11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

lead image

Minyak kelapa dara antara minyak yang terbaik dan bermanfaat untuk semua lapisan umur. Mari kita lihat bersama cara-cara membuatnya

Sekarang ini rata-rata orang menyebut tentang kebaikan minyak kelapa dara yang mempunyai banyak khasiat untuk semua lapisan umur.

Sebab itu, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi cara buat minyak kelapa dara (VCO) dengan beberapa langkah mudah mengikut panduan bergambar. 

Cara buat minyak kelapa dara ini saya melihatnya dari Facebook Kami Kongsi. Lebih menarik lagi cara buat minyak kelapa dara ini hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa penggunaan sebarang bahan kimia!

Wah, ini memang sesuatu yang cukup bagus untuk dikongsi bersama anda semua! 

Cara buat minyak kelapa dara: Bahan-bahan yang digunakan 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 1.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

Cara buat minyak kelapa dara ini haruslah dimula dengan menggunakan corong dan masukkan beberapa bebola kapas ke dalamnya (LIHAT GAMBAR)

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 2.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

Guna kain lembut atau tuala dapur. Paling tidak dapatkan yang baru dan bersih. Tetapi, jangan guna tisu tandas. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 3.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

Senduk atau sudu besar 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 4.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

Bahan utama menggunakan 1.5 kg santan kelapa asli. Anda juga boleh menggunakan santan lebih jika mahu. 

Cara-cara buat minyak kelapa dara ikut panduan bergambar ini 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 5.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 1. Masukkan santan ke dalam bekas yang disediakan. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 6.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 2. Biarkan ia semalaman di dalam bekas tersebut selama 24 jam. Kemudian letakkan di tempat yang panas.

Contohnya berdekatan dengan ketuhar, dalam almari atau bonet kereta ketika cuaca panas. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 7.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 3 : Selepas 24 jam anda akan lihat santan tersebut berbuih hasil penapaian 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 8.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 4. Namun, anda jangan panik dengan berfikir santan itu busuk atau basi.

Santan itu masih elok dan kita akan dapat lihat beberapa aktiviti microbing yang terjadi pada santan tersebut. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 9.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#5. Kemudian letakkan santan tersebut dalam peti sejuk. Biarkan selama tiga hingga empat hari (pembekuan pertama) 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 10.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 6. Keluarkan santan tadi dan biarkan ia cair sepenuhnya (mengambil masa untuk beberapa jam).

Dalam proses tersebut, kita akan dapat melihat pemisahan 3 item iaitu minyak kelapa dara, sisa pepejal dan cecair buangan. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 11.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 7. Selepas itu, masukkan sekali lagi santan tersebut ke dalam peti sejuk selama dua jam. (Pembekuan kedua). Perbezaan antara pembekuan pertama dan kedua adalah Pertama empat hari dan kedua hanya dua jam sahaja. 

Hal ini kerana untuk pembekuan pertama bertujuan membekukan semua tiga bahagian. Manakala pembekuan kedua pula, hanya ingin keraskan VCO dan sisa pepejal. 

Kita hanya hilangkan sisa cecair bagi menghasilkan VCO. Namun, anda jangan keliru, ini proses yang cukup mudah. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 12.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 8. Kemudian, keluarkan santan tadi dan buangkan cecair. Namun ia masih boleh bermanfaat pada beberapa hasil tanaman yang lain.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 13.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 9: Ya lihat hasil minyak kelapa dara anda sudah kelihatan! Kemudian letakkan bakinya di dalam mangkuk. Biarkan santan tadi cair sepenuhnya. Mungkin mengambil masa beberapa jam lagi. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 14 1.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 10: Ambil sudu atau senduk dan ayak. Apa jadi pada baki hampir pepejal itu? Ia sebenarnya mengandungi sejumlah besar mikrob aktif. 

 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 15.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

#Langkah 11. Akhir sekali, tapiskan dan minyak akan menitis perlahan-lahan ke dalam balang melalui kain tuala.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/minyak kelapa 16.jpg 11 langkah mudah untuk buat minyak kelapa dara, anda WAJIB cuba!

Minyak kelapa dara siap untuk digunakan! Selamat mencuba dan kongsikan di laman sosial anda. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Keluarga till jannah 

Baca juga

5 kebaikan minyak kelapa dara untuk bayi yang anda tak sedar