Kontraksi berjam-jam, tapi bukaan perlahan? Ini 14 cara lancarkan proses bersalin

Berikut merupakan beberapa cara cepatkan bersalin yang diakui para ibu. Cubalah salah satu, mana tahu sesuai dan mempermudahkan urusan bersalin anda.

Amaran: Cara cepatkan bersalin yang dikongsi di bawah ini mungkin tidak sesuai untuk semua ibu hamil, jadi sebelum mencuba sesuatu, dapatkan dahulu nasihat daripada yang lebih pakar.

Perasaan bimbang memang tak akan dapat lari dalam hati seorang ibu yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Kemudian, muncul pula perkongsian tips daripada rakan-rakan tentang cara cepatkan bersalin ini.

“Eh kau kalau nak cepat bersalin, kena buat hubungan seks ataupun banyakkan berjalan barulah cepat bukaan kat bawah itu”.

Memandangkan banyak sangat cara cepatkan bersalin ini, hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan senaraikan beberapa kaedah yang pernah dilakukan oleh ibu yang berpengalaman.

Pilih yang mana anda rasa sesuai dan tak membahayakan ibu dan kandungan.

14 cara cepatkan bersalin, jom ibu kita cuba!

1 – Merangsang puting payudara

cara cepatkan bersalin, tips cepatkan bersalin, cara mempercepatkan bukaan rahim, tips mempercepatkan kelahiran, tips mudahkan bersalin, tips cepatkan bukaan pintu rahim, langkah cepatkan kelahiran, langkah cepatkan bersalin, kaedah mempercepatkan proses kelahiran, bersalin, kelahiran bayi

Kalau nak tahu, salah satu cara cepatkan bersalin yang amat berkesan juga adalah merangsang puting payudara kerana ia mengecutkan rahim sekaligus mempercepatkan bayi untuk keluar.

Bahkan, ramai jururawat yang akui keberkesanan cara ini.

2 – Buat hubungan seks

Ramai orang kata, melakukan hubungan seks membantu mempercepatkan proses bersalin. Betul ke? Ya, betul!

Tapi ia seharusnya dilakukan dalam keadaan yang lembut dan sederhana kerana jika tidak tahan, akan berlaku kekejangan dan pengeluaran darah spotting.

3 – Ambil makanan pedas

Sebilangan wanita mengatakan makanan pedas boleh mempercepatkan proses bersalin. Tapi mungkin ia tidak sesuai untuk wanita yang lain. Tapi tak salah kalau nak cuba kan?

4 – Makan buah nanas segar

cara cepatkan bersalin, tips cepatkan bersalin, cara mempercepatkan bukaan rahim, tips mempercepatkan kelahiran, tips mudahkan bersalin, tips cepatkan bukaan pintu rahim, langkah cepatkan kelahiran, langkah cepatkan bersalin, kaedah mempercepatkan proses kelahiran, bersalin, kelahiran bayi

Kredit: Tribunnews

Ada juga sebilangan wanita mengamalkan makan buah nanas apabila tibanya due date. Namun, belum ada kajian yang menyatakan perkara tersebut betul-betul merupakan cara cepatkan bersalin.

Namun harus diingatkan, jika anda mempunyai rahim lemah ketika di awal kehamilan, anda dilarang untuk makan nanas kerana boleh menyebabkan keguguran.

5 – Minum teh cumin

Benarkah minum cumin tea boleh mempercepatkan bersalin? Ada orang kata nak lagi berkesan tambah kayu manis, jintan dan madu.

Ha…bila sudah minum anda akan rasa sakit nak beranak. Boleh cuba dulu ini mana tahu bayi keluar dengan cepat tanpa perlu induce.

6 – Tekanan

Cara cepatkan bersalin juga adalah melalui tekanan. Tak kira tekanan di rumah, tekanan dengan suami, tempat kerja atau lain-lain.

Apa saja yang berkaitan dengan tekanan akan mempercepatkan proses bersalin. Anda pernah tak cuba? Betul ke boleh membantu ibu hamil bersalin dengan lebih cepat?

7 – Mandian hangat

cara cepatkan bersalin, tips cepatkan bersalin, cara mempercepatkan bukaan rahim, tips mempercepatkan kelahiran, tips mudahkan bersalin, tips cepatkan bukaan pintu rahim, langkah cepatkan kelahiran, langkah cepatkan bersalin, kaedah mempercepatkan proses kelahiran, bersalin, kelahiran bayi

Untuk cara cepatkan bersalin seterusnya, ada wanita yang mengakui mandian hangat dapat membantu percepatkan proses bersalin. Lagi seronok mandi air hangat kerana tubuh pun rasa lebih segar dan nyaman. 

Boleh lah cuba ini mana tahu berkesan!

8 – Banyakkan berjalan

Nah, ini merupakan tips yang biasa orang buat. Malah ia diakui sendiri oleh para doktor. Tapi biasanya, ia akan diamalkan ketika due date hampir dekat.

Namun begitu kalau masih belum sampai due date janganlah terlampau banyak sangat berjalan. Nanti tubuh akan cepat penat dan membuatkan badan kurang bertenaga untuk bersalin.

9 – Melantunkan bola yoga

Dalam beberapa hari sebelum due date, anda boleh bermain bola yoga dengan melantun-lantunkannya.

Mungkin pada ketika itu anda akan merasakan berlakunya beberapa kontraksi. Jika ada, barangkali anda sudah hampir nak bersalin!

10 – Makan telur

cara cepatkan bersalin, tips cepatkan bersalin, cara mempercepatkan bukaan rahim, tips mempercepatkan kelahiran, tips mudahkan bersalin, tips cepatkan bukaan pintu rahim, langkah cepatkan kelahiran, langkah cepatkan bersalin, kaedah mempercepatkan proses kelahiran, bersalin, kelahiran bayi

Ada sebilangan wanita yang berpengalaman melahirkan bayi mengatakan makan telur sebelum due date dapat membantu melancarkan proses bersalin.

Anda bolehlah mencubanya dengan hidangan dua biji telur setiap hari dan lihat sama ada ia berkesan atau sebaliknya.

Tapi awas ya, jika boleh elakkan telur kurang masak kerana tak bagus untuk bayi dalam kandungan. Telur rebus paling disyorkan. 

11 – Minum teh daun raspberry

Bagi ibu hamil anda harus ada dan simpan paket minuman teh daun raspberry ini kerana ia diakui membantu percepatkan bersalin terutama bagi anda yang agak perlahan bukaan pintu rahimnya.

12 – Main buaian

Ha…biar betul main buaian pun boleh cepatkan bukaan? Ya, betul!

Ada wanita yang dekat nak bersalin bermain buaian. Duk tak duk malamnya bersalin terus. Tapi kalau rasa diri gagah nak main buaian tak salah untuk mencubanya!

13 – Stripping membrane  

Melepaskan ketuban dari dinding segmen bawah rahim secara menyeluruh dengan jari tangan. Tapi tak semua orang berjaya rasai kontraksi dengan cara ini dan bukaan pun kadang-kadang tetap lambat.

14 – Senaman otot tangan dan lutut

Cara  cepatkan bersalin yang seterusya adalah berlutut dengan menahan tangan di atas lantai. Ia sama seperti anda sedang mencuci lantai yang kotor. Tak lama selepas itu, pasti anda akan rasai kontraksi.

Diingatkan, buat aktiviti ini ketika hampir-hampir pada due date kerana ia akan menyebabkan ibu hamil lenguh di bahagian pinggang. 

Kesimpulannya, lihat mana yang sesuai dengan anda bagi membantu mempercepatkan proses bersalin.

Namun bagi anda yang bersalin pada due date dan menghidap kencing manis atau darah tinggi doktor tidak akan membenarkan tambahan hari kerana dibimbangi berlakunya komplikasi terhadap bayi dalam kandungan.

Mungkin doktor akan memberi induce terlebih dahulu atau terus membuat keputusan untuk melakukan pembedahan czer.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Cara cepat bersalin dengan membrane sweep untuk ibu hamil overdue

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!