8 tips cepatkan bukaan rahim untuk memudahkan proses bersalin

Ini 8 cara cepatkan bukaan rahim untuk bakal-bakal ibu. Tips ini boleh digunakan untuk ibu-ibu yang pertama kali bersalin atau yang pernah bersalin.

Siapa yang tak nak melalui proses bersalin yang mudah dan cepat, bukan? Kalau boleh kita mahu tahu cara cepatkan bukaan rahim supaya kita boleh terus masuk ke bilik bersalin.

Selalunya doktor hanya akan masukkan kita ke dalam bilik bersalin bila bukaan rahim mencapai 6cm. Tapi apa cara cepatkan bukaan rahim ini? Ha… jangan risau. Hari ini kami bawakan 8 tips khas cara cepatkan bukaan rahim untuk anda.

Jom baca tips di bawah.

Apa tanda-tanda nak bersalin?

Bidan dan doktor berkata yang tanda bersalin bermula apabila:

  • Anda mengalami sakit kontraksi yang konsisten
  • Rahim anda terbuka sedikit demi sedikit dari 4cm.

Ini adalah tanda-tanda anda berada dalam fasa tahap pertama bersalin.

Berapa jangka masa normal untuk bersalin?

cara cepatkan bukaan rahim, cepat bersalin, cepatkan bukaan rahim, tips mudah bersalin

Secara purata, tahap pertama bersalin untuk anak pertama biasanya selama 8 jam, tapi ia boleh jadi lebih cepat atau lama. Anak pertama selalunya mengambil masa tapi sangat jarang untuk tahap pertama menjadi lebih lama dari 18 jam.

Jika ini bukan anak anda yang pertama, anda mungkin mengalami proses bersalin lebih cepat dari anak pertama. Fasa meneran (tahap kedua bersalin) selalunya tidak lebih dari 3 jam atau 2 jam jika anda pernah bersalin.

Tapi anda perlu tahu yang proses bersalin cepat tidak semestinya baik untuk anda atau anak anda. Kelahiran yang terlalu cepat boleh mencabar fizikal dan mental anda.

Manakala, proses bersalin yang lambat boleh membuatkan anda dan bayi penat.

Apa yang dikira sebagai proses bersalin lambat?

Jika bukaan rahim anda tidak terbuka sekurang-kurangnya 0.5 cm dalam masa 1 jam dan lebih 4 jam, mempercepatkan kelahiran mungkin diperlukan. Bidan akan berbincang dengan anda atau doktor sama ada kelahiran anda perlu dicepatkan atau tidak.

Mengapa proses bersalin anda lambat?

Beberapa kelahiran, lambat tanpa sebab yang muhasabah. Namun, anda mungkin mengalami proses bersalin lambat jika:

  • Anda penat atau kurang air
  • Posisi bayi anda tidak ideal
  • Anda rasa takut atau cemas dan perasaan ini mengganggu anda melepaskan hormon bersalin
  • Sakit kontraksi anda tidak begitu kuat atau kekal sama
  • Anda mempunyai tulang pinggul yang panjang dan sempit membuatkan bayi anda memilih posisi terbalik
  • Anda mengambil bantuan kelahiran yang melambatkan kontraksi anda. Seperti mengambil epidural.

Bukaan 5cm yang pertama selalunya mengambil masa yang lama dari 5cm yang kedua. Bukaan rahim menjadi lebih cepat apabila kontraksi semakin kuat.

8 cara cepatkan bukaan rahim

cara cepatkan bukaan rahim, cepat bersalin, cepatkan bukaan rahim, tips mudah bersalin

1 – Memecahkan ketuban

Bidan anda mungkin mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan kelahiran. Ini selalunya tidak disarankan pada peringkat awal kelahiran kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika anda tidak bersalin serta-merta.

Walaubagaimanapun, memecahkan ketuban boleh mempercepatkan proses bersalin kurang 1 jam. Selepas pecahkan ketuban, doktor akan periksa jantung bayi dan periksa sama ada proses tersebut mengganggunya.

Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban pecah dan anda perlu bersedia untuk bertenang dan bernafas.

2 – Titisan hormon

Jika bergerak banyak dan memecahkan ketuban tidak mempercepatkan proses bersalin, doktor akan sarankan anda mengambil titisan hormon untuk membuatkan kontraksi anda lebih efektif.

Jika anda mengambil titisan hormon, bidan perlu memeriksa jantung bayi dengan lebih kerap kerana titisan ini boleh merangsang rahim. Anda akan mendapat kontraksi yang lebih kerap dan kuat yang mungkin akan memberi tekanan kepada anak anda.

Oleh itu selalunya, doktor akan sarankan anda untuk mengambil epidural sebelum memberi titisan hormon.

Cara cepatkan bukaan rahim dengan sendiri

Jika doktor atau bidan bertanya sama ada anda mahu mempercepatkan proses bersalin, ambil masa untuk memberi keputusan.

Jika bayi anda tidak apa-apa dan bukaan rahim anda terbuka perlahan-lahan, adalah lebih baik untuk anda biarkan sahaja.

Jika anda penat dan mahukan bayi anda lahir cepat, anda boleh cuba beberapa cara cepatkan bukaan rahim secara semulajadi:

  • Jika anda sedang baring di katil, anda patut bangun dan bergerak. Ini akan menguatkan kontraksi tapi pada masa yang sama membantu anda untuk bertahan.
  • Pergi ke tandas. Pundi kencing yang penuh boleh menghalang anak untuk keluar.
  • Mandi air hangat atau rendamkan diri dalam air. Ini boleh mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan anda dari meminta epidural.
  • Jika bayi anda songsang, bidan mungkin menyuruh anda untuk baring mengiring atau melutut. Ia boleh membantu bayi anda untuk berpusing ke posisi yang lebih baik.
  • Ambil masa untuk berdua dengan pasangan anda. Kurangkan pencahayaan dan berpeluk sambil pasangan anda mengurut payudara atau puting anda. Ini boleh membantu tubuh anda mengeluarkan oxytocin, hormon yang menguatkan kontraksi.
  • Melakukan hubungan seks juga dapat membantu memudahkan proses bersalin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: BabyCentre UK

Baca juga:

9 rahsia bagaimana melahirkan bayi kurang dari 2 minit seperti ibu ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!