Ada kotoran putih pada lidah bayi? Ini 5 cara mudah untuk bersihkannya!

lead image

Selepas menyusu tak kira susu formula atau susu ibu, tentu akan ada kotoran putih di bahagian lidah bayi. Di sini kami berkongsi cara bersihkan lidah bayi.

Eh, lepas minum susu, baru perasan lidah si kecil ada kotoran putih! Alamak macam mana cara bersihkan lidah bayi ya? Patutlah bayi rasa macam kurang selesa bila minum susu! 

Sebenarnya, pembersihan lidah bayi harus dibuat secara rutin setelah si kecil itu minum susu supaya ia dapat meninggalkan kesan putih pada lidah. 

Hal ini kerana, kotoran putih susu itu akan menyebabkan pembiakan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi anda. 

Seharusnya, lidah bayi dibersihkan sekali dalam tiga hari seminggu. Untuk itu, hari ini kami di theAsianparent Malaysia ingin berkongsi cara bersihkan lidah bayi ini yang mudah dan berkesan.

Anda patut mencubanya! 

Manfaat membersihkan lidah bayi 

Tapi sebelum itu, mari kita ketahui apakah faedah jika parents kerap mencuci lidah bayi.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/lidah bayi.jpg Ada kotoran putih pada lidah bayi? Ini 5 cara mudah untuk bersihkannya!

Apabila mencuci lidah bayi, ia membawa manfaat dan kelebihan seperti: 

  • Dapat menghalang toksin daripada diserap badan yang seterusnya meningkatkan sistem imuniti anak anda
  • Mengamalkan tabiat yang sihat, menggalakkan kesihatan penjagaan gigi anak dan menghalang nafas berbau. 
  • Makanan meninggalkan bakteria pada lidah, lalu boleh memudaratkan kesihatan anak. Sebab itu, pembersihan ini harus dilakukan supaya dapat menghapuskan kuman tersebut. 
  • Meningkatkan selera makan anak. Si kecil dapat merasai makanan dengan lebih baik. 

Walau bagaimanapun, ibu harus berhati-hati ketika membersihkan lidah bayi supaya tidak luka mahupun tercedera. 

Cara bersihkan lidah bayi anda 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/detik health 1.jpg Ada kotoran putih pada lidah bayi? Ini 5 cara mudah untuk bersihkannya!

Kredit: Detik health

#1. Pakai sarung tangan yang diperbuat dari kain lembut atau ambil tuala putih bersih. 

#2. Basahkan sedikit hujung tuala dengan air suam.

#3. Buka mulut bayi secara lembut dan perlahan. 

#4. Kemudian gosok sekitar dalam lidah dan mulut bayi anda. 

#5. Semasa membersihkan lidah bayi, berkomunikasi dengannya seperti bermain ba-cak. Ini bertujuan supaya si kecil itu tidak menangis ketika anda sedang masukkan jari ke dalam mulutnya. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/nakita.ID .jpg Ada kotoran putih pada lidah bayi? Ini 5 cara mudah untuk bersihkannya!

Kredit: Nakita.ID

Ha.. siap! Kan senang saja? Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua dan kongsikannya di laman socmed anda! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Sakshi Sem. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Lidah bayi ada corak begini, adakah ia membahayakan kesihatan mereka?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!