11 Cara Buang Kahak Bayi & Kanak-Kanak Tanpa Perlu Makan Ubat

lead image

Ini 11 cara hilangkan kahak bayi yang sangat berkesan dan mudah. Cuba salah satunya dahulu dan lihat keberkesannya pada anak anda.

Sebelum ini, theAsianparent Malaysia ada berkongsi cara hilangkan kahak bayi dengan minyak bawang putih dan daun sireh. Macam mana? Anda sudah cuba? Mujarab tak? 

Pasti semua ibu bapa adalah orang yang paling risau bila melihat anak tak sihat. Ditambah pula keadaan anak yang lesu, kurang makan dan menangis buat perasaan parents bertambah risau. 

Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi 11 cara hilangkan kahak bayi yang berkesan malah diakui sendiri oleh para ibu. Jom kita baca!

4 cara hilangkan kahak bayi dengan rawatan klinik/hospital 

1. Cara hilangkan kahak bayi: Titisan hidung 

Doktor akan memberi titisan hidung bersama air garam yang dipanggil nasal saline drops bagi menghilangkan selsema dan kahak bayi. 

Ubat ini juga boleh didapati di farmasi. Tapi sebelum itu, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor.

2. Cara hilangkan kahak bayi: Gas nebulizer 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/Hello Sehat.jpg 11 Cara Buang Kahak Bayi & Kanak Kanak Tanpa Perlu Makan Ubat

Kredit: Hello Sehat

Gas nebulizer berfungsi mencairkan kahak dan biasanya diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami ‘wheezing‘ paling teruk hingga mengeluarkan bunyi daripada paru-paru ketika bernafas. 

3. Cara hilangkan kahak bayi: Teknik tepukan percussion 

  • Sebelum memulakan teknik ini, pastikan anak tidak minum susu dalam masa satu ke setengah jam bagi mengelak muntah. 
  • Anak dalam posisi meniarap dan letak bantal bawah perut.
  • Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan luruskan kaki.
  • Bentukkan tapak tangan seperti cupping dan tepuk perlahan belakang anak.
  • Tepuk selama 15 minit. Kemudian, alih dari kiri dan kanan tubuh anak. 
  • Tujuannya untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru
  • Selepas menepuk, bayi akan terbatuk atau bersin hingga mengeluarkan kahak ketika muntah. 

4. Cara hilangkan kahak bayi: Terapi stim 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/ummuzuhayr.com .jpg 11 Cara Buang Kahak Bayi & Kanak Kanak Tanpa Perlu Makan Ubat

Kredit: Ummuzuhayr

  • Letakkan air panas dalam bekas/baldi kecil
  • Pegang anak dengan erat di bahagian tangan dan muka. Halakan mukanya pada wap air tersebut. Kemudian tutup kepala anak untuk merangkap haba.
  • Kemudian alihkan baldi. Tepuk tepi dada kanan dan kiri selama satu minit. Buat seperti teknik tepukan percussion tadi. 
  • Ulang langkah ini supaya lebih banyak kahak keluar. 

7 cara buang kahak kanak2 dengan petua tradisional 

#1. Kunyit hidup 

Tumbuk kunyit hidup. Kemudian, ambil airnya dan sapu pada batang hidung dan dada anak. Ulang sekerap mungkin. 

#2. Madu 

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/04/madu petua hilangkan batuk anak 2.jpg 11 Cara Buang Kahak Bayi & Kanak Kanak Tanpa Perlu Makan Ubat

Madu dapat mengurangkan batuk tapi tak boleh diambil untuk bayi bawah satu tahun kerana ia mengandungi spora botulinum. 

Gunakan madu asli yang dicampur dengan air zam zam sebelum memberinya pada anak. Cara-caranya di sini.

#3. Bawang putih bakar 

Cucuk bawang putih dengan garpu dan bakar atas dapur gas. Kemudian lenyekken bersama minyak zaitun. Setelah itu, sapu pada hidung, dada dan tapak kaki. Ulang sekerap mungkin. 

#4. Air kelapa 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/hello sehat 2 1.jpg 11 Cara Buang Kahak Bayi & Kanak Kanak Tanpa Perlu Makan Ubat

Kredit: Hello Sehat

Ini merupakan petua orang tua dengan memberi bayi minum air kelapa asli bagi mengeluarkan kahak atau hingus melalui najis. 

#5. Daun kaduk 

  • Campurkan daun kaduk dengan kapur dan air.
  • Ramas dan lumur pada dada, leher dan belakang anak.
  • Diingatkan untuk tidak letak terlalu banyak. Dikhuatiri panas. 

#6. Minum air secukupnya 

Minum air yang mencukupi membantu melegakan tekak dan mengelakkan dehidrasi. Selain itu, ambil juga susu suam dan sup ayam supaya tubuh anak lebih bertenaga. 

#7. Makanan tambahan yang mengandungi omega 

  • Mencegah keradangan di saluran pernafasan disebabkan batuk dan selsema. 
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Meningkatkan sistem imun tubuh 
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jom kongsi dengan kami apa tips anda menghilangkan kahak anak?
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
 
Baca juga:
 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!