Cara cepat bersalin dengan membrane sweep untuk ibu hamil overdue

Cara cepat bersalin dengan membrane sweep untuk ibu hamil overdue

Membrane sweep adalah salah satu cara cepat bersalin terutamanya untuk ibu hamil yang sudah melepasi tarikh bersalin atau overdue. Ketahui tentang risiko prosedur ini.

Petua cepat bersalin atau cara cepat bersalin

Setiap ibu di minggu terakhir kehamilan, pasti sudah tak sabar untuk bersalin dan akan mencari tips cara cepat bersalin di merata tempat. Nak tahu cara cepat bersalin bukan hanya sebab keselesaan ibu hamil tapi juga kerana bayi yang overdue berisiko untuk mati dalam kandungan.

Doktor kurang pasti sebab mengapa ini berlaku. Namun, mereka mendapati plasenta ibu seolah-olah kurang berfungsi apabila kehamilan melepasi tarikh bersalin.

Sebenarnya, ibu hamil tidak perlu bimbang jika anak hanya lambat keluar beberapa hari saja. Tapi jika kehamilan itu berlanjutan sehingga 10-12 hari, risiko bayi untuk mati dalam kandungan akan bertambah hari demi hari. 

Membrane sweep - cara cepat bersalin

cara cepat bersalin

Jika tarikh bersalin sudah lepas, doktor akan mengira semula tarikh bersalin, membuat pemeriksaan serviks atau menyarankan prosedur membrane sweep. Prosedur ini adalah cara cepat bersalin semulajadi untuk mempercepatkan pembukaan serviks tanpa menggunakan ubat.

Ia juga dilakukan sebagai langkah terakhir sebelum ibu hamil perlu melakukan induksi bersalin.

Membrane sweep biasanya dilakukan semasa temujanji anda dengan doktor. Prosedur ini tidak mengambil masa yang lama. Ia hampir sama seperti pemeriksaan faraj, di mana jari akan dimasukkan ke dalam serviks ibu hamil.

Jari itu akan digerakkan dalam bentuk pusingan perlahan-lahan untuk cuba memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Jika dilakukan dengan betul, ini akan merangsang badan untuk mengeluarkan hormon prostaglandin yang akan memulakan proses kelahiran.

Cara ini juga mempunyai peluang sebanyak 50% untuk mencetuskan rasa ingin bersalin dalam masa 24 jam.

Stretch dan sweep - prosedur dan petua untuk cepat bersalin

Kadang-kadang prosedur ini akan diberi nama lain iaitu stretch and sweep, di mana serviks ibu masih tertutup dan jari doktor tidak dapat memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.

Doktor akan cuba meregang atau mengurut serviks ibu hamil untuk merangsang pematangan serviks. Sekiranya serviks ibu hamil semakin lembut dan terbuka, barulah membrane sweep boleh dilakukan semasa temujanji seterusnya.

Tapi kalau membrane sweep masih tidak berjaya, anda mungkin perlu bincangkan tarikh induce dengan doktor. 

Kesan sampingan cara cepat bersalin membrane sweep

cara cepat bersalin

  • Pendarahan ringan (darah yang kelihatan coklat)
  • Kekejangan seperti sakit datang haid.
  • Rasa tidak selesa semasa prosedur.
  • Kontraksi yang tidak teratur.

Kebanyakkan ibu hamil buat pertama kali mungkin lebih cenderung untuk melakukan prosedur ini disebabkan serviks yang tidak senang terbuka. Tapi ini masih bergantung kepada keadaan serviks ibu hamil dan jika membrane sweep sesuai dilakukan.

Walaupun ramai laman web lain berkata membrane sweep ini boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri atau di rumah, prosedur ini boleh mendatangkan risiko jangkitan.

Apa sahaja yang dimasukkan ke dalam faraj boleh membawa bakteria yang akan masuk ke rahim dan seterusnya ke membran yang melindungi bayi anda.

Jangkitan boleh melemahkan membran itu dan menyebabkan ia pecah lebih awal. Apabila membran itu pecah, bayi anda juga akan terdedah kepada jangkitan bakteria dan ini boleh menimbulkan komplikasi yang tidak diingini. 

 

 

Sumber: Tommys, Babycentre

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/4-perkara-bersalin-lambat/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner