7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan - ini bukan mitos, ya!

lead image

Jika anda dan pasangan ingin tahu cara cepat hamil dan tips cepat mengandung, cuba amalkan 7 cara yang terbukti berkesan ini. Mudah-mudahan anda berjaya.

7 cara cepat hamil yang terbukti berkesan

Wahai suami isteri sekalian, anda pasti sudah mendengar dan membaca pelbagai tips atau cara cepat hamil yang dikongsikan ramai orang. Tapi, adakah tips itu benar-benar berkesan?

Kali ini, kami di theAsianparent telah menyenaraikan beberapa cara cepat hamil yang terbukti berkesan melalui kajian perubatan. Kelak anda tidak perlulah percaya lagi dengan mitos-mitos yang tak terbukti berkesan pun.

Jom cuba 7 cara cepat hamil ini:

Cara cepat hamil #1: Jaga berat badan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/body mass index chart k.jpg 7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan   ini bukan mitos, ya!

Berat badan yang terlalu kurang atau berlebihan mampu mempengaruhi proses kesuburan. Jadi, salah satu cara cepat hamil yang terbukti berkesan adalah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

Macam mana nak tahu berat badan yang ideal? Gunakan jadual BMI (body mass index) untuk mengira berat badan ideal anda.

Jika BMI anda berlebihan atau kurang, dapatkan nasihat doktor pakar untuk proses diet yang sesuai.

Cara cepat hamil #2: Hindari stress

Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2010 mendapati ada kaitan antara stress yang dialami oleh pasangan yang cuba ingin hamil dengan tahap kesuburan.

Untuk cara cepat hamil, anda dan pasangan digalakkan menghidari stress. Lakukan lebih banyak kegiatan yang merelakskan seperti mendengar muzik, yoga, meditasi dan sebagainya.

Cara cepat hamil #3: Jangan minum terlalu banyak kafein

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/shutterstock 119845843.jpgh341w600.jpg 7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan   ini bukan mitos, ya!

Walaupun masih belum ada kajian terhadap manusia yang ingin mengaitkan pengaruh kafein terhadap paras kesuburan, namun tahukah anda kafein ini tidak bagus untuk badan?

Terdapat individu yang maut gara-gara terlebih minum kopi! Sebenarnya, jika anda minum lebih dari 3 cawan kopi setiap hari, kandungan kafein dalamnya bersamaan dengan 25 batang rokok!

Jadi untuk lebih cepat mengandung, hadkan pengambilan kafein, ya?

Cara cepat hamil #4: Jangan merokok

Penelitian membuktikan yang merokok mampu mempengaruhi kesuburan wanita mahupun lelaki. Bagi wanita, merokok mempengaruhi ovum dan jumlah sel telur.

Bagi lelaki pula, merokok mengurangkan kualiti sperma.

Cara cepat hamil #5: Makan lebih banyak asid folik

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/folic acid collage.jpg 7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan   ini bukan mitos, ya!

Untuk menyediakan rahim, wanita digalakkan memakan lebih banyak asid folik. Zat ini biasanya terdapat dalam vitamin prenatal. Namun, ia juga amat diperlukan jika wanita ingin cuba mengandung.

Asid folik turut terdapat dalam jagung, gandum, brokoli, kacang, jeruk, jambu dan alpukat. 

Cara cepat hamil #6: Jangan bersenam secara berlebihan

Mungkin anda tidak percaya dengan tips cepat hamil ini. Bersenam memang ada banyak kebaikan, namun jika anda melakukannya secara berlebihan, ia membuatkan tubuh lebih cepat lemah dan kesuburan terjejas.

Dr James Goldfarb, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland AS mengatakan olahraga berlebihan mengurangkan terjadinya ovulasi.

Namun, had “banyak” dalam bersenang berbeza bagi setiap individu.

Cara cepat hamil #7: Kira kitaran haid anda

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/shutterstock 49646008.jpg 7 tips dan cara cepat hamil yang terbukti berkesan   ini bukan mitos, ya!

Tujuan untuk mengira kitaran haid anda adalah untuk mengetahui bila waktu anda subur.

Pasangan digalakkan berhubungan intim 2 hari sebelum ovulasi (waktu subur) dan ketika subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Untuk lebih mudah, wanita boleh memuatturun aplikasi mengira kitaran haid dalam smartphone anda.

Semoga tips dan 7 cara cepat hamil ini membantu anda dan pasangan menimang cahaya mata. Selamat mencuba dan selamat berjaya, pasangan suami isteri semua!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: conceptionkit.com

Baca juga:

Berapa Kerap Anda Perlu “Bersama” Untuk Cepat Hamil?

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!