Aduh, sakitnya bila payudara bengkak ketika nak menyusu, apa patut saya buat ini?

lead image

Ini jalan penyelesaian jika ibu alami bengkak susu. Rawatnya dengan kadar segera sebelum ia bertambah teruk!

Sakitnya bila mengalami bengkak susu. Bengkak susu adalah apabila payudara mengeras tapi susu tak mahu keluar atau sedikit saja. Disebabkan itu, apakah cara hilangkan bengkak susu ini? 

Menyusu merupakan proses penyusuan yang panjang bagi seorang ibu hingga usia bayi dua tahun atau lebih. Namun begitu, ada pelbagai masalah yang harus dihadapi ibu ketika cuba menyusukan bayi. 

Bemula dengan masalah susu ibu kurang, payudara rasa sakit, puting luka sehingga payudara membengkak.

Jadi apakah cara hilangkan bengkak susu ini yang boleh dilakukan ibu Pertama sekali, mari kita fahami dengan lebih lanjut tentang bengkak suku.

Apa itu bengkak susu? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/qd6DBRW.jpg Aduh, sakitnya bila payudara bengkak ketika nak menyusu, apa patut saya buat ini?

Bengkak susu adalah keadaan apabila payudara membengkak akibat susu ibu berlebihan dan tak dikeluarkan. Jika ia terjadi, payudara rasa sakit akibat mengeras. 

Hal ini berlaku apabila susu ibu keluar secara berlebihan namun bayi hanya menyusu sedikit saja. Akibatnya, payudara ibu keras dan bengkak. Kemudian, ibu akan sedikit sukar untuk menyusukan bayi disebabkan bengkak itu. 

Walau bagaimanapun, bengkak susu boleh dirawat di rumah tanpa perlu ke hospital (bagi kes yang tak berat) kerana ada cara hilangkan bengkak susu ini. 

Punca berlakunya bengkak susu 

  • Susu ibu keluar dengan banyak di hari pertama kelahiran tapi bayi masih belum menyusu 
  • Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba 
  • Bayi kurang menyusu mungkin disebabkan tak sihat atau sudah mula diperkenalkan dengan susu formula

Simptom bengkak susu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Bengkung Moden.jpg Aduh, sakitnya bila payudara bengkak ketika nak menyusu, apa patut saya buat ini?

Kredit: Bengkung Moden

Biasanya bengkak susu berlaku di kawasan dada hingga ketiak yang membuatkan ibu rasa sakit dan mengalami demam ringan.

Berikut antara simptom yang sering muncul: 

  • Payudara bengkak, keras, ngilu dan sakit. 
  • Payudara bengkak teruk, ada merah-merah, panas dan ada benjolan keras bila disentuh. 
  • Puting menjadi bengkak dan areola juga mengeras hingga sukar bayi menyusu 
  • Kalenjar di bahagian ketiak membengkak dan sakit bila disentuh 

Namun begitu, bengkak susu tidak menyerang kedua-dua payudara kerana ada ketikanya ia hanya bengkak di bahagian areola atau ketiak saja.

Kadang kala, hanya sakit dan bengkak pada sebelah payudara sama ada kiri atau kanan. 

Cara hilangkan bengkak susu – Rawatan di rumah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/ibu kongsi pengalaman mastitis payudara lead.jpg Aduh, sakitnya bila payudara bengkak ketika nak menyusu, apa patut saya buat ini?

Berikut merupakan cara hilangkan bengkak susu yang ibu boleh rawat sendiri di rumah: 

  • Tuam atau basuh payudara dengan air suam agar susu ibu lancar tapi jangan lebih dari tiga minit. 
  • Lakukan penyusuan secara rutin selama dua atau tiga jam. Jika bayi sedang tidur tapi susu tetap mengalir keluar, segera pam susu tersebut.
  • Mengurut payudara supaya susu ibu lebih lancar dan bantu kurangkan rasa sakit akibat membengkak.
  • Perah susu dengan tangan supaya areola tetap lembut 
  • Jangan pam susu terlalu kerap jika bayi kerap menyusu direct.
  • Tuam dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi 
  • Jangan guna bra kecil untuk mengelakkan saluran penyusuan tersumbat 
  • Makan ubat bagi kurangkan rasa sakit tapi harus dapatkan nasihat doktor dahulu 

Cara hilangkan bengkak susu – Langkah pencegahan 

  • Segera susukan bayi selepas saja dilahirkan supaya bayi belajar menyusu sebelum payudara mengeras dan penuh 
  • Jangan guna botol susu terlebih awal. Biarkan si kecil belajar menyusu terus dari payudara ibu. 
  • Jika susu ibu lancar, cuba menyusukan bayi dengan lebih kerap 8 ke 10 kali dalam 24 jam. 
  • Sekiraya terasa payudara penuh segera pam terutama di waktu malam 
  • Biarkan bayi minum di satu payudara dahulu kemudian baru berpindah ke payudara yang sebelah pula.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua para ibu. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan 

Baca juga

Kobis Boleh Merawat Payudara Yang Bengkak?