5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?

lead image

Ibu-ibu hamil sudah mempersiapkan diri dengan ilmu proses bersalin? Baca 5 jenis cara bersalin yang ada di Malaysia ini agar anda tahu mana pilihan sesuai.

Sepanjang 9 bulan mengandung, anda pasti sudah melengkapkan diri tentang ilmu gaya hidup sihat ketika kehamilan, perkembangan janin dan kelengkapan barang bayi. Tapi semakin dekat due date, adakah anda sudah belajar tentang cara bersalin?

Sementara teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang dinanti-nantikan ini, ibu hamil wajib tahu tentang cara bersalin dan risiko-risiko yang mungkin akan terbuka pada anda mahupun bayi.

Tahukah anda pada sekitar tahun 1900-an, hampir separuh daripada kelahiran terjadi di luar hospital? Tapi sejak tahun 1940-an, kebanyakan kelahiran sudah berlaku di hospital.

Kecanggihan teknologi membuatkan cara bersalin lebih selamat buat ibu mahupun anak. Ini antara 5 cara bersalin yang ada di Malaysia. Jom ambil tahu!

5 cara bersalin yang berbeza, ibu hamil wajib tahu!

#1 Bersalin melalui vagina

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/maxresdefault 1.jpg 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?

Kredit: YouTube

Jika ibu memilih cara bersalin normal iaitu bersalin melalui vagina, bayi akan dilahirkan melalui saluran peranakan.

Kebiasannya, wanita akan melihat tanda-tanda nak bersalin sekitar minggu ke-38 hingga 41 kehamilan. Pakar menggalakkan ibu hamil untuk bersalin melalui cara ini melainkan jika anda memiliki sebab-sebab perubatan lain. 

Antara kebaikan melakukan cara bersalin normal ialah:

  1. Tidak duduk terlalu lama di hospital
  2. Kadar jangkitan yang lebih rendah
  3. Ibu lebih cepat pulih
  4. Bayi yang lahir melalui vagina memiliki risiko yang lebih rendah untuk menghidap masalah pernafasan

Walaupun bersalin secara vagina dianggap sebagai pilihan utama, namun ibu-ibu hamil mungkin masih memerlukan beberapa bantuan perubatan untuk melancarkan proses bersalin.

Antara bantuan perubatan yang mungkin akan diberi pada ibu hamil yang bersalin normal ialah:

  • Episiotomi (pemotongan di bahagian perineum; antara dubur dan vagina, untuk membuka laluan agar kepala bayi lebih cepat turun)
  • Amniotomi (memecahkan air ketuban). Ia mungkin dilakukan kerana ibu perlu di-induce atau beberapa komplikasi kehamilan lain

#2 Bersalin melalui pembedahan czer (C-section)

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/ghjkvbnmujsdfe.jpg 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?

Proses bersalin mungkin tidak akan berlaku seperti mana yang dirancang oleh ibu hamil. Jika terdapat sebarang komplikasi, cara bersalin czer mungkin akan dipilih.

Cara bersalin ini melibatkan pemotongan di bahagian abdomen dan uterus ibu. Dalam sesetengah kes, pembedahan czer mungkin sudah dirancang.

Antara komplikasi yang boleh menyebabkan ibu bersalin cara ini ialah:

#3 Bersalin secara normal selepas pernah kena czer (VBAC)

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/iStock 491311080 887x485.jpg 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?

Vaginal birth after cesarian atau VBAC melibatkan ibu yang ingin bersalin secara normal melalui vagina, setelah pernah melakukan pembedahan czer sebelum ini.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, ibu-ibu memang boleh melakukan VBAC dan peratusan wanita yang berjaya bersalin normal selepas czer ialah sebanyak 70%!

Walaubagaimanapun, tidak semua hospital menyediakan perkhidmatan VBAC kerana mereka tidak memiliki sumber dan tenaga untuk mengendali pembedahan czer kecemasan.

Apapun, bawa berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil keputusan untuk melakukan sebarang cara bersalin.

#4 Bantuan vakum

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Vacuum Extraction.jpg 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?

Kredit: phillymalpracticelawyer.com

Bantuan vakum biasanya dilakukan ketika anda bakal bersalin dengan cara normal yakni melalui vagina.

Ketika ini, doktor akan menyediakan vakum (sejenis cawan dengan pemegang dan pam vakum) yang akan menarik kepala bayi untuk membantunya melalui saluran peranakan.

Anda boleh melihat proses menggunakan vakum di sini.

#5 Bantuan forcep

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/forceps.jpg 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?

Sama seperti bantuan vakum, bantuan forcep juga boleh ditawarkan ketika proses bersalin melalui vagina. 

Ketika dalam proses bersalin, doktor akan menyediakan forcep (sejenis instrumen seakan bentuk sudu dan pengepit) yang akan mengepit kepala bayi untuk membantunya melalui saluran peranakan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara bersalin normal dengan bantuan forcep, anda boleh melihatnya di sini.

Walau apapun pilihan cara bersalin yang anda lalui, nikmati dan hargailah momen-momen indah ini. Jangan berputus asa jika proses bersalin anda tidak lancar seperti yang diharapkan.

Banyakkan berdoa dan bertawakal. Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar proses bersalin anda berjalan lancar. Tak sabarnya nak dukung cahaya mata sendiri kan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Mayo Clinic

Baca juga:

9 Mitos Bersalin Yang Semua Orang Harus Berhenti Percaya Atau Sebarkan!