Sakitnya bila mengalami bengkak susu. Ia terjadi apabila payudara mengeras tapi susu ibu tak mahu keluar atau sedikit saja. Disebabkan itu, apakah cara hilangkan bengkak susu ini?
Proses penyusuan adalah tempoh yang panjang bagi seorang ibu iaitu dari bayi baru lahirlah sehinggalah si manja berusia dua tahun.
Masalah bengkak susu yang kerap terjadi
Namun begitu, ada pelbagai masalah yang harus dihadapi ibu ketika cuba menyusukan bayi. Bermula dengan masalah susu ibu kurang, payudara sakit, puting luka dan juga payudara membengkak.
Secara umumnya, bengkak susu adalah keadaan apabila payudara membengkak akibat susu ibu berlebihan dan tak dikeluarkan.
Untuk pengetahuan ibu, selepas anda melahirkan bayi, badan masih perlu bekerja keras. Misi terbaru anda adalah menyembuh tubuh dan memberikan makanan kepada bayi baru lahir.
Dalam beberapa jam dan hari-hari menjelang selepas bersalin, peredaran darah ke payudara semakin meningkat.
Pada mulanya, keadaan ini menghasilkan cecair pekat dan warna kekuningan yang dipanggil kolostrum. Ia penuh dengan protein dan nutrisi yang bayi perlukan untuk membina sistem penghadaman yang kuat dan kekal sihat.
Tiga hingga 4 hari selepas bersalin, tubuh akan menghasilkan susu sepanjang masa dan menyimpannya dalam tisu payudara anda.
Kali pertama ada susu, payudara sememangnya akan menjadi bengkak, atau dipenuhi dengan susu badan.
Selain itu ibu juga cenderung mengalami sakit pada payudara dan hangat disebabkan mengeras. Ianya berpunca apabila susu ibu keluar secara berlebihan namun bayi hanya menyusu sedikit saja ataupun puting tersumbat.
Punca berlakunya masalah payudara bengkak

Payudara anda mungkin menjadi bengkak secara semula jadi selepas anda bersalin apabila susu mula terhasil. Ia juga boleh berlaku jika anda tidak dapat menyusu atau mengepam dengan kerap.
Penyusuan susu ibu mempunyai banyak manfaat untuk ibu dan bayi. Tetapi ia tidak selalu mudah. Tubuh anda mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan cara penyusuan yang betul.
Malah, bagi sesetengah wanita, mereka langsung tidak berjaya menyusu. Perunding laktasi atau doktor anda boleh membantu anda.
Berikut adalah punca bengkak susu:
- Susu ibu keluar dengan banyak di hari pertama kelahiran tapi bayi masih belum menyusu
- Ibu berhenti menyusu secara tiba-tiba
- Bayi kurang menyusu mungkin disebabkan tak sihat atau sudah mula diperkenalkan dengan susu formula
Tanda tanda payudara bengkak
Biasanya bengkak susu berlaku di kawasan dada hingga ketiak yang membuatkan ibu rasa sakit dan mengalami demam ringan. Berikut antara simptom yang sering muncul:
- Payudara bengkak, keras, ngilu dan sakit.
- Payudara bengkak teruk, ada merah-merah, panas dan ada benjolan keras bila disentuh.
- Puting menjadi bengkak dan areola juga mengeras hingga sukar bayi menyusu
- Kalenjar di bahagian ketiak membengkak dan sakit bila disentuh
Namun begitu, bengkak susu tidak menyerang kedua-dua payudara kerana ada ketikanya ia hanya bengkak di bahagian areola atau ketiak saja. Kadang kala, hanya sakit dan bengkak pada sebelah payudara sama ada kiri atau kanan.
Cara hilangkan bengkak susu dengan hanya rawatan di rumah

Berikut merupakan cara hilangkan bengkak susu yang ibu boleh rawat sendiri di rumah:
- Cara hilangkan bengkak susu: Tuam atau basuh payudara dengan air suam agar susu ibu lancar tapi jangan lebih dari tiga minit.
- Cara hilangkan sakit payudara: Lakukan penyusuan secara rutin selama dua atau tiga jam. Jika bayi sedang tidur tapi susu tetap mengalir keluar, segera pam susu tersebut.
- Cara hilangkan bengkak susu: Mengurut payudara supaya susu ibu lebih lancar dan bantu kurangkan rasa sakit akibat membengkak.
- Cara hilangkan sakit payudara atau bengkak: Perah susu dengan tangan supaya areola tetap lembut
- Tuam dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi
- Cara hilangkan bengkak susu: Jangan guna bra kecil untuk mengelakkan saluran penyusuan tersumbat
- Makan ubat bagi kurangkan rasa sakit tapi harus dapatkan nasihat doktor dahulu
Cara atasi bengkak susu selepas bersalin
Perkara utama ialah jangan biarkan payudara anda terlalu penuh dengan susu. Berikut adalah tips dan cara atasi bengkak susu yang ibu boleh cuba.
- Segera susukan bayi selepas saja dilahirkan supaya bayi belajar menyusu sebelum payudara mengeras dan penuh.
- Cara atasi bengkak susu: Jangan guna botol susu terlebih awal. Biarkan si kecil belajar menyusu terus dari payudara ibu.
- Jika susu ibu lancar, cuba menyusukan bayi dengan lebih kerap 8 ke 10 kali dalam 24 jam.
- Cara atasi bengkak susu: Biarkan bayi minum di satu payudara dahulu kemudian baru berpindah ke payudara yang sebelah pula.
- Guna kompres hangat (warm compressor) atau mandi air panas sebelum menyusu badan atau mengepam.
- Cara atasi bengkak susu: Ibu perlu makan makanan yang sihat dan seimbang untuk kesihatan ibu dan anak.
- Makan milk booster untuk bantu menambah susu badan dengan lebih banyak.
Cara surutkan bengkak dengan kubis
Cara surutkan bengkak yang populor dalam kalangan ibu adalah dengan menggunakan sayur kubis.
Namun tahukah anda bahawa cara surutkan bengkak ini tidak digalakkan? Hal ini kerana sesetengah pendapat mengatakan kobis boleh mengatasi bengkak susu.
Akan tetapi ia juga mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut. Kesannya pengeluaran susu ibu akan berkurangan.
Cara kurangkan bengkak susu: elakkan pam
Bagi ibu yang mempunyai susu badan yang lancar, cara kurangkan bengkak susu adalah dengan elakkan penggunaan pam.
Bila payudara kerap bengkak, otak akan menghantar isyarat kepada kilang susu untuk mengurangkan penghasilan susu.
Kesannya, ia boleh membuatkan penghasilan susu badan berkurangan. Dari situlah susu ibu akan terjejas.
Cara urutan payudara untuk elak bengkak
Satu kajian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan urutan Oketani yang popular di Jepun terhadap ibu menyusu, dan hasilnya sungguh memberansangkan!
Cara urutan payudara Oketani dikenali sebagai satu teknik dan cara urut payudara yang langsung tidak menyakitkan buat si ibu.
Cara urutan payudara ini dikatakan membantu melancarkan susu, membantu masalah puting tenggelam, dan meredakan masalah saluran tersumbat pada payudara.
Jadi, satu kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan urutan payudara Oketani terhadap kesakitan payudara, pH susu ibu dan kadar kelajuan menghisap susu pada si kecil.
Anda boleh belajar cara urutan payudara seperti di bawah:

Jika tidak dirawat, masalah payudara sakit dan bengkak boleh menyebabkan kecenderungan berlakunya Blocked Duct dan Mastitis. Manakala sesetengah kes memerlukan ibu menjalani proses pembedahan.
Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua para ibu!
Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Tiap Kali Pam Penuh 1 Jag,” Ibu Ini Akui Oversupply Buat Diri Terseksa & Kerap Bengkak Susu
Baca juga: Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres!
Baca juga: ”Terus Aisyah Enggan Menyusu,”- Ibu Kongsi Cara Cerai Susu Badan Tanpa Paksa Anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!