X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Bijak Menguruskan Napkin - Inspirasi Dari Kisah Dosa Pampers Anak

4 min bacaan
Cara Bijak Menguruskan Napkin - Inspirasi Dari Kisah Dosa Pampers AnakCara Bijak Menguruskan Napkin - Inspirasi Dari Kisah Dosa Pampers Anak

Ambil inspirasi daripada kisah yang viral di FB iaitu Dosa Pampers Anak dan jom belajar cara bijak menguruskan napkin anak anda yang telah dipakai dan berbau. Anda selesa dan orang lain pun suka!

Tular di laman FB beberapa hari kebelakangan ini tentang satu posting yang ditulis oleh Pn Fizah Rosli. Dia menceritakan tentang insiden pampers anak yang berlaku kepadanya ketika pulang ke kampung. Anda tahu tak apa cara bijak menguruskan napkin anak?

Kisah Viral di FB – Dosa Pampers Anak

Pn Fizah menyatakan bahawa telah menjadi habit mereka sekeluarga – adik beradik dan ipar duai – untuk mengumpulkan semua napkin pakai buang anak masing-masing di satu tempat di rumah ibu bapa di kampung.

Namun, ada juga hari-hari tertentu di mana mereka lupa untuk membuang dan mencuci semula tempat tersebut.

cara bijak menguruskan napkin

Source: FB Puan Fizah Rosli

Akibatnya, dia dan ahli keluarga yang lain telah menerima mesej azimat daripada ayah di kampung yang menegur tentang kesilapan tersebut. Antara katanya adalah:

“Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika itu, antara sifat emak yang anak-anak kena tahu, emak tak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.”

Semenjak dari peringatan berharga itu, Pn Fizah menyatakan yang beliau dan ipar duai tidak lagi pernah meninggalkan pampers terpakai di kampung tanpa membuangnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sememangnya, kisah benar yang diceritakan ini memang menyentuh hati atau boleh membuatkan siapa sahaja terasa. Ia terbukti apabila post FB berikut telah di’like’ oleh lebih 22,000 orang dan dikongsikan sebanyak 30,000 kali setakat ini!

Cara Bijak Menguruskan Napkin Pakai Buang Anak

Jadi, jika anda ingin membuat perubahan bermula dari hari ini dan tidak mahu lagi menyusahkan ibu ayah di kampung, kami akan kongsikan dengan anda beberapa cara bijak (dan mudah!) untuk menguruskan napkin terpakai.

Dengan mengikuti cadangan ini setiap kali pulang ke kampung halaman, pasti ibu ayah tidak lagi rasa terbeban untuk mencuci atau membuang pampers bagi pihak anda, serta melayan bau yang kurang menyenangkan itu.

1.    Membeli Tong Sampah Napkin Khas yang Nyah Bau

cara bijak menguruskan napkin

Source: Projectnursery.com

Antara cara bijak menguruskan napkin terpakai adalah, sudah tentu, dengan membuangnya ke dalam tong sampah. Tetapi, tunggu dulu! Jangan buangnya di dalam tong sampah di dapur.

Jika anda berbuat begitu, bau yang ‘semerbak’ itu pasti akan membantutkan hasrat saudara mara anda untuk menjamu selera di dapur.

Sebaliknya, belilah tong sampah napkin khas, atau turut dikenali sebagai diapers pail. Ianya adalah bekas yang kompak dan ringan yang anda boleh bawa ke mana sahaja. Di mana mahu membelinya? Mungkin anda boleh cari di kedai bayi atau beli secara online di Lazada.

Penutup tong khas ini ketat dan mampu menyah atau mengelakkan bau busuk dari menyerap keluar dari tong. Bawanya ke kampung, letakkan napkin terpakai di situ buat sementara waktu, dan buang ke tong sampah awam sebelum pulang ke rumah masing-masing – ianya bersih dan tidak berbau!

2.    Balut dengan Ketat & Masukkan Ke Dalam Plastik Sebelum Ke Tong Sampah

Katakanlah anda belum mampu untuk membeli tong sampah napkin khas, apa yang anda boleh buat adalah seperti berikut: selepas menggunakan napkin, pastikan anda buang dahulu sedikit najis yang berlebihan.

Selepas itu, balut napkin tersebut dan ikatkan ia dengan ketat. Anda boleh menggunakan pelekat yang sedia ada pada napkin untuk mengemaskan balutan.

cara bijak menguruskan napkin

Source: Theparentadvisor.com

Tetapi, jangan terus dibuang ke dalam tong sampah! Jika dibiarkan terbuka begitu, baunya masih boleh keluar ke persekitaran.

Masukkan balutan napkin itu ke dalam plastik terlebih dahulu. Ikat dan barulah buang ke dalam tong sampah biasa.

Memang nampak renyah, namun begitulah yang sebaiknya. Bersih dan kemas tanpa bau!

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Kalau anda ingin belajar dengan lebih dekat lagi tentang cara menguruskan napkin pakai buang anak, jom tonton video dari WebMD ini. Ia menunjukkan cara bijak menguruskan napkin terpakai.

Jika anda seorang ibu yang berpengalaman dan tahu cara lain yang anda gunakan bagi membuang napkin anak, kongsikannya dengan kami dengan menulis di ruang komen. Pasti ibu-ibu lain juga ingin tahu caranya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Cara Bijak Menguruskan Napkin - Inspirasi Dari Kisah Dosa Pampers Anak
Kongsikan:
  • 20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

    20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

  • Cara mengetahui sama ada anak kita akan bijak matematik atau tidak

    Cara mengetahui sama ada anak kita akan bijak matematik atau tidak

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • 20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

    20 cara untuk membuatkan anak anda bijak IQ dan EQ sejak dalam kandungan

  • Cara mengetahui sama ada anak kita akan bijak matematik atau tidak

    Cara mengetahui sama ada anak kita akan bijak matematik atau tidak

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.