''Terus Aisyah Enggan Menyusu,''- Ibu Kongsi Cara Cerai Susu Badan Tanpa Paksa Anak

''Terus Aisyah Enggan Menyusu,''- Ibu Kongsi Cara Cerai Susu Badan Tanpa Paksa Anak

Cara cerai susu badan memerlukan kesabaran yang tinggi. Ibu-ibu mungkin terpaksa try and error pelbagai teknik dalam memujuk si manja agar berhenti menyusu

Proses bercerai susu bukanlah situasi yang biasa kerana ia melibatkan emosi dan dalam masa sama memerlukan persediaan mental ibu, anak dan ayah. Tahukah anda sebenarnya ada cara cerai susu yang mudah dan lebih berkesan?

Saat paling indah apabila bergelar ibu adalah dapat menyusukan anak sehingga usianya 2 tahun. Namun apabila tibanya waktu untuk bercerai susu, hati ibu pasti sedih kerana terpaksa berdepan pelbagai drama air mata.

Ibu kongsi cara cerai susu dengan mudah

Begitu juga pengalaman yang dilalui oleh Puan Eyqa apabila dia sempat berkongsi bagaimana cara cerai susu dengan berkesan. Meskipun dirinya dilanda rasa sedih, atas nasihat doktor maka tamatlah perjalanan penyusuan selama 2 tahun 4 bulan.

berhenti menyusu

credit to sources

Alhamdulillah, syukur. Dengan ini maka berakhirlah perjalanan penyusuan ibu dan Aisyah selama 2 tahun 4 bulan.

Sebenarnya ketika dia dalam perut lagi memang niat nak fully breastfeeding sampai umur 2 tahun jika ada rezeki, tapi Allah kasi lebih sampai 4 bulan. Itu pun atas nasihat doktor, kalau tidak mungkin boleh sampai usia 3 tahun.

Bonding anak dengan mak yang breastfeeding ini memang susah sangat nak leraikan, rasa macam nak nangis bila terpaksa kena wean off Aisyah. Tapi ibu kena kuat juga sebab Aisyah sekarang sudah besar.

Hari pertama wean off, ibu cuba cakap-cakap dengan dia tetapi tidak berkesan. Ibu plan tak nak paksa dia untuk berhenti. Kemudian ibu ada letak minyak cap kapak, dia berhenti sekejap je.

Kemudian dia telah juga walaupun rasa berangin. Dah sapu EO YL pun masih tidak berjaya sebab ada satu EO ni paling dia benci sangat, tapi tetap juga tidak berjaya.

Cara cerai susu badan menggunakan video bacaan al-quran

Sampailah satu hari ibu gigih baca tips nak wean off cara yang mudah iaitu main psikologi dia. 

Cuma pasangkan video tu berserta alunan bacaan Al-Quran sebagai background video dan ada lah cakap sikit-sikit dekat dia. Terus malam tu juga Aisyah tidak mahu menyusu.

Bila dia ada minta susu, kita bagi video tu balik terus dia geleng kepala. Masa tu dah rasa sebak. Kenapa senang sangat nak wean off kalau tahu macam ini dari dulu dah buat.

Ingatkan sehari dua je dia tengok terus tak minta. Tapi Alhamdulillah walaupun tak tengok video tu, dia memang tak minta langsung. Selera makan Aisyah pun makin naik, syukur Alhamdulillah.

Sejak Aisyah 1 tahun, dia tidak minum susu dalam botol dan tak suka susu formula. Jadi ibu hanya menyusu badan je dengan dia.

Sudah tiada jadual pam susu kat ofis sejak dia usia setahun lebih. Masa tu pun ragu-ragu ada ke tak susu ni, tapi dia elok je tak lapar selepas menyusu.

Ibu hanya bagi Aisyah fresh milk/ UHT dengan susu ibu je. Ramai orang tanya anak kecik okay ke minum fresh milk berbanding susu formula yang kita tengok iklan dekat televisyen.

Ketahuilah bahawa saya sudah jumpa doktor dan sudah dapatkan nasihatnya.

Sepanjang 2 tahun 4 bulan inilah terpaksa banyak berkorban waktu tidur sebab banyak mengiring, perut sentiasa lapar dan susah nak kurus. Memang kenangan yang takkan dilupakan!

Cara cerai susu- situasi biasa yang ibu bakal tempuhi

cara cerai susu badan

credit to sources

Menurut Pensyarah Kanan dan Perunding Laktasi Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, bercerai susu badan boleh diumpamakan seperti tindakan memisahkan anak dengan ‘sesuatu’ bersama dengannya sejak dari hari pertama kelahiran.

#1. Terjadi dengan sendiri

Cara cerai susu boleh terjadi apabila si kecil sudah tidak lagi mahu menyusu. Bayi berusia 1 tahun ke atas biasanya sudah mendapat nutrien daripada makanan pejal dan boleh minum sendiri guna cawan.

#2. Cerai susu dicetuskan oleh ibu

Ibu boleh mendorong anak dengan kasih sayang, kesabaran, fleksibel dan tanpa paksaan. Cara cerai susu ini dapat mengelakkan si kecil anda protes serta meragam.

#3. Cerai susu secara tiba-tiba

Terus Aisyah Enggan Menyusu,- Ibu Kongsi Cara Cerai Susu Badan Tanpa Paksa Anak

Cara ini boleh terjadi dengan tiba-tiba tanpa dirancang. Biasanya disebabkan oleh kesihatan ibu yang terpaksa mendapat rawatan perubatan dan perubahan hormon.

#4. Cerai susu secara berperingkat

Cerai susu cara ini adalah lebih terancang dan selamat. Ibu boleh menggantikan sesi penyusuan kepada si manja dengan pengambilan makanan berkhasiat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Akar Seruntun Untuk Cerai Badan? Biar Betul! Berkesan Atau Tidak? 

Baca juga: 10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

Baca juga: Sudah masanya anak anda berhenti menyusu badan? Ikuti langkah ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!