rahsia rumah tangga bahagia.”

Buat Channing Tatum dan isteri, perkahwinan yang bahagia memerlukan usaha dan kerja keras dari kedua-dua pihak, sama ada isteri atau suami. 

Kedua-dua pasangan telah bertemu dalam filem Step Up sebelum melangsungkan perkahwinan pada tahun 2009 dan memiliki seorang anak perempuan. 

Menurut Jenna, ini 5 tips tentang cara bermanja dengan suami yang dibuat olehnya untuk menambat hati Channing.

Cara bermanja dengan suami #1: Jangan lupa tentang hubungan intim

Walau sesibuk manapun anda dengan tugasan kerja dan anak-anak, jangan lupa waktu untuk berasmara. 

Ini kunci utama dalam mencari cara bermanja dengan suami dan menambat hati suami. 

Anda tak perlu membina jadual untuk betul-betul “memilih” bila nak berhubungan intim.

Cukuplah sekadar mengatur masa seminggu sekali keluar berdua dengan pasangan, makan di restoran dan balik berasmara.

Cara bermanja dengan suami #2: Gabungkan 2 hati

cara bermanja dengan suami, cara menggoda suami, cara pikat hati suami, goda suami, pikat hati suami, layan suami, cara menambat hati suami

Kredit: Daily Mail

Perkahwinan ini bukan sekadar untuk melayari bahtera dan keindahan percintaan semata-mata.

Menurut Channing, satu perkara yang dia paling tergoda dengan Jenna adalah bagaimana isterinya itu bijak menambat hati suami dengan menjadi lebih akrab dengannya.

Jenna tidak lupa untuk memasukkan elemen teruja dan penuh cabaran dalam liku-liku kehidupan seharian mereka.

Dari situ, mereka tidak hanya berhubungan intim semata-mata. Mereka bersembang dan saling mengenali satu sama lain.

Cara bermanja dengan suami #3: Jangan guna seks sebagai jalan penyelesaian

Apabila mencari kaedah dan cara bermanja dengan suami, memang banyak tips mengatakan anda dan pasangan kena “bersama”.

Tapi jangan gunakan hubungan intim ini sebagai jalan penyelesaian jika kalian ada masalah yang lebih besar.

Cuba selesaikan masalah itu dulu sebelum anda “membawanya” ke kamar. Contohi kisah wanita ini yang menyesal menggunakan seks sebagai jalan “menyelamatkan rumah tangga”.

Cara bermanja dengan suami #4: Kenal badan sendiri

cara bermanja dengan suami, cara menggoda suami, cara pikat hati suami, goda suami, pikat hati suami, layan suami, cara menambat hati suami

Kredit: Channel24

Tambah Jenna lagi, cara bermanja dengan suami yang paling berkesan adalah apabila isteri kenal dan selesa dengan tubuh badan sendiri. 

Apabila isteri berbuat demikian, mereka akan jadi lebih berkeyakinan dan timbul elemen “seksual” di sebalik keseksian dan keyakinan tinggi itu. 

Apabila wanita mengenal tubuh badan sendiri, wanita akan menghargai badannya dan bijak menggunakan badan itu untuk semakin rapat dengan suami.

Cara bermanja dengan suami #5: Tiada mood untuk “bersama” suami itu OK

Channing Tatum telah dinobatkan sebagai People’s Sexiest Man Alive, tapi itu tak bermaksud isterinya selalu ada mood untuk “bersama”.

Channing mengakui perkara itu dan mengatakan ia tidak sepatutnya menjadi satu masalah buat kaum lelaki. 

Perkara biasalah jika isteri kepenatan selepas terlalu sibuk di pagi hari. Di sinilah tanggungjawab suami untuk lebih memahami isteri pula.

Jenna juga akan menjelaskan mengapa dia tiada mood dan akan meminta suaminya itu memahami situasi beliau atau cuba sehabis baik untuk menyelesaikan situasi ini.

Nampaknya kunci perkahwinan bahagia ini hanyalah saling memahami di antara satu sama lain. 

Ada tak di antara 5 cara bermanja dengan suami ini yang akan anda cuba pada suami nanti? 

 

 

 

Sumber rujukan: Vanity FairHealthCosmopolitanE! Online

Kredit gambar: Flavorwire

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Trik Asmara Yang Isteri Wajib Cuba Untuk Goda Dan Bikin Suami “Wow”