7 Cara Power Hamil Bayi Perempuan Secara Semula Jadi, Betulkan Teknik Ini Dulu!
Bila ada anak perempuan, dapatlah kita dandan rambut dia, pakaikan skirt warna pink dan letak headband atas kepala. Tapi sebelum berangan lebih jauh, anda kena hadam 7 tips ini dulu...
Teringinnya nak ada anak perempuan! Nanti bila besar, dia dapatlah tolong di dapur dan kemas rumah. Tapi apakah cara hamil bayi perempuan yang berkesan ya?
Pasti ramai suami isteri di luar sana yang teringin untuk dapat anak perempuan seperti ibu ini. Beliau mengimpikan cahaya mata puteri setelah mempunyai empat orang anak lelaki.
Cara hamil bayi perempuan – Jaga pemakanan anda!
Penyelidikan dari United Kingdom menyatakan ada dua cara hamil bayi perempuan. Pertamanya melalui pemakanan ibu ketika mengandung. Keduanya melalui hubungan seksual suami isteri.
Wanita yang ambil makanan mengandungi kalium, kalsium, vitamin C dan B12 cenderung melahirkan bayi lelaki berbanding perempuan.
Dr. Stoloski menjelaskan, makanan yang perlu dimakan ibu bagi mendapatkan anak perempuan iaitu makanan yang kurang kalium seperti susu, telur, sayuran hijau, buah-buahan kering dan mentega kurang masin.
Selain itu, anda juga perlu elak makanan masin seperti teh, kopi, mentega masin, jus segar, garam, ikan masin, sos ikan dan jus limau. Selain makanan, anda juga dilarang ambil sebarang bentuk ubat-ubatan.
Cara hamil bayi perempuan berdasarkan 3 posisi seks
Posisi seks juga memainkan peranan penting dalam menentukan jantina bayi yang bakal anda lahirkan nanti.
Ini antara 3 cara hamil bayi perempuan melalui posisi seks:
#1. Cara hamil bayi perempuan – Posisi missionary
Ini merupakan cara terbaik bagi mendapatkan bayi perempuan di mana posisi suami tidak terlalu dekat dan bukaan kaki jangan terlalu lebar.
Sebaiknya kaki suami diluruskan dan posisi juga boleh berubah dengan berbaring ke belakang supaya dapat elak keletihan.
#2. Cara hamil bayi perempuan – Posisi sideways
Suami menggunakan posisi belakang isteri. Sekiranya suami besar dan berat, isteri tidak perlu mengangkat kaki dan tubuh hanya perlu sedikit mengiring.
#3. Cara hamil bayi perempuan – Posisi girl on top
Dengan posisi ini, isteri dapat mengawal kedudukan alat kelamin suami, sebabnya jika mengimpikan bayi lelaki ia perlu dimasukkan lebih dalam tapi jika mahu anak perempuan ia perlu dimasukkan separuh saja.
4 petua dapat anak perempuan secara semula jadi
-
Sperma dan kromosom wanita
Sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan, peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.
Untuk mencapai keberangkalian yang lebih tinggi untuk persenyawaan bayi perempuan, anda perlu memahami sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.
Kromosom X, tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan manakala untuk kromosom Y, tempoh hayatnya pendek tapi pergerakannya laju.
Keadaan berasid lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka beralkali.
-
Pilihan makanan
Cuba amalkan makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium seperti buah segar, pasta, susu, coklat dan sayuran berdaun hijau. Elakkan makanan masin dan kaya dengan kalium.
-
Klimaks isteri ketika bersama
Bila mengimpikan anak perempuan, sebaiknya suami terlebih dahulu mencapai kepuasan sebelum isteri. Ini untuk merangsang sperma X.
-
Tahu kitaran haid setiap bulan dan waktu subur
Bagi wanita yang kitaran haidnya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14 hari, maka itulah waktu subur anda.
Waktu subur ini adalah hari ovum dilepaskan dari ovari. Waktu subur penting kerana ia dapat menentukan sama ada anda boleh dapat bayi perempuan atau lelaki.
Jika anda ingin anak perempuan, kalian perlu bersama dua hari sebelum hari subur. Ini disebabkan kromosom Y, hayatnya pendek dan ia cepat mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X maka terhasilnya XX (perempuan).
Kalau bayi lelaki, ia jadi terbalik di mana anda perlu bersama ketika waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu dari ovum untuk disenyawakan maka jadilah XY (lelaki).
Ha…macam mana tip yang kami sediakan ini mudah tak? Semoga ia membantu kalian bagi mendapatkan anak perempuan yang comel, sihat dan cukup sifatnya. Selamat berjaya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Lifestyle okezone & Aliexpress
Sumber: theAsianparent Thailand, Karangkraf
Baca juga:
Jika Anda Ingin Bayi Perempuan, Anda Wajib Ambil Makanan Ini – Pakar