5 teknik asmara yang wajib diketahui suami untuk menggoda dan memuaskan isteri

undefined

Dengan 5 teknik dan cara goda isteri yang betul ini, barulah isteri anda akan lebih puas dan tersenyum sampai ke telinga! Suami, jom belajar.

Badan wanita ini berbeza dengan lelaki. Sebab itu, suami harus tahu teknik dan cara goda isteri yang betul, barulah mereka betul-betul puas berasmara

Kalau anda risau isteri tidak puas dan anda tidak tahu bagaimana cara goda isteri, jangan risau. Kami ada beberapa tips asmara yang boleh anda praktikkan. Lepas ini, pasti isteri akan tersenyum sampai ke telinga!

5 tips asmara dan cara goda isteri yang suami wajib cuba

1. Suami, cuba slow-slow. Jangan tergopoh-gopoh sangat!

cara goda isteri, klimaks, nafsu isteri, nafsu wanita, goda wanita

Suami memang cenderung untuk melakukan hubungan intim dengan terburu-buru, kan? Tapi isteri pula memerlukan sentuhan yang lebih lembut. 

Sebenarnya, seorang wanita memerlukan rangsangan lembut atau foreplay selama lebih kurang 20 hingga 30 minit baru mereka akan mampu berasa puas.

Jadi suami, apa kata anda memulakan langkah perlahan-lahan. Mulakan dengan membelai lembut rambut si isteri. Kucup keningnya sambil ucap kata-kata cinta. Inilah foreplay yang setiap isteri ingini!

2. Saling bertanya apa yang disukai pasangan

cara goda isteri, klimaks, nafsu isteri, nafsu wanita, goda wanita

Suami, cara goda isteri yang paling senang adalah dengan melakukan apa yang pasangan anda itu suka. Bagaimana nak tahu apa yang dia suka? Tanya saja!

Salah satu cara untuk buat pasangan rasa istimewa adalah dengan bertanya apa yang digemarinya dan apa yang didambakan pasangan. Isteri juga boleh buat benda yang sama pada suami.

Gunakan saat ini untuk lebih memahami suami/isteri anda. Barulah kebahagian rumah tangga boleh berkekalan.

3. Nikmati rasa geli dari sentuhan pasangan

cara goda isteri, klimaks, nafsu isteri, nafsu wanita, goda wanita

Rasa geli (bukan rasa jijik, ya!) adalah rasa selepas digeletek ataupun disentuh di bahagian yang sensitif.

Ada wanita yang menggemari rasa geli ini, manakala ada juga yang tidak selesa. Tapi jika anda mahu goda isteri anda, tak salah cuba menimbulkan rangsangan sensasi yang berlainan.

Suami boleh “menjelajahi” setiap inci tubuh isteri. Mula dengan mencium telinga, leher, lengan, kaki, punggung, dada malah kaki. 

4. Cara goda isteri yang paling berjaya – CIUMAN!

cara goda isteri, klimaks, nafsu isteri, nafsu wanita, goda wanita

Bibir memang titik G-spot yang sensitif dalam hubungan intim. Sayangnya, banyak pasangan yang tidak memahami “kuasa” ciuman ini. 

Ciuman bukan bermaksud sentuhan di bibir dan teknik permainan lidah saja. Ciuman juga boleh menjadi sesuatu yang tidak terlalu agresif, terburu-buru dan penuh nikmat.

5. Jangan lupa wangi-wangian

Kajian pada tahun 2012 mendedahkan bagaimana wangian mampu menjejaskan hubungan dan kehidupan seksual seseorang individu.

Individu yang mampu mencium wangi-wangian akan memiliki kehidupan seksual yang lebih sihat.

Manakala individu yang memiliki keinginan yang rendah pada wangi-wangian pula akan lebih mudah cemburu, tidak berminat untuk berasmara dan sering bergaduh dalam hubungan. 

Ha… bagaimana? Jangan lupa gunakan 5 langkah ini sebagai cara goda isteri anda ya. Barulah mereka lebih puas dalam berasmara dan anda pun akan gembira.

Isteri, jom diam-diam kongsikan artikel ini dengan pasangan kita. Mungkin lepas ini suami akan lebih faham apa yang kita mahukan 😉

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comseks-oral-tips/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!