Ajar anak cara mencuci tangan dengan betul guna gambar rajah ini

lead image

Mencuci tangan mengikut cara yang betul adalah cara terbaik dan paling mudah untuk mencegah penyakit dan kuman dari merebak! Lebih-lebih bagi pada anak yang sudah masuk sekolah.

Ajar anak cara betul mencuci tangan untuk elak jangkitan kuman

Semua doktor akan mengesyorkan ibu bapa mengajar anak cara betul mencuci tangan untuk mengelak penyakit dan kuman dari merebak. 

Kanak-kanak sekolah rendah mungkin lebih tahu tentang kepentingan kebersihan diri serta cara betul mencuci tangan.

Sebenarnya, ibu bapa patut menanam tabiat menjaga kebersihan diri sejak kecil lagi. Ini kerana, kanak-kanak prasekolah lebih berisiko untuk terdedah kepada penyakit yang senang merebak seperti HFMDkayap serta penyakit lain yang berbahaya

cara betul mencuci tangan

Kredit: Popsugar

Cara paling senang untuk mengelak benda ini dari berlaku ialah mengajar kanak-kanak cara betul untuk mencuci tangan.

Tapi apakah cara berkesan untuk mengajar kanak-kanak yang tiada fokus atau perhatian yang panjang?

Jawapannya adalah dengan menggunakan gambar rajah yang ada langkah-langkah senang dan sesuai untuk kanak-kanak pada semua peringkat umur.

Gambar rajah cara betul mencuci tangan

Ajar anak cara mencuci tangan dengan betul guna gambar rajah ini

Langkah-langkah dan cara betul mencuci tangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Jika ibu bapa rasa langkah-langkah di atas terlalu rumit dan panjang, anda juga boleh ikut 7 langkah asas yang lebih pendek dari Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di bawah ini:

cara betul mencuci tangan

Langkah-langkah cara betul mencuci tangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
  2. Gosok tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
  4. Gosok kuku pada tapak tangan
  5. Gosok belakang tangan
  6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
  7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.

Peringatan penting:

Ajar anak cara betul mencuci tangan, dan tentang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ajar anak cara betul mencuci tangan, dan tentang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ajar anak walaupun tangan mereka tidak nampak kotor, ini tidak semestinya tangan mereka bersih. Ajar anak cara betul mencuci tangan dan tentang kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Oleh itu basuhlah tangan mengikut cara yang betul iaitu dengan air dan sabun:

  • Sebelum dan selepas memegang makanan
  • Selepas menggunakan tandas
  • Selepas menghembus hingus
  • Jika tersentuk bahan yang beracun dan merbahaya

Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.

 

 

 

 

 

Sumber: MyHealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner